Tuesday 28 August 2012

Mek Selemoh tak jaga badan



Mek Selemoh dah mula gemuk sejak bulan raya ni..Al maklumlah byk mendapat undangan open house rumah kawan2 dia,so makan nonstop lah.Mama dia takyah nak kasi makan kat mek selemoh buat masa loni...."hehehehe merepek ler mama ni"...ungkap mek selemoh sambil mengeluarkan lidahnya.






Sunday 26 August 2012

Mana hilangnya Mat Tey ku ??



Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum..

Ya Allah..

Selamatkanlah kucing saya "Mat Tey" dari sebarang malapetaka.

 Masih terbayang seolah2 baru semalam saya main2 dgn dia. 

Alkisahnya petang tadi bila saya baru sampai dari kampung,saya sgt lah teruja nak lihat Mat tey setelah saya tinggalkan dia selama 12 hari (cuti beraya).

Saya memang pesan kat jiran saya supaya tgk2 kan & kasi makan kat Mat Tey sbb jiran saya tak balik kampung.

Tapi sehingga ke malam kelibat Mat Tey tak nampak2.

Pelik sangat,saya pusing cari Mat Tey sana-sini tapi tak jumpa.

Petang tadi,saya bertungkus lumus cari Mat Tey tapi Mat Tey tak sahut pun panggilan saya.

Mat Tey baru 7 bulan,tak matang lagi (masih tadika).

Rutinnya,kalau Mat Tey lapar, mesti dia balik,lagipun dah malam ni.

Takkan la Mat Tey tak makan seharian??

Kesian kat Mek Selemoh,ibu kpd Mat Tey. 

Mek Selemoh mcm tak banyak cakap je hari ni sbb dia rasa sunyi kot takde kawan utk dia gaduh. 

Mungkin dia pun buntu tak tau kemana anak dia pergi..

Dah la semua adik-adik Mat Tey dah pergi tak kembali..*1 ekor hilang ,2 ekor dilanggar kereta tanpa sedar.. =( 

Tiba2 giliran Mat Tey pulak pergi : (

Cepatnya Mat Tey hang pi tinggalkan kami.

Dah dua minggu saya tak tengok kelibat dia yang lincah.

Mat Tey,kalau jumpa dengan tuan baru,Mat Tey jaga diri elok2 ye,jangan buat perangai.

Tapi,kalau Mat Tey dah mati,,kami halalkan segala makan minum Mat Tey.

Mat Tey jangan risau..


RINDUNYA...





Friday 24 August 2012

Pokok bunga Mak



Salam sejahtera kalian semua....

Dah lama dah saya tengok dan bandingkan dan saya rasa memang betullah.

Anda suka tak tanam pokok? Terutama pokok bunga atau apa2 pokok hiasan yg mencantikkan rumah? bukan pokok durian ke rambutan ke tau hehe...

Org yg rajin atau suka tanam pokok,pernah tak anda tengok rumah mereka? Mesti kemas dan cantik kan?

Tapi org yg rumah dia takde pokok,selerak je halamannya ehemm,mcm rumah saya ni mmg sebaliknya.Walaupun ada tanam pokok kat depan rumah tu tapi itupun hidup nyawa2 ikan dibuatnya..hehe.

Contoh yg buat saya bukak mata tentang pokok bunga ni sbb kat rumah mak saya dia hidupkan semula pokok2 yg hampir nak mati.Terus jadi cantik dan sejuk mata memandang,tengoklah rumah dia kemas punya lah berseri dgn bunga bungaan.

Mak saya ni suka tanam pokok bunga. Sekeliling rumah penuh dengan pasu yang ditumbuhi dengan pelbagai jenis pokok bunga. Ada pokok yang tak berbunga pun ada.Saya pun tak tau pokok apa, sebab saya tak minat tanam pokok bunga ni. Tengok-tengok cam gitu ok la.Tak tau la kalau dah pencen nanti, tiba-tiba timbul minat yang sama.

Jiran kiri, kanan, depan, belakang rumah mak pun sama,rumah mereka punya lah kemas,mungkin faktor persekitaran.MUNGKIN!!!

