Thursday, 5 July 2012

Adilkah cara kita menilai seseorang ?



Hari ini saya nak beremosi sikit sbb saya ini insan biasa yg mempunyai perasaan.Saya selalu juga bertanya pada diri sendiri samada saya mempunyai banyak sifat yg buruk berbanding dgn yg baik ? Kadang kadang kita tak boleh nak menilai diri sendiri.Org lain yg berhak menilai diri kita dari pelbagai sudut dan pandangan.

Dlm menghadapi kehidupan, manusia itu tidak akan terlepas drp bergaul dgn manusia yg lain. Berkenalan,berhubung dan seterusnya bersahabat menjadi salah satu rencah dlm kehidupan.Kadangkala dlmpergaulan seharian dgn insan lain juga menyebabkan timbulnya pelbagai perasaan dlm diri.Kegembiraan,kesedihan,kekecewaan,
kemarahan dan ketenangan datang dan pergi.Tiada manusia yg boleh hidup tanpa org lain dan tiada manusia yg hidup tanpa perasaan. 

Setiap hari seseorang manusia juga tetap akan berkomunikasi dgn insan lain.Seseorang insan,dlm menempuh kehidupan sehari hari akan menemui pelbagai perwatakan manusia.Kadangkala setiap watak yg ditunjukkan kpd kita membuatkan perasaan bercampur baur timbul dlm jiwa sanubari.Malah kita akan keliru melihat setiap perwatakan yg ditonjolkan.Suka dan benci bertukar ganti.
Namun,begitulah manusia ciptaan Tuhan....Ada unsur baik dan ada juga unsur kurang baik yg membentuk sikap individu.Tiada manusia yg benar2 sempurna.Ada kelebihan dan ada kekurangannya.

Amat dikesali bila ada dlm kalangan rakan kita,apabila diminta memberi pandangan mengenai seseorang,hanya perkara buruk saja yg diceritakan.Semua kelemahan dan kekurangan didedahkan tanpa disedari.Maka secara tak langsung persepsi dlm diri si pendengar akan terbentuk berdasarkan apa yg didengarnya.

Adilkah hanya menyimpulkan perwatakan seseorg dgn hanya menilai drp sudut yg tak baik sedangkan perkara yg baik tidak didengarnya ? Segala sifat baik langsung dilupakan seolah olah tak pernah wujud dlm diri org itu.Begitu juga sebaliknya,jgn disebabkan hanya sedikit shj keburukan yg dilakukan,kita menganggap dia sbg seorg yg sangat baik,sedangkan byk perkara yg tak elok pernah dilakukannya.

Manusia kadangkala tersilap.Mungkin sengaja mungkin tidak disengajakan.Prasangka buruk adalah sifat yg boleh menjadi racun berbisa yg akan memusnahkan jiwa seseorg insan.

Kita diciptakan dgn adanya dua sifat iaitu sifat yg baik dan sifat yg jahat.Jadi disini,penilaian yg adil harus dibuat agar tiada perselisihan.Dlm menilai seseorg jgn hanya memandang dari satu sudut shj,pertimbangkan kedua dua sifat tersebut tanpa dipengaruhi dgn prasangka buruk. 



Mek Selemoh ni byk sifat yg baik ke yg tak baik ? hanya mama dia saja yg tau....tapi klau tgk kat sini nampak je innocent gila tapi hakikatnya pernah berak & kencing dlm rumah...so disini boleh disimpulkan bahawasanya ada sifat buruk pada diri selemoh nihhh !


Terimakasih pada yg sudi membacanya......PEACE NO WAR !!!






1 comment:

  1. Menangkan Jutaan Rupiah dan Dapatkan Jackpot Hingga Puluhan Juta Dengan Bermain di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    -Situs Aman dan Terpercaya.
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor Dana & Tarik Dana Akan Diproses Dengan Cepat (Jika Tidak Ada Gangguan).
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5% (Disetiap Harinya)
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Pelayanan Ramah dan Sopan.Customer Service Online 24 Jam.
    - 4 Bank Lokal Tersedia : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    8 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar66

    Info Lebih Lanjut Hubungi Kami di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    ReplyDelete