Monday, 7 January 2013

Ingin bercinta selepas kahwin



> Bercinta Selepas Kahwin?







Assalamualaikum, 

Kebanyakkan pasangan kini akan ada hubungan "couple" sebelum berkahwin. Banyak yang saya nampak (dari kalangan kawan dan family saya sendiri) couple dalam jangkamasa yang panjang dan Alhamdulillah selamat diijab kabulkan.. Ada jugak yang baru in relationship, then kahwin.. Tapi banyak yang putus di tengah jalan gara-gara orang ke3? Ops !!! jangan selalu salahkan orang ke3, kadang-kadang disebabkan relationship yang lama, perasaan sayang tu mungkin berkurang dan semakin banyak kelemahan pasangan terdedah sehingga "boring" menjalani relationship.. Hmm yeke??????



Couple sebelum kahwin 


Dengan couple ni, hampir semua kebaikkan dan keburukkan pasangan akan terdedah pasangan masing-masing. Sepandai mana anda cover pun, akan bocor juga macam-macam perkara, macam-macam rahsia. Couple ni secara bagusnya merapatkan hubungan kan? Dengan couple ni boleh memahami hati budi masing-masing. Siapa kata couple ni tak bagus? Tapi setiap perkara ada kebaikkan dan keburukkan.


  • Kenapa bagus?
Jika niat kita adalah baik, iaitu untuk mengadakan ikatan sebelum kahwin, ianya ok la bagus la kan..? Lagipun, jika kita masih menjaga adat dan batas pergaulan dalam agama, still dipertimbangkan, couple itu bagus. Percaya atau tidak yang jika kita pandai pilih pasangan, kita akan lebih save duit? Kenapa saya buat statement macam tu? Sebab pasangan yang bagus, tidak akan membiarkan pasangannya membazir duit untuk something yang tak perlu, dia akan mengingatkan pasangannya untuk tidak membazir. Dan couple ni, boleh saling mengingatkan antara satu sama lain untuk beribadah, "u dah solat belum?".

  • Kenapa tak bagus?
Kalau berlawanan dengan yang atas, mesti la tak bagus kan? Dan couple ni, kalau iman tak kuat, mesti kata ikut nafsu punya. Sebab apa? Sebab iman tak kuat, sebab ikut nafsu bukan akal, dan sebab ingin mencuba something new? Ehem.. "apabila berdua-duaan mesti ada yang ketiga.." But orang ke3 tu boleh tewas kalau anda kuat. Kuat apa? Kuat iman! Malu itu sebahagian dari iman kan? So siapa kata malu tu tak bagus? 



Tapi macam mana kita nak kahwin kalau tak kenal si dia kan?
Maksudnya, kan couple tu bagus before kahwin


Lama gak saya fikir jawapan soalan ni, tapi satu jawapan yang saya rasa kukuh adalah, "tak tau ke anda yang couple itu seperti satu lakonan di dalam sebuah drama?" Percaya atau tidak yang semua bercouple ni berlakon baik di depan pasangan mereka, lemah lembut,gentlesweet, semuanya yang baik baik, tapi once get married, dah lain pula jadinya. Boleh terima tak idea saya? OK sorry-sorry memang tak semua pun macam tu hehe, saya dapat idea ni dari lagu SenarioSebelum Selepas. Hayati liriknya..


Sebelum kahwin dia
Janji nak hidup sama
Sudah berumahtangga
Hilang entah kemana
Kata ke pejabat
Rupanya dia ligat

Cari-cari calon
Hendak cukupkan empat
Hendak cukupkan empat
Dua dah dapat
Tiga dah dapat
Empat tak sempat

Sebelum bekeluarga
Jalan-jalan berpimpin tangan
Pegang bahu tak mahu lepas
Sesudah anak tiga
Dah mula rasa
Nak pimpin tangan isteri pun dah naik malas
Suami sebatu di depan isteri di belakang


Hmm boleh terima alasan saya? TAPI betul, tak semua orang macam ni kan? (",)


Jadi konklusinya bercinta selepas kahwin?


Percintaan selepas kahwin sangat diredhai Allah S.W.T. sebab apa? Sebab ia menjaga pergaulan antara lelaki dan wanita disamping mengelakkan fitnah dari banyak pihak (boleh juga kalau nak cakap dengki, jeles, dan sebagainya). Jadi ia juga mengelakkan dari melakukan perbuatan terkutuk (dan saving duit kot, klau keluar dating, habis berapa ratus? hehe)

Macam mana nak cari pasangan yang bagus? 
Ye la kan, kata bercinta lepas kahwin,
salah pilih kan, masak saya ~


Saya sendiri belum ada calon, tapi dari bacaan dan pemahaman saya, calon yang bagus adalah calon yang mampu membahagiakan rumah tangga itu dengan memberikanketenangankerahmatan dan keharmonian di dalam masjid yang dibina. Calon yang paling sesuai adalah yang taat kepada agama dan berakhlak mulia. Berikut adalah sabda Rasulullah mengenai calon yang bagus untuk dipilih,

Sabda Rasulullah s.a.w : "Perempuan dikahwini atas empat perkara; kerana hartanyaketurunannyakecantikannya dan agamanya. Pilihlah perempuan yang beragama, nescaya kamu akan diberkati Allah." (Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim dan lain-lain)

Sebagai konklusi..

Nampak indah bukan kalau bercinta selepas kahwin? Bayangkan kisah Adamaya dan juga kisah Nora Elena terjadi dalam kehidupan anda (tapi kedengaran mcm mustahil kan??? tapi walaupun mustahil, tapi logik dan boleh diterima akal)




1 comment: