Friday, 29 June 2012

Janganlah bermenung !



Assalamualaikum,salam sejahtera,hai,hello...!

si comel pun suka termenung
                                         
hehe saya ni suka termenung!.Kadang2 tuh suka sangat teringat kenangan lama.Saya masih ingat lagi semasa zaman persekolahan dulu saya sengaja duduk tepi tingkap,terutama hari hujan,pasal apa? saya suka tengok hujan turun,kira titisan hujan hehe!.Tapi bila saya dah dewasa dan sehingga kini,saya dah tak pilih tempat tepi tingkap dah,saya termenung dimana2 saja umpamanya di kamar beradu @ di dalam bilik air.Saya akan termenung dan berfikir terutama bila saya susah hati.

Apa kebaikan termenung sebenarnya ?

Pada saya,jelasnya termenung tiada kebaikan dan tidak mendatangkan apa-apa faedah dan lebih membawa keburukan kepada kita.

Perbuatan termenung menunjukkan kita tidak mempunyai apa2 untuk dilakukan. Ini adalah sesuatu yang membuang masa dan sepatutnya kita melakukan banyak perkara lain. Termenung juga menggalakkan kita menjadi murung dan tidak bersemangat. Kita akan jadi seperti keseorangan dan tidak bergaul dengan orang lain.Termenung juga menyebabkan kita menjadi letih dan PEMALAS.Tak gitu?
Jadi saya nak cuba untuk mengurangkan tabiat saya yg suka termenung.


Ni hah beberapa gambar menunjukkan betapa
saya memang suka termenung....


termenung tentang apa tuh,macam best je !


ini sebenarnya sedang termenung ke sedang berangan ??


janganlah fikirkan sangat !

macam banyak masalah jer





Thursday, 28 June 2012

Sebenarnya banyak persoalan dalam hidup ni !



Assalamualaikum kepada?? ala tak kisah lah kepada sape2 pun janji kepada org yg membaca entri ini....pada hari jumaat yg mulia ni nak sembang2 pasal apa yek? ishhh! banyak betul la persoalan yg bermain difikiran nih....???????? Selagi kita bernama manusia selagi itulah banyak perkataan KENAPA..

Kenapa kita minum walaupun kita tak rasa dahaga?

Kenapa kita makan walaupun kita tak rasa lapar?

Kenapa kita rasa bosan kalau hanya duduk diam?

Kenapa kita ada seringgit tapi kita ingin nak ada sepuluh ringgit?

Kenapa kita perasan kita best padahal org lain rasa menyampah kat kita?

Kenapa kita selalu cakap kita nak bertaubat ...tapi tak pun !

Kenapa kita selalu berazam tapi tak pernah berusaha bersungguh sungguh untuk capai azam itu sebaiknya.

Kenapa kita beli baju baru walaupun kita ada banyak baju lain?

Kenapa orang yang kita nak tak nak kat kita tapi orang yang kita tak nak nak kat kita?

Kenapa kita suka sangat menyusahkan hidup orang lain?

Kenapa kita tengok org melakukan kebaikan kita tak ikut?

Kenapa kita suka sangat bagi alasan?

Kenapa kita halalkan yang haram?

Kenapa kita harus sombong walaupun kita ni bodohhh?

Kenapa kita suka sangat ponteng @ tinggal solat,klau tak pun meringankan solat?

Kenapa klau bab nak derma duit,kita mesti kata takde duit,tapi klau bab2 makan,beli handbag baru,handphone baru tak sempat terfikir pun pasal ni?

Kenapa kita harus ikut telunjuk org lain umpama seperti kerbau dicucuk hidung?

Kenapa kita nakkan 'nama'walaupun kita tahu kita tak sehebat mana pun?

Kenapa bila kita nak cari pasangan kita cari yang baik? kita sendiri macam mana?

Kenapa kita ambil ringan sesuatu perkara yang berat?


Banyak sangat 'kenapa' dalam hidup kita sebenarnya.Banyak mana kenapa pun tetap tak menghalang kita untuk terus hidup.Apa yg pasti TUHAN sedang menguji kita. 



