Friday, 13 July 2012

Masih K O



Assalamualaikum...

Hari ini dan semalam adalah hari tak sihat buat saya.Bangun pagi tadi rasa mcm dah ok tapi bila je masuk tempat keje back to mcm semlm.Tapi tak bagus kan kalau kita mengeluh seolah olah mcm tak redha la pulak..Nampaknya kena continue mkn ubat.Alaa baru 2 hari tak sihat bukannya dah 2 bulan.!! sabau lah ya!

Tapi rasa tak sedap badan tu menjadi berkurangan bila 'boss' yg baik hati menanya khabar saya..Huuh! seronok bebonar rasanya seperti diri ini diambil berat,wakaka ..
I LOVE U BOSS !


Nampakkan betapa wajahku yg tak sihat...
pucatnya !!


berbanding dgn ketika sihat ceria

ha ini mmg tgh sihat & hepi mepi  


Wassalam



Thursday, 12 July 2012

Mengantuk ditempat kerja ??



Saya akui yg saya sering rasa mengantuk ditempat kerja.Kadang2 tu baru je sampai ofis dah mula rasa letih dan teringatkan tilam kat rumah.Apa ke jadahnya pagi2 dah rasa mcm tuh.Ada apa2 yg tak kena ke pada diri saya???

So ada la saya terbaca beberapa tips yg boleh membantu org seperti saya ni.Kita tidak bole biarkan situasi sebegini terus terusan berlaku pada diri kita.Kita nak kerja lama lagi kan kan???Tips nya  seperti dinyatakan dibawah ini = )

Rasa mengantuk ini boleh dihilangkan dengan berbagai cara, terpulang kepada individu.
Disini terdapat beberapa tips yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kecergasan dan mengatasi masalah cepat letih serta mengantuk di tempat kerja.

1. Mesti bersarapan walaupun anda tidak rasa lapar
Kajian menunjukkan individu yang bersarapan berasa lebih baik daripada segi mental dan fizikal. Penyelidik dari Universiti Cardiff, United Kingdom mendapati hidangan seringkas bijirin sarapan pagi boleh merendahkan tahap hormom yang menyebabkan tekanan.

2. Lebihkan pengambilan sumber serat
Untuk mengekalkan kesihatan, kita disaran mengambil sekurang-kurangnya lima hidangan serat setiap hari tetapi jika mahu meningkatkan tahap kesihatan dan mencegah penyakit, kita perlu makan lima hingga sembilan hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan sehari.

3. Makan setiap 3 hingga 4 jam dalam kuantiti kecil
Makan secara teratur tiga kali sehari boleh mengawal paras gula dalam darah. Makan sedikit tetapi kerap lebih baik daripada akan banyak pada satu-satu masa. Pastikan setiap hidangan mengandungi karbohidrat dan protein sebagai sumber tenaga.

4. Minum Banyak Air
Air sangat penting untuk memastikan semua organ berfungsi secara optimum. Kekurangan air walaupun sedikit boleh membuatkan darah menjadi pekat dan memaksa jantung untuk mengepam lebih kuat. Tanpa disedari perkara ini menyebabkan kita terasa penat. JIka anda rasa mengantuk, terutama selepas makan tengah hari, itu tandanya kurang oksigen sampai ke otak. Untuk mengatasinya, minum lebih banyak air masak bagi menghilangkan rasa mengantuk kerana air menjadi bahan paling murah untuk menyingkirkan bahan toksik daripada badan. Kita disarankan meminum air sebanyak 8 gelas atau sekurang-kurangnya 1 liter sehari.
Individu yang mempunyai masalah berat badan berlebihan adalah digalakkan lebih banyak minum air kosong bagi mengelakkan pertambahan kalori yang tidak diperlukan daripada gula.

5.Kurangkan pengambilan minuman yang mengandungi kafein, terutama di waktu petang dan malam
Kafein mempunyai kesan diuretik iaitu yang membuatkan anda kerap buang air kecil dan kehilangan banyak air. Bagaimanapun, ini bukan bermakna anda tidak boleh minum kopi atau teh kerana sekadar satu cawan tidak mendatangkan mudarat. Pengambilan kafein pada kadar sederhana boleh membuatkan kita berasa segar selama beberapa jam yang menyebabkan sukar untuk tidur malam dan akibatnya kita akan letih dan mengantuk di tempat kerja.

