Assalamualaikum wbt kpd sahabat semua.Semoga kalian senantiasa mendapat rahmat Allah SWT. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar kita Nabi
Muhammad SAW.Semoga syafaat baginda akan kita perolehi kelak.
2012 semakin melabuhkan punggungnya dan dada 2013 akan menjelma pula.Saya pasti pelbagai peristiwa suka duka, pahit manis dan sebagainya telah kita semua nikmati sepanjang tahun ini.Usah bercakap mengenai azam yang tidak tercapai sebaliknya bersyukurlah atas segala kurniaan yang Allah SWT turunkan kepada kita semua.
Menjelang hari-hari terakhir dalam 2012 ini, kita dianjurkan untuk senantiasa bermuhasabah diri.Apa yang telah kita lakukan kepada agama, bangsa dan negara kita.Ingatlah walau sekecil mana pun peranan kita, percayalah bahawa kita sebenarnya telah menyumbang sesuatu kepada pembangunan agama, bangsa dan negara kita. Kita tidak perlu menjadi seorang menteri untuk membantu kepada pembangunan negara sebaliknya peranan kecil kita sebagai seorang pekerja biasa atau ahli dalam sesebuah isirumah itulah yang banyak sumbangannya.
Segala-galanya bermula di rumah.Jika suasana di rumah itu harmoni, positif dan sebagainya maka semua unsur ini akan dibawa ke luar sana.Jika di rumah kita dididik untuk senantiasa membuang sampah di dalam tong sampah, maka di luar kita tidak akan sampai hati untuk membuka tingkap dan mencampak bungkusan bekas makanan keluar dari kereta kita.
Jika di rumah kita telah dididik untuk membaca doa sebelum menikmati makanan, maka apabila kita makan di luar pun kita akan senantiasa istiqamah untuk membaca doa sebelum menikmati makanan.
Begitu juga apabila di rumah kita telah dididik untuk senantiasa menghormati ibubapa kita, maka di luar pun kita akan senantiasa hormat akan ibubapa orang lain ataupun orang yang lebih tua dari kita.
Segala-galanya bermula dari diri dan keluarga kita.Jadi jangan sesekali menyalahkan orang lain, jangan sesekali menyalahkan peraturan, jangan sesekali menyalahkan itu dan ini.Kembalilah kepada bermuhasabah diri sendiri.

Akhir kata dari saya, Selamat Tahun Baru 2013 dan jadikanlah 2012 yang akan berlalu ini sebagai pengajaran serta pengalaman berguna untuk kita bertindak lebih baik lagi di tahun 2013 nanti.
Jumpa di fajar 2013 ya....In Sya Allah
Selamat tahun baru 2013 Zue. Suka la part tak perlu jadi menteri sekadar pegawai kecil-kecilan ni pun boleh menyumbang untuk agama bangsa dan negarakan. Terbaik la Zue.
ReplyDelete