Mungkinkah lepas ni saya perlu rajin tanam pokok??? takde makna nya sbb itu adalah sifat dlm diri.Kalau suka pokok, automatik akan rajin berkemas,camtulah gamaknya.

Tengoklah suatu masa nanti mungkin minat utk menanam bunga ni hadir dlm diri ini...


Bunga bunga yg mak saya tanam 






Wednesday 22 August 2012

Raya saya



Assalamualaikum semua...

Ok entri kali ini cuma nak berkongsi tentang meriahnya hari raya saya tahun ini (bagi saya meriah ler tak tau la org lain pulak..hehe).Cuti 1 minggu lebih saya dihabiskan bersama keluarga yang tercinta dikampung saya iaitu Pasir Mas Kelantan..Yeayyy syoknya raya !!!!




Alhamdulillah semuanya sempurna.Harap dapat bertemu lagi di Syawal tahun depan !!....InsyaAllah



Wednesday 15 August 2012

Hoorey !! dah sampai kampung



Assalamulaikum sahabat ku yang budiman,saya dah selamat sampai ke kampung.Alhamdulillah  perjalanan saya tiada halangan dan kesesakan lalulintas.




Seronoknya dapat berbuka puasa bersama emak & abang.Esok saya nak mula mengemas rumah dan membuat persiapan utk menyambut ketibaan 1 Syawal nanti.Kami menyambut syawal secara sederhana sahaja.

Dengan senang hati saya sangat teruja menyambut kedatangan tetamu ke rumah saya nanti.

Akhir kata......





Saturday 11 August 2012

Nak Sambut Raya !!



Assalamualaikum..Salam Sejahtera..Salam Bahagia..Salam Ceria..Hai Semua. !

Hmm dah nak raya kan,lagi  8 hari je kan kita nak raya,eee tak sabar betul nak balik kampung,hmm sedih juga sebab nak tinggalkan bulan yang penuh dengan barakah ni..

Ok la hari tu kongsi cerita pasal sambut bulan Ramadhan.Kali ni nak kongsi cerita pasal cara best nak sambut raya..

1. Tunjukkan kekreatifan anda tu.Tahun ni, tak payah beli sampul duit banyak2,cuma gunakan helaian majalah lama dengan gambar yang menarik (gambar kucing ke @ gambar Lisa Surihani ke) & jadikan sampul duit raya,jimat & kreatif kan!

2. Beri keutamaan yang luarbiasa kepada tetamu yang datang berkunjung ke rumah anda tu.Contohnya, buat sesuatu yang lain dari lain seperti buat hidangan moktel ke tak pun buat ala ala kenduri kendara masa zaman dulu kala,hidang dalam dulang & makan berlima @ berenam,huhh pasti kelainan kan!

3. Selepas penat beraya, ajak la keluarga ke percutian singkat ke pusat peranginan paling hampir dengan anda,best kan!

4. Selain asyik makan & menonton tv saja, inilah masanya nak belajar cara menganyam ketupat,heee yang ini saya memang tak reti,tak pernah belajar pun.

5. Pakailah ikut keadaan & tempat yang dituju.High heels lima inci memang tak sesuai ye (saya takde pun kasut 5 inci tu)

6. Jika anda seorang blogger, dapatkan resepi yang dihidangkan masa musim perayaan yang selalu dimasak oleh ibu anda dan share le resepi turun temurun tu kat dalam blog yer!

7, Untuk buat rumah terbuka anda lebih happening, adakan pertandingann karaoke lagu lagu raya lama & kini,ingat tau, lagu raya sahaja.

8. Balang plastik biskut raya yang sedia ada, pasti cantik jika diserikan dengan tampalan manik dan renda.Cari dalam google utk dapatkan design yang menarik ye.


9. Sejak dulu, dekorasi kad ucapan raya diruang tamu berjaya menyuntik mood raya.Kumpul kad lama & gantung semula untuk suasana yang lebih meriah.

10. Gandakan kegembiraan orang tua anda & adik beradik yang menanti kepulangan anda dikampung dengan bungkusan hadiah untuk setiap seorang.huhhhh.kalau adik beradik 9 orang macam saya?!!!!!

hhehehee..sekadar berkongsi apa yang saya baca di Internet.