6. Segarkan semangat anda
Keletihan fizikal tidak sama dengan keletihan mental. biasanya keletihan mental membuatkan anda berasa tidak bermaya dan tiada semangat untuk melakukan sebarang perkara. Keletihan fizikal hilang selepas kita mandi, berehat atau tidur seketika. Namun keletihan mental termasuk perasaan sedih, marah, geram, bosan atau tekanan lain akan berlarutan selagi ia tidak ditangani. Badan bertindak balas terhadap perasaan yang kita pilih. Jika kita mahu berasa gembira, secara automatik badan dan otak terasa lebih bertenaga dan cergas. Namun jika anda masih terasa lesu, anda boleh mencuci muka atau pun terus berwudhuk. Ada kajian terapi air yang mudah ini boleh membuatkan kita berasa lebih segar.

7. Jangan mengeluh dan hilangkan apa yang terbuku dalam hati
Keluhan memberi kesan negatif kepada semangat kita. Perasaan terbuku sebenarnya adalah kesan sampingan tekanan yang boleh menyebabkan degupan jantung menjadi cepat dan meningkatkan tekanan darah.

8. Jangan pandang rendah pada diri sendiri
Cari kelebihan diri dan gunakan is sebagai perangsang semangat untuk menjalani hidup dengan lebih baik. Didik diri menjadi pemaaf kerana sikap ini sebenarnya memberi kesan positif terhadap minda dan emosi kita.

9. Amalkan teknik pernafasan yang betul
Tarik nafas dalam-dalam, tahan seketika dan lepaskan perlahan-lahan. Ulang 10 kali. Apabila dalam keadaan tertekan, pernafasan menjadi cepat dan pendek. akibatnya kurang oksigen dibawa masuk ke dalam badan yang membuatkan kita berasa cepat letih.

10. Senyum dan lakukan perkara baik
Senyuman bukan saja membuat orang berasa senang, tetapi ia juga mententeramkan perasaan kita. Selain itu, lakukan perkara baik dengan membantu orang lain. Peluang untuk berbuat baik sentiasa ada di keliling kita. Terpulang kepada kita sama ada mahu memanfaatkannya.

11. Bersenam
Ini adalah cara efektif untuk mengembalikan tenaga. Ramai bertanya kalau sudah letih bagaimana mahu bersenam? Rahsianya, apabila anda bersenam, badan akan mengeluarkan tenaga daripada lemak yang disimpan dan ia secara tidak langsung membuat anda berasa lebih segar, fikiran tenang serta mudah tidur pada waktu malam.

12. Membaca Ayat Al-Quran
Berdasarkan pengalaman saya, sepotong yat Al-Quran di dalam ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan mengantuk. Tetapi saya lebih selesa membaca keseluruhan Ayat Qursi tersebut kerana keseluruhan Qursi pun tidaklah panjang pun.


Oklah, sampai disini sahaja,yang penting prestasi kita meningkat setiap hari dan pastikan anda tidur secukupnya.


mak datuk!!!...dia tidur rupa2nya..ishh pemalas betul..org suruh buat keje ini yg dia buat..nak kena belasah si bedebah nih !!


yang ni pun dua kali lima juge......makan nak tapi suruh buat keje haperak!!


memang tak boleh harap orang2 mcm nih


eh!! kamu tau tak byk tidur tu merupakan satu penyakit ???





Wednesday, 11 July 2012

Kurang sihat



Hari ni saya merasa tak sihat badan.Doktor telah memberikan saya cuti rehat selama 1 hari.Alhamdulillah sebenarnya ALLAH nak hapuskan dosa2 kecil saya dan ingin memberi peringatan pada hambaNya ini.

Dari semalam saya dah mula rasa sakit2 badan & selsema.Nak bergerak gerak pun rasa lenguh & sakit.Pada firasat saya mungkin tersalah urat kot.Tapi takpe ianya sakit biasa biasa saje dan merupakan kesakitan yg hanya sebesar zarah cuma.Ada di kalangan kita yg lagi hebat diuji dgn penyakit2 kronik...Kita sebagai makhluk ciptaanNya hanya mampu bersabar & pasrah.

"Ya ALLAH,jadikan aku seorang hambaMU yg redha dgn setiap ujianMU dari sekecil kecil hingga sebesar besar ujian.Kuatkanlah iman & hatiku...Segala yg berlaku itu yg terbaik disisiMU...aku akui..."  






Mereka yg dikagumi oleh masyarakat



Assalamualaikum kpd anda yg singgah di entri ini.....

Ada yg masih tak kenal kerrr mereka ini ???




