Sunday 1 July 2012

Bukannya tak nak kahwin



Ada org menanyakan satu soalan kepada Ustaz Azhar Idrus.... 

Soalannya : Kenapa sesetengah org tak kahwin sampai tua ?? adakah Allah tetapkan dia takde jodoh atau dia yg menolak jodoh ?? 

Jawapan Ustaz Azhar :

Hendaklah kita fahami bahawa segala yg berlaku adalah ketentuan Allah SWT termasuk perkara jodoh.Jadi siapa yg tak berkahwin sememangnya telah ditentukan oleh Allah SWT sejak azali lagi.Cuma adakah ia tidak berusaha untuk berkahwin atau telah berusaha...

Orang yg berusaha utk kahwin lalu bertemu pasangannya maka ini semua telah ditentukanNYA yakni Allah telah menentukan bahawa org tersebut akan berkahwin dan jodohnya adalah suami/isterinya itu....

Manakala yg telah berusaha tetapi tak berkahwin maka org ini telah ditetapkan oleh Allah untuk tidak berkahwin sepanjang hayatnya dan tidak ada jodohnya.


Manakala yg tak mahu berkahwin pula telah ditetapkan dari azali lagi dia tak akan berkahwin dan Allah SWT tak menetapkan sesiapa pun yg menjadi jodohnya...


Pendeknya kita hanya perlu berusaha dan bertawakkal kpd Allah .Bukan usaha yg menentukan kejayaan tetapi Allah yg menentukan kejayaan dan keberhasilan usaha kita itu....


Walaupun kahwin itu disuruh oleh syarak tetapi bukanlah perintah yg wajib.Sesiapa yg tak berkahwin tidaklah berdosa cuma ia luput kelebihan mempunyai keturunan...


saya bukannya tak nak kahwin...buktinya sila lihat foto ini..sampai terhegeh2 posing kat pelamin anak buah..siap berangan lagi


Itulah beberapa penerangan dari Ustaz yg nyata kita harus memahami tentang soal jodoh ini.Tak semestinya org yg belum bertemu jodoh adalah org yg tergolong dlm golongan yg tidak dikasihi oleh Allah SWT.


No comments:

Post a Comment