Monday, 21 January 2013

Info...Jambu Batu



Assalamualaikum.....


Jambu batu memang sedap, saya suka sangat sebab ianya rangup (kruk kruk kruk). Kalau yang dah lembik, hmmm saya tak suka, tak sedap.!!! yg takde biji lagiii saya suka. Sekrg tgh duk gila makan jambu batu ni....

Tau tak yang jambu batu ni mengandungi pektin atau serabut larut yang boleh membantu mengurangkan kolesterol dalam darah terutamanya kolesterol yang tidak baik iaitu LDL ???

Hmmm, sekarang ni ramai orang mempunyai kolesterol yang tinggi....


Jadi, selalulah makan jambu batu untuk mengurangkan kadar kolesterol dalam darah. Selain dari itu jambu batu juga mengandungi vitamin C, B dan tanin....


Tapi orang perempuan tidak digalakkan sgt memakan jambu batu kerana ia boleh menyebabkan rahim kembang dan banyak air....

Just for info k...!!!



fuhhhh sedapnya !!!!



Tuesday, 15 January 2013

OST Setia Hujung Nyawa



Lagu-lagu dlm drama 'Setia Hujung Nyawa' memang best sangat2...
















Semoga terhibur :)




Jejaka Idaman



Salam untuk semua



Berikut merupakan jejaka-jejaka idamanku.........ececeh !
 

 

Amar Asyraf - tengah popular dgn drama 'SETIA HUJUNG NYAWA'


 Hayden Christensen - popular dgn filem 'STAR WARS'


Robert Pattinson - popular dgn filem 'TWILIGHT SAGA' 


 
Jejaka-jejaka idaman saya awesome kan ??????
What do you think guys ? *blush blush*
Mereka semua berbakat in their own way,
dan tak pernah mengecewakan saya sebagai peminat mereka.
Paling penting, mereka 1 dunia, bukan 1 Malaysia tau, mr universe :)

Seandainya ada di antara anda-anda di luar sana
yang berkenan dengan JEJAKA IDAMAN saya nih,
sila BACK OFF, saya dah booking mereka awal-awal dah. haha ! :D

Till then.


cuba dengar lagu ni   :)



 

Tuesday, 8 January 2013

Suka tgk pelakon Amar Asyraf



Anda ada layan tak drama bersiri 'Setia Hujung Nyawa' di TV3 pukul 7 mlm, macam best pulak tgk muda mudi bercinta, feeling kejap.....wakaka !

Nampak sweet sangat pelakonnya tu, pelakon baru tu namanya Amar Asyraf. Saya suka sangat tgk wajahnya yg sooooooo cute.Dalam drama tersebut Amar Asyraf memegang watak sebagai Zain Hakimi & heroinnya Nelydia Senrose sbg Ersalina Imani.


sweetnya Amar Asyraf

Drama bersiri diadaptasi dari novel Setia Hujung Nyawa karya Fatin Nabila ini nampaknya  semakin diminati ramai.


Sinopsis :
Inilah takdir yang telah menemukan jodoh antara Ersalina Imani dan Zain Hakimi. Ersalina sangat cantik, matang, berbudi bahasa, kira cukup pakej walaupun baru umur 18 tahun. Zain pulak hensem, caring. Sofea iaitu tunangan Zain telah melarikan diri ke luar Negara saat2 majlis perkahwinan mereka. Datin Adibah iaitu mummy Zain sedaya upaya mencari pengganti kepada menantu tidak jadinya. Zain hanya menurut untuk menjaga maruah keluarga. Cari punyer cari..tup2 dia terjumpe dengan Ersalina di rumah Haliza.

Kira cinta pandang pertama untuk dibuat menantu. Haliza iaitu mama Ersalina dan Datin Adibah merupakan rakan berpersatuan. Dia terus tertarik untuk jodohkan Ersalina dengan Zain. Haliza pula merasakan bagai disorongkan bantal. Satu rahsia besar cuba disembunyikan oleh Haliza yang melibatkan maruah keluarga. Ersalina telah pengsan di rumah dan disahkan hamil. Hancur hati seorang ibu apabila maruah diri seorang anak yang dikasihinya tergadai hanya kerana nafsu remaja. Dr. Sofea iaitu Dr peribadi keluarga Haliza telah diminta merahsiakan perkara ini dari Ersalina dan semua orang. Malu beb!