Saya nak berkongsi kali ni mengenai *tokoh agama yg saya kagumi*,Ada beberapa tokoh yg tak perlu diperkenalkan lagi sbb mereka memang terkenal dinegara kita.Mereka yg terkenal dimasa kini jgn kita sangka begitu mudah mereka nak jadi terkenal mungkin sampai bila2 ??.Mereka ini ternyata byk menyumbang dan mungkin mereka sendiri tak menyangka bahawa mereka akan menjadi begitu terkenal.Eh! apa yg saya nak sampaikan sebenarnya ni??? apa apa je lah.Sila fahamkan sendiri k ?

Apa yg mendorong mereka menyampaikan apa yg telah disampaikan walaupun menghadapi byk rintangan dan tiada pengiktirafan oleh sesetengah pihak.Malah ada diantara mereka yg dicemuh,dihina dan diejek kerana melakukan apa yg mereka ingin lakukan.

Sekarang jika ditanyakan siapa yg tak kenal tokoh2 yg dipaparkan diatas? Pasti jika anda tidak mengenali mereka anda akan diketawakan (hahahaha).Oh! pada anda yg tak kenal mungkin anda berada dikutub utara @ dimana2 tempat yg terputus dari mukabumi Malaysia ni...LOL

Kepada tokoh2 agama yg disegani : jgnlah berputus asa sekiranya apa yg dilakukan kini tidak disenangi oleh golongan tertentu.Selagi kita percaya dgn apa yg dilakukan dan kita bersungguh melakukannya tidak salah berpandangan jauh ke depan selagi masyarakat memerlukan kita.



Setiap orang ada makanan kegemarannya



Apabila ditanya mengenai makanan kegemaran laju je yang akan menjawabnya kan? haha ye lah, semua orang punya makanan kegemaran masing masing,sudah semestinya....

Ada sesetengah orang tu crazy dgn masakan yang pedas, kalau tak rasa pedas, memang hilang selera nak tambah lagi....
Ada sesetengah org pulak suka makanan yang bergoreng macam keow teow goreng, mee goreng,nasi goreng & bla bla bla....

 Ada juga apabila ditanya apakah makanan kegemaran? rata-rata yang akan menjawab "suka masakan daripada ibu"... aduhh..macam takde jawapan lain je kan? hehe seperti mana yang kita sedia maklum masakan ibu adalah yang paling power sekali kerana ibu kita sendiri lebih memahami apa yang kita suka dan dan tak suka.Kalau kita cuba masak sendiri pun for sure tak sama kan rasa original yang ibu kita buat,betul kata orang tua-tua dulu...'air tangan mak tak sama dengan orang lain masak'.

Seperti kebanyakkan org juga,makanan kegemaran saya sudah tentu masakan-masakan dari ibu saya dan kakak saya.Saya memang gemar memakan masakan ibu saya kerana semua lauk-pauk yang dimasaknya amat enak dimakan,terutamanya masak lemak lengkuas,masak lemak sayur,ikan singgang,daging singgang & ayam percik.Saya mmg penggemar memakan masakan yg jenis bersinggang atau pun bersup.


Masak Lemak Gulai Lengkuas

Masak Lemak Sayur

Masak Singgang Ikan


Gambar ehsan dari Google

Selain daripada masakan ibu,saya juga gemar memakan masakan kawan2 saya.Kawan2 saya kebanyakkannya terel masak,sumpah!!..Fuhhh ! kalu diorang masak 'panggil tak dengar'.

Makanan yg sangat2 saya gemari ialah nasi goreng,tak kisah lah nasi goreng apa2 pun janji yg bernama nasi yg telah digoreng (ada faham?). Nasi goreng daging kunyit paling saya suka.Daging mempunyai protin yg tinggi.Walaupun ia tidak berkhasiat saya tetap santap kerana kita hidup harus makan,itu prinsip saya dan prinsip mek selemoh.

 
Nasi Goreng Daging Kunyit

Makanan kegemaran saya yg lain adalah nasi lemak..ia berkhasiat kepada saya kerana ia ada timun,telur dan juga nasinya yang mengandungi vitamin,protein dan benda2 yang berkhasiat.walaupun ayam mengandungi lemak, kita juga harus mengambil lemak cuma jangan banyak2.

Jenis-jenis makanan-makanan dan minuman yang harus kita elakkan ialah makanan yang berminyak, berlemak dan makanan-makanan yang manis.Kalau minuman elakkan minuman yang manis dan bergas.