Tak sabar nak balik raya ni.....balik kampung ho ho ho balik kampung hati girang !



Thursday 9 August 2012

Bagaimana puasa kita pada tahun ini ???



 Asssalamualaikum semua...

Sempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita merenung sejenak kepada diri kita sendiri......

Apakah kita benar-benar berpuasa ???
Dah hampir penghujung Ramadhan,bagaimanakah puasa kita ???


Adakah mutunya semakin meningkat dari tahun-tahun yang lalu,kalau semakin baik,alhamdulillah.Sebaliknya kalau masih ditakuk lama, maknanya kita perlu berbuat sesuatu.


Di sini disertakan beberapa soalan-soalan yang kerap kali kita tanyakan (FAQ) kepada diri kita sendiri sebagai renungan bersama.


Persoalan ringkas yang perlu anda tanya ialah....
  •  Adakah kedatangan bulan Ramadhan menyukarkan...???
  • Bagaimana dengan selera makan,apakah semakin bertambah ???
  • Sepanjang masa berpuasa adakah anda rasa kenyang atau lapar ???
  • Pada pendapat anda, yang mana sepatutnya kenyang atau dahaga ??? Kalau anda rasa lapar,adakah ia memadai untuk merasakan penderitaan orang miskin yang tak ada makanan atau para sahabat nabi yang berjuang di medan perang ketika berpuasa atau Rasulullah SAW sendiri yang selalu berpuasa kerana tak ada makanan dan berbuka dan sahur hanya dengan sebutir tamar ???
  • Belanja dapur,bagaimana, semakin kurang atau terlalu oop! sorry kalau sensitif !!!
  • Berat badan anda stabil, kurang atau luar jangka ???
  • Berapa kali anda pergi ke masjid utk solat, tadarus atau ke 'jumbo sale'   'mega sale' atau kelas membuat kuih.
  • Berapa banyak al-Quran yang anda telah baca di bulan Ramadhan ini ??? atau mana yang lebih banyak anda baca di antara al-Quran, akhbar dan buku masakan ???
  • Adakah anda kekenyangan yang amat sangat ketika berbuka puasa dan 'membantai' semula selepas balik terawih dan mengulangi perkara yang sama ketika bersahur ???
  • Semasa anda kanak-kanak dulu berapa hari anda berpuasa dan adakah jumlahnya sama dengan hari yang anda mampu berpuasa sekarang ???
  • Semasa anda kanak-kanak dulu, tentunya anda puasa tanpa membuat perkara-perkara yang keji spt mengumpat, menipu, menghina, menganaiya atau menghasut,apakah perbuatan tersebut turut anda tinggalkan apabila berpuasa ketika dah dewasa ???
  • Berapa jumlah perbelanjaan kasar ketika berbuka dan sahur anda,adakah spt Rasulullah SAW atau para sahabat atau mengalahkan menteri ???
  • Berapa lama masa untuk anda makan ketika berbuka dan sahur,.adakah sama atau lebih jika dibandingkan ketika makan malam dan makan tengahari ???
  • Semasa bersiar-siar di siang hari,apakah ada perubahan pada diri anda spt menundukkan pandangan kepada yang tidak halal atau tidak melayan kerenah rakan anda yang bukan-bukan ???
  • Adakah anda menutup aurat 24 jam kepada bukan muhrim apabila berpuasa ??? bagaimana dengan bulan-bulan lain ??? Bagimana dengan ibadah lain semasa bukan bulan Ramadhan spt solat ???
  • Adakah anda rasakan puasa anda mencapai matlamat yang digariskan oleh syarak ???

Soalan Tambahan.....soalkan mana-mana soalan yang difikirkan sesuai.


  
Jawablah soalan-soalan di atas dengan jujur, maka anda akan dapat menilai sendiri mutu dan nilai puasa anda !!!


Cukup di sini saja untuk kali ini...
.


Wassalam.