Haliza telah menerima lamaran Datin Adibah. Ersalina yg tak tau pape ni terpaksa terima untuk menjaga hati mamanya sekaligus menebus dosa hitamnya. Sebelum majlis kahwin, Ersalina dengan tak sengaja telah terlanggar Zain di shopping complex dan dua2 terpana melihat keindahan Tuhan. Jeng…jeng…jeng..sudah jatuh cinta ke? Zain yg sah sebagai suami Ersalina amat terkejut melihat gadis yg berjaya mencuit hatinya di shopping complex adalah isterinya. Kedua ibubapa mereka mengharapkan kebahagiaan. Zain dan Ersalina mula dengan sebagai kawan dan Ersalina follow jer rentak Zain walaupun hati berbunga cinta. Salah Zain luahkan rasa cinta terhadap Ersalina, perkara aib yg disembunyikan oleh Haliza terbongkar bila Ersalina jatuh dan keguguran. Terduduk Zain sekejap! Haha.

Ersalina masih blum disentuh tetapi keguguran. Anak sape tu?Haliza amat takut dengan masa depan Ersalina puteri tunggalnya. Ersalina juga terkejut kerana mamanya merahsiakannya. Kini barulah dia tahu tujuan mamanya kahwinkannya. Zain, Ersalina, Haliza dan Dr. Sofea cuba sembunyikan rahsia besar ni. Zain berlakon baik dengan Ersalina di depan ibubapa mereka. Di belakang, Ersalina di maki, diherdik dan dianggap barang terpakai. Sadis2! Ersalina bertahan dan sabar kerana cintakan hubungan mereka. Kuasa Tuhan siapa yang tahu.

Selepas cuti bulan madu di Bali yg tak berapa nak madu ni, Zain dapat terima Ersalina sebagai isterinya. Zain ni romantic!!Tapi badai datang bila Zain kemalangan dan koma selama sebulan. Ersalina bagaikan orang gila tapi mulai berubah bila dia disahkan hamil anak Zain. Hady iaitu kawan baik Zain merasakan sekali lagi Zain ditipu oleh Ersalina. Perbualan Hady dan Ersalina tentang Ersalina yg bukan dara sebelum kahwin telah didengar oleh mummy Zain.

Hady ni mmg mulut tempayan. Haha. Datin Adibah minta Zain ceraikan Ersalina kerana rasakan keluarga Haliza menipu anak mereka. Zain cuba dijodohkan dengan Erniza. Ersalina dan Zain amat tertekan dan sering berjumpa secara sembunyi. Sesuatu telah insafkan Datin Adibah bila sejarah hitam Zain dan Ekin diketahuinya. Zain pernah meniduri Ekin waktu mudanya. Ish2 dunia2. Datin Adibah minta maaf pada smua pihak kerana cuba pisahkan Ersalina dan Zain.




Saya belum baca pun lagi novel ni, nak layan dulu kisahnya di  kaca TV.Kalau sebelum ni femes dgn drama Vanilla Coklat yg sweet couple juga tuh, tapi saya tak layan drama tu sbb tak minat dgn heronya.Saya layan cerita tu jika saya minat dgn pelakonnya. 

Sekian...

Monday, 7 January 2013

Ingin bercinta selepas kahwin



> Bercinta Selepas Kahwin?







Assalamualaikum, 

Kebanyakkan pasangan kini akan ada hubungan "couple" sebelum berkahwin. Banyak yang saya nampak (dari kalangan kawan dan family saya sendiri) couple dalam jangkamasa yang panjang dan Alhamdulillah selamat diijab kabulkan.. Ada jugak yang baru in relationship, then kahwin.. Tapi banyak yang putus di tengah jalan gara-gara orang ke3? Ops !!! jangan selalu salahkan orang ke3, kadang-kadang disebabkan relationship yang lama, perasaan sayang tu mungkin berkurang dan semakin banyak kelemahan pasangan terdedah sehingga "boring" menjalani relationship.. Hmm yeke??????