Saya setuju bahawa menjaga pemakanan akan menjamin kesihatan kerana ia akan mengurangkan risiko menghidapi pelbagai penyakit yang tidak diingini.Jika kita tidak menjaga pemakanan,kita akan mudah menghidapi penyakit2 kronik seperti darah tinggi,cholesterol yang tinggi dan bermacam-macam lagilah yg tinggi.

Oleh itu,kita harus mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan bersenam,meminum air putih sebanyak 8 gelas setiap hari dan mengurangkan minyak,gula,garam dan sos.Malah,kita patut melebihkan pengambilan makanan seperti sayur-mayuran dan buah-buahan. Buahan-buahan dapat memberi kesihatan kpd kulit manusia.


p/s : saya pencinta makanan tapi saya tak gemar masak....ekeh keh!



Tuesday, 10 July 2012

impikan sebuah perkahwinan yg sedang2 aje



Hahaha... Mesti anda rasa cam naik muak seandainya saya bercerita  pasal bab-bab kahwin ni kan? hopefully tak lah ye!.Kekawan saya pernah bertanya adakah saya ni dah ada calon utk menuju ke gerbang perkahwinan? jawapannya hahaha belum lagi kekawan. Saya sendiri belum tahu bila.Nanti ada la jodohnya tu kalau TUHAN izinkan...

Sebenarnya sejak lama dulu, bila tgk orang lain kahwin, saya tak ada plak terbayang perkahwinan impian saya mcm mana. Takde pun terfikir nak buat pelamin mcm mana.Nak konsep Garden Wedding ke,nak guna bunga apa ke,nak pakai baju berapa pasang ke,nak kad kahwin bentuk atau corak mcm mana ke.Semua itu saya tak fikir.Tapi sekarang ada juga pasang impian nak perkahwinan berkonsep mcm mana.Cuma yang pasti saya hanya nak majlis perkahwinan saya tu dibuat secara sederhana saje tapi nak dibuat didewan. Alasannya, sbb saya rasa senang dan tempatnya lebih luas,lagipun lebih ramai kita bole jemput para tetamu.Kalau kat rumah ianya nampak sedikit sesak dan kurang selesa.

Dan satu lagi impian saya ialah nak buat sesi fotografi outdoor dikawasan yg nyaman seperti dikawasan bukit atau kawasan water fall.Siap ada kereta antik lagi,hehehe

Dua perkara itu hanya sebahagian drp impian perkahwinan saya. Selain itu perkara yang paling penting yg saya harapkan semasa perkahwinan saya ialah perkahwinan yang berkat dan mendapat rahmat Allah.Yang pasti saya TAK INGIN bersanding (tapi still ada pelamin utk bergambar kenangan).Sbb rasanya semua majlis perkahwinan abang-abang dan kakak-kakak saya takde sorang pun yg bersanding. So,saya pun tak teringin nak duk atas pelamin berdua, sambil ditepung tawar dan diperhatikan oleh org ramai,rasa malu sangat.

Dari segi doorgift pula,saya tak berapa gemar bagi satu uncang kain net atau goodie bag yg di dalamnya diletakkan ermm.. potpouri ke, pasu-pasu kecik yg bakal dibazirkan dan diletakkan merata-rata oleh kebanyakkan tetamu [berapa kerat sgt yg suka kumpul pasu2 kecik tu kan?], atau apa-apa jua cenderahati picisan yg dah sah akan membazir. Kalau saya plak lebih suka bagi bunga telur dan coklat.Kita kena bagi bunga telur sbb ia merupakan adat yg dah berzaman2 buat begitu.Doorgift pastinya berbentuk makanan. 

Kemudian saya nak pasang lagu-lagu nasyid terutamanya lagu Barakallah nyanyian Maher Zain pada hari perkahwinan saya nanti dgn volume yg sederhana.Saya cuma tak faham jika majlis kahwin yg pasang lagu kuat kuat dan siap ada karaoke lagi.Nak bagi semua org dengar ke ?

Dan juga, saya tak minat utk menukar berpasang-pasang baju sebab saya rasa rimas tukar byk2 baju ni.Huhuhu saya taknak lah rasa  mcm tu. Nanti saya jadi badmood sebab serabut. Hehehe...