Monday 6 August 2012

Pertanyaan




Fatwa Ramadhan : Hukum Menggunakan Lipstik Ketika Puasa



Pertanyaan:
Assalamu ‘alaikum. Ustadz, saya mau tanya, apa hukumnya memakai lipgloss atau lipstik ketika puasa? Apakah membatalkan puasa?




Jawapan:

Wa’alaikumussalam.

Semua bahan kecantikan yang diletakkan di kulit luar, baik yang berbau maupun yang tidak berbau, baik untuk pengubatan dan pelembab maupun untuk kecantikan, atau tujuan lainnya, tidaklah termasuk membatalkan puasa, kecuali jika orang yang memakai ubat-ubatan tersebut menelannya.

Sementara, sebatas ada rasa di mulut, tidak memberikan impak buruk bagi puasanya, selama tidak ada bahagian sedikit pun yang tertelan ke perut.

Syekh Abdul Aziz bin Baz, dalam Majmu’ Fatawa, pernah ditanya, “Apa hukum menggunakan celak dan peralatan kecantikan lainnya di bulan Ramadan? Apakah boleh membatalkan puasa?”

Beliau menjawab, “Bercelak tidaklah membatalkan puasa, baik bagi lelaki maupun wanita, menurut pendapat yang paling kuat. Hanya saja, menggunakan benda ini di malam hari itu lebih baik bagi orang yang puasa. Demikian pula, pengaruh dari penggunaan ubat perawatan wajah, seperti sabun, minyak, dan yang lainnya, yang hanya mengenai bahagian luar kulit, termasuk make-up, dan seumpamanya, semua itu boleh dilakukan oleh orang yang berpuasa. Hanya saja, tidak boleh menggunakan make-up jika boleh membahayakan wajah. Allahu waliyyut taufiq.” (Majmu’ Fatawa Ibnu Baz, 15:260)

Syekh Muhammad bin Shaleh Al-Utsaimin pernah ditanya tentang hukum menggunakan krim bagi orang puasa, untuk menghilangkan kekeringan di bibir.

Beliau menjawab, “Diperbolehkan bagi seseorang untuk melembabkan bibir atau hidungnya dengan menggunakan krim, atau membasahinya dengan air, dengan kain, atau seumpamanya. Namun, perlu dijaga, jangan sampai ada bahagian yang masuk ke perutnya. Jika ada yang masuk ke perut tanpa sengaja maka puasa tidak batal. Sebagaimana orang yang berkumur, kemudian tiba-tiba ada bahagian yang masuk ke perut tanpa sengaja, puasanya tidak batal.” (Majmu’ Fatawa Ibnu Utsaimin, 19:224)

Allahu a’lam.



Sunday 5 August 2012

Salam Nuzul AL-QURAN





Assalamualaikum rakan-rakan sekalian.
 Hari ni selesai sudah kita mengerjakan ibadah
puasa yang ke 17 iaitu 17 Ramadhan......


17 Ramadhan merupakan tarikh dimana berlakunya peristiwa Nuzul Al-Quran, iaitu pada malam jumaat di Gua Hira' tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad S.A.W.
Nuzul Al-Quran merupakan satu peristiwa Agung didalam sejarah umat manusia dimana Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan.
Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah. (Surah Al-Baqarah, ayat 185)
Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada nabi S.A.W.


Sebagai umat islam, kita hendakah beriman dan mempercayai segala isi kandungan Al-Quran. Malah beriman dengan Al-Quran merupakan salah satu rukun iman.
  
Nuzul bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Manakala Al-Quran pula bermaksud bacaan atau himpunan yang mana isi kandungannya meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, mualamat dan munakahat dan sebagainya. Al-Quran diturunkan secara berperingkat kepada nabi Muhamad selama kira-kira 23 tahun (13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah) mengikut peristiwa semasa yang berlaku.
Dan orang-orang yang kafir berkata : Mengapa tidak diturunkan kepada Muhammad semuanya sekali (dengan sekaligus?) Al-Quran diturunkan dengan cara (beransur-ansur) itu kerana Kami hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya dan Kami nyatakan bacaannya kepada mu dengan teratur satu persatu. (Al-Furqan : 32)