Couple sebelum kahwin 


Dengan couple ni, hampir semua kebaikkan dan keburukkan pasangan akan terdedah pasangan masing-masing. Sepandai mana anda cover pun, akan bocor juga macam-macam perkara, macam-macam rahsia. Couple ni secara bagusnya merapatkan hubungan kan? Dengan couple ni boleh memahami hati budi masing-masing. Siapa kata couple ni tak bagus? Tapi setiap perkara ada kebaikkan dan keburukkan.


  • Kenapa bagus?
Jika niat kita adalah baik, iaitu untuk mengadakan ikatan sebelum kahwin, ianya ok la bagus la kan..? Lagipun, jika kita masih menjaga adat dan batas pergaulan dalam agama, still dipertimbangkan, couple itu bagus. Percaya atau tidak yang jika kita pandai pilih pasangan, kita akan lebih save duit? Kenapa saya buat statement macam tu? Sebab pasangan yang bagus, tidak akan membiarkan pasangannya membazir duit untuk something yang tak perlu, dia akan mengingatkan pasangannya untuk tidak membazir. Dan couple ni, boleh saling mengingatkan antara satu sama lain untuk beribadah, "u dah solat belum?".

  • Kenapa tak bagus?
Kalau berlawanan dengan yang atas, mesti la tak bagus kan? Dan couple ni, kalau iman tak kuat, mesti kata ikut nafsu punya. Sebab apa? Sebab iman tak kuat, sebab ikut nafsu bukan akal, dan sebab ingin mencuba something new? Ehem.. "apabila berdua-duaan mesti ada yang ketiga.." But orang ke3 tu boleh tewas kalau anda kuat. Kuat apa? Kuat iman! Malu itu sebahagian dari iman kan? So siapa kata malu tu tak bagus? 



Tapi macam mana kita nak kahwin kalau tak kenal si dia kan?
Maksudnya, kan couple tu bagus before kahwin


Lama gak saya fikir jawapan soalan ni, tapi satu jawapan yang saya rasa kukuh adalah, "tak tau ke anda yang couple itu seperti satu lakonan di dalam sebuah drama?" Percaya atau tidak yang semua bercouple ni berlakon baik di depan pasangan mereka, lemah lembut,gentlesweet, semuanya yang baik baik, tapi once get married, dah lain pula jadinya. Boleh terima tak idea saya? OK sorry-sorry memang tak semua pun macam tu hehe, saya dapat idea ni dari lagu SenarioSebelum Selepas. Hayati liriknya..


Sebelum kahwin dia
Janji nak hidup sama
Sudah berumahtangga
Hilang entah kemana
Kata ke pejabat
Rupanya dia ligat

Cari-cari calon
Hendak cukupkan empat
Hendak cukupkan empat
Dua dah dapat
Tiga dah dapat
Empat tak sempat

Sebelum bekeluarga
Jalan-jalan berpimpin tangan
Pegang bahu tak mahu lepas
Sesudah anak tiga
Dah mula rasa
Nak pimpin tangan isteri pun dah naik malas
Suami sebatu di depan isteri di belakang


Hmm boleh terima alasan saya? TAPI betul, tak semua orang macam ni kan? (",)


Jadi konklusinya bercinta selepas kahwin?


Percintaan selepas kahwin sangat diredhai Allah S.W.T. sebab apa? Sebab ia menjaga pergaulan antara lelaki dan wanita disamping mengelakkan fitnah dari banyak pihak (boleh juga kalau nak cakap dengki, jeles, dan sebagainya). Jadi ia juga mengelakkan dari melakukan perbuatan terkutuk (dan saving duit kot, klau keluar dating, habis berapa ratus? hehe)

Macam mana nak cari pasangan yang bagus? 
Ye la kan, kata bercinta lepas kahwin,
salah pilih kan, masak saya ~