Saya ni sebenarnya simple je orangnya. Itu la diri saya yang sebenarnya. Jadi, perkahwinan saya pun saya nak yg simple yg tak beriya-iya. Saya hanya akan buat majlis tu, betul2 mengikut atas kemampuan saya sahaja, tanpa membuat personal loan. Bagi saya tak perlu berhutang utk merialisasikan impian sesebuah perkahwinan itu. Tak sanggup susah kemudian nanti dgn menanggung beban hutang..Jadi wahai kenalan2ku andai kata kamu dtg ke kenduri perkahwinan saya nanti [yang tak tau bila,hahaha doa-doakan la agar ketemu jodoh saya] jangan pula merasa tak syok jika didapati, majlis saya sangat ala kadar dan tak glamer serta tak grand atau tak vogue.

Pengantin adalah raja sehari. Maka, saya ingin menjadi raja sehari waktu tu yang berjiwa rakyat (kononnya raja betul le tuh). Hehehe.



saya nak pelamin yg simple mcm nih tapi nampak exclusive (ini pada pandangan saya)
.
saya hanya mahu sepasang saja baju pengantin. so rekaan mcm nih menarik minat saya


atau mcm nih (cantik kan ?)


saya suka kasut mcm nih sbb ada bentuk butterfly...i like butterfly


saya suka cenderahati yg simple mcm nih !


saya suka kek berbentuk begini,ada bunga ros merah gituuu


kad kahwin yg juga ada unsur butterfly dan simple jer...hehehe sukanyaaa kad ni.


kalau dari segi hantaran saya suka tema warna ke arah gold atau coklat seperti dalam gambar ni 


Last sekali yg paling penting sbg ikatan penyatu hati iaitu sebentuk CINCIN..bestnya dapat cincin cam ni


fuhhhh!!!! penatnya merialisasikan impian perkahwinan ni..mcm2 yg diingini tapi mampu ke ? buat2 mampu je lah..bila tuh impian akan terlaksana ?? entah la,nanti saya tanya sama pokok....wakaka!!



Friday, 6 July 2012

I am happy !!!



Assalamualaikum !

Hari ini hari jumaat,syukur Alhamdulillah ke hadrat ILLAHI kerana masih diberi peluang utk berada di bumiNYA ini.....

Seperti biasa saya tetap bangun awal,solat subuh dan pastu bersiap sedia utk pergi kerja..But sebelum tu biasa la  rutin pagi2 bagi makan kat anak2 saya iaitu Mek Selemoh & Mat Tey...indahnya hidup ini !!

Pagi2 lagi cuaca sungguh cerah dan jalanraya banyak kereta..tapi dah boleh terima situasi sebegitu.Kenapa tiba tiba saya rasa sungguh happy hari ini dan rasa bersemangat yg amat sangat !!

Ok dah tau,dah tau sebabnya...esok saya nak balik kampung walaupun cuma  dua hari saja tapi seronok,boleh jumpa emak,abang & my siblings kat sana.Tambah2 dah nak dekat puasa ni nak sangat jumpa mak,nak sembang2 pasal persiapan menyambut ramadhan.Sbg anak perlulah ambil tau tentang apa yg diperlukannya,bantu kewangannya etc....

Benarlah kata pakar motivasi dlm buku yg saya baca.Katanya,lebih gembira kita,maka akan lebih bersemangat kita jadinya.Itulah yg saya rasai.Dari situasi itu,saya memahami bahawa bila kita gembira,tahap motivasi kita akan berubah sama,naik ke tahap lebih tinggi.Mungkin,bila kita kekalkan rasa kegembiraan maka lebih bermotivasi diri kita.

Mulai hari ini sama samalah kita mengekalkan kegembiraan yang kita rasai.Moga dari perasaan gembira itu kita boleh kekalkan motivasi yg terbina dlm diri kita...

Macam mana ye nak jadi org yg gembira selalu ???

Oh! gini caranya berdasarkan apa yg saya baca..

1.Maafkan kesalahan org lain yg pernah diorang buat pada kita,dari  dulu sampai sekarang.Maafkan,lupakan,jgn ingat balik.
2.Elak jadi pendendam.
3.Memilih utk jadi org yg happy selalu walaupun berat mcm mana pun masalah yg melanda.
4.Berusaha menggembirakan org lain sebab dlm proses tu kita sendiri akan jadi gembira.
5.Elak sikap cepat sakit hati,cepat geram atau cepat tertekan.


 happy betul hari ini dapat main dgn anak kawan saya (Nurul Ain) ...Subhanallah comelnya ARISSA !!


Jadi kita sama samalah mencuba utk menjadi org yg happy !!!! yabedabedoooo!