ANTARA KEHEBATAN AL QURAN


1. Allah berfirman yang bermaksud. "Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun denan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka saling bantu membantu sesama sendiri. (Al-Israa' : Ayat 88)
  
2. Orang yang membaca, melihat dan menghafaz sambil memikirkan keajaiban yang ada pada susunannya diberikan pahala.

3. Al-Quran merupakan sumber hidayah bagi kebahagian hidup manusia di dunia dan di akhirat.

4. Tidak sesiapa pun dikalangan umat manusia atau jin yang mampu mecipta ayat setanding Al-Quran. Firman Allah "Dan jika kamu merasa ragu-ragu denan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, bawalah satu surahyang seumpamanya,ajaklah saksi-saksi (penolong-penolong) kamu, selain Allah, sekiranya kamu (di kalangan) orang yangbenar. (Al-Baqarah : Ayat 23)

5. Al-Quran merupakan mukjizat tertinggi dan teristimewa yang hanya dikurniakan kepada Nabi S.A.W

6. Manusia belum mampu menyelami dan menerokai rahsia Al-Quran secara menyeluruh sehingga hari ini. Ini bermakna sifat kehebatan, keagungan dan kesaktian Al-Quran secara tersendiri dengan pengertian dan pemahaman yang amat luas dan mendalam kekal terpelihara hingga kiamat.

7. Al-Quran sebagai petunjuk jalan kebenaran. "Inilah kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi petunuk kepada orang yang bertaqwa" (Surah Al-Baqarah : Ayat 22)
  
8. Mendapat gajaran dan pahala kepada sesiapa yang membaca Al-Quran. " Bacalah Al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya"

"Aku tinggalkan dua perkara yang jika kamu berpegang kepada kedua-duanya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah ( Al-Quran) dan Sunnahku (Al-Hadis)

Peringatan untuk  sesiapa sahaja yang melawat mekselemoh's Blog

Selamat menyambut Nuzul Al-Quran



Masa kecil2 dulu saya main.....



Mengingati masa kecil sungguh indah,best sangat2.Zaman kanak-kanak ialah zaman bermain, bersuka ria dengan kawan-kawan,
sesiapa yang tidak mengingati zaman kecilnya,sangat merugikan..hehe.


Ingat lagi tak permainan2 masa kecil dulu?,apa? dah lupa,eee takpe kalau dah lupa saya akan bagitahu sedikit sebanyak..:)
Kalau diingat mesti tersenyum-senyum sendiri.

Main kahwin-kahwin-mainan kahwin-kahwin ni mainan budak-budak perempuan,tetapi ada juga yang lelaki pun join la sama.
Permainannya mcm orang kahwin laaa, bagi tetamu makan, pengantin dihias dan mcm-mcm lagi.


    Main nyorok-nyorok -permainan ni yang saya paling suka masa kecik,hehe.Habis dalam almari,dalam bilik air pergi menyorok.
    Pernah sekali terkurung dlm bilik air,tak boleh nak keluar,isihhh.



      Main anak-anak patung/teddy bear -ini budak2 perempuan yang suka main (anak patung mata kelik2),saya suka sangat main benda2 ni.Kalaulah dah sayang dgn anak patung tu,nak tidur pun mesti ada anak patung tu,tak ada meraung.Kesian mak bapak kena cari mana diamnya benda tu. 

      Main lempar selipar -ini pun saya suka main benda ni,3 selipar didirikan.Seorang akan baling selipar tu,jatuh saja selipar tu pasukan lawan tu kena kejar laa( masa ni siapa dapat kejar saya jangan mimpi memang tak dapatnya. 

      Main keting-ting -(orang kelate kata dekk cop')ni pun best juga,nak main ni pemainnya kena ketingting dalam petak-petak yang telah disediakan(macam gambar kat bawah tu)




      Itulah permainan dulu-dulu,yang sekarang dah pupus dah,dah tak ada dah orang dok main mcm tu.Sesekali kalau mengimbas kenangan lama, pasti teringat kawan-kawan lama,indahnya masa tu.Kenangan itu akan bermain di ingatan selamanya....