Saya sendiri belum ada calon, tapi dari bacaan dan pemahaman saya, calon yang bagus adalah calon yang mampu membahagiakan rumah tangga itu dengan memberikanketenangankerahmatan dan keharmonian di dalam masjid yang dibina. Calon yang paling sesuai adalah yang taat kepada agama dan berakhlak mulia. Berikut adalah sabda Rasulullah mengenai calon yang bagus untuk dipilih,

Sabda Rasulullah s.a.w : "Perempuan dikahwini atas empat perkara; kerana hartanyaketurunannyakecantikannya dan agamanya. Pilihlah perempuan yang beragama, nescaya kamu akan diberkati Allah." (Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim dan lain-lain)

Sebagai konklusi..

Nampak indah bukan kalau bercinta selepas kahwin? Bayangkan kisah Adamaya dan juga kisah Nora Elena terjadi dalam kehidupan anda (tapi kedengaran mcm mustahil kan??? tapi walaupun mustahil, tapi logik dan boleh diterima akal)




Monday, 31 December 2012

Terimakasih Dekna



Hari terakhir 2012....diriku berbahagia disamping adik angkat kesayanganku.Aku dibelanjanya makan di Pizza Hut..muehehehe !!  I LOVE IT



Chicken Chop


Nasi Udang Tempura


Air Asam Boi 


Inilah dia adik angkatku Dekna....ayunyaaa !


Hadiah tudung Ariani dari Dekna


I am happy !


Terimakasih Dekna telah membuatkan hidup kakakmu bahagia & ceria !! 




Saturday, 29 December 2012

Selamat tahun baru









Assalamualaikum wbt kpd sahabat semua.Semoga kalian senantiasa mendapat rahmat Allah SWT. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW.Semoga syafaat baginda akan kita perolehi kelak.

2012 semakin melabuhkan punggungnya dan dada 2013 akan menjelma pula.Saya pasti pelbagai peristiwa suka duka, pahit manis dan sebagainya telah kita semua nikmati sepanjang tahun ini.Usah bercakap mengenai azam yang tidak tercapai sebaliknya bersyukurlah atas segala kurniaan yang Allah SWT turunkan kepada kita semua.

Menjelang hari-hari terakhir dalam 2012 ini, kita dianjurkan untuk senantiasa bermuhasabah diri.Apa yang telah kita lakukan kepada agama, bangsa dan negara kita.Ingatlah walau sekecil mana pun peranan kita, percayalah bahawa kita sebenarnya telah menyumbang sesuatu kepada pembangunan agama, bangsa dan negara kita. Kita tidak perlu menjadi seorang menteri untuk membantu kepada pembangunan negara sebaliknya peranan kecil kita sebagai seorang pekerja biasa atau ahli dalam sesebuah isirumah itulah yang banyak sumbangannya.

Segala-galanya bermula di rumah.Jika suasana di rumah itu harmoni, positif dan sebagainya maka semua unsur ini akan dibawa ke luar sana.Jika di rumah kita dididik untuk senantiasa membuang sampah di dalam tong sampah, maka di luar kita tidak akan sampai hati untuk membuka tingkap dan mencampak bungkusan bekas makanan keluar dari kereta kita.

Jika di rumah kita telah dididik untuk membaca doa sebelum menikmati makanan, maka apabila kita makan di luar pun kita akan senantiasa istiqamah untuk membaca doa sebelum menikmati makanan.

Begitu juga apabila di rumah kita telah dididik untuk senantiasa menghormati ibubapa kita, maka di luar pun kita akan senantiasa hormat akan ibubapa orang lain ataupun orang yang lebih tua dari kita.

Segala-galanya bermula dari diri dan keluarga kita.Jadi jangan sesekali menyalahkan orang lain, jangan sesekali menyalahkan peraturan, jangan sesekali menyalahkan itu dan ini.Kembalilah kepada bermuhasabah diri sendiri.

Akhir kata dari saya, Selamat Tahun Baru 2013 dan jadikanlah 2012 yang akan berlalu ini sebagai pengajaran serta pengalaman berguna untuk kita bertindak lebih baik lagi di tahun 2013 nanti.


Jumpa di fajar 2013 ya....In Sya Allah