Kenapa, kenapa & kenapa ?



Topik kali ini saya nak bincang sket kenapa perempuan sekarang (* tak termasuk saya ya,selisih malaikat 44* ) suka  atau tergilakan suami orang??? mungkinkah sudah jadi trend sekarang ? ingin bercinta dgn 'hak org'  terasa lebih mencabar dgn alasan pertama sebab duit & kehidupan yg lebih terjamin..mmglah jodoh pertemuan ditentukan Tuhan,,tapi kitakan hanya merancang,Tuhan yg tentukan segalanya.Selagi kita boleh halang,kita tahu selok belok batas pergaulan insyaAllah kita mampu hindarinya.Alasan suami skrg kononnya perlukan seseorang utk berbual,berkongsi cerita.Tapi kenapa tak jadikan isteri sbg teman utk berkongsi cerita ??  kenapa perlu jadikan org lain? hhehehe! byknya soalan..apa2 pun tepuk dada tanya diri sendiri.

Mungkin juga mula2 sekadar suka2,nak have fun,akhirnya tersangkut plak.Kata perempuan zaman skrg suami org lebih bersifat terbuka.Saya cukup sensitif tentang hal ini sbb saya tergolong dikalangan perempuan yg belum berpasangan.Macam2 citer kita dengar melibatkan affair antara si suami dgn perempuan muda single yg mementingkan kebendaan.Siapa yg harus dipersalahkan ? salahkan isteri yg tak pandai jaga suami? itu adalah ayat masyarakat sekrg yg suka sgt salahkan isteri.Cuak mmg cuak !!

Suami tak cukup ke dgn seorang isteri ? kenapa perlu kongsi cerita dgn perempuan lain ? kenapa perlu cerita tentang hal rumahtangga dgn org lain.klau nak sgt teman berbual kenapa bukan dgn isteri ? alasan yg diberi kononnya isteri kolot,isteri tak berkerja,dok rmh aje,tak tau dunia luar. Kalau ada masalah si suami tak payah nak minta pandangan org lain, lebih2 lagi dgn perempuan yg tak pernah berkahwin.Apa yg dia tau tentang hidup berumahtangga.Cubalah suami fikir klau jadi pada ibu ke, kakak sendiri ke,adik sendiri ke tak ke sakit hati.? LU FIKIRLAH SENDIRI.

Malas nak cakap lebih panjang lebar lagi sbb benda ni tak kena pada batang hidung sendiri.Tapi kita ada ALLAH tempat kita memohon untuk diberi petunjuk.Minta doa byk2 dgnNYA semoga dijauhi dari perkara2 yg tidak baik. 

Sekian


Wednesday, 27 June 2012

Ketagih apa ?



Saya suka sgt minum nescafe tak kira la nescafe apa,asalkan namanya nescafe. Yang paling menjadi favourite saya tentulah RED GUARA..kalau sehari tak dapat boleh jadi rindu dendam campur ketagih..ada juga terdengar org kata kopi @ nescafe ni tak elok diminum selalu..mcm2 sbb la orang kata tapi saya pun bukannya over ketagih sampai sehari belasah byk cawan...


Tapi ada satu artikel yg saya pernah baca pasal kopi yg buat saya rasa lega,nak sedapkan hati la nihh kononnya kalau ambik beberapa cawan kopi sehari boleh mengurangkan penyakit hati,mengurangkan risiko mendapat diabetes & menyekat pembentukan kanser hati.Betul ke??? tapi artikel tu cakap mcm tuhh !!percaya ajelah.Pada penggemar nescafe mcm saya ni mmg la satu berita baik tapi pada yg kureng gemar tu boleh la berkenal kenalan dgn minuman ni.Best tau kalau dapat cicah kopi dgn baulu ( baulu Fairuzah) atau pun cicah dgn biskut mayat (yg Zamiah punya tuh) tambah2 masa tu hujan tgh lebat..mak datuk perghhh,marvellous !! kalau nak tau cuba try test.....


p/s : tak sabar nak minum nih...mari secawen ?




ini lah dia buah hati saya si Red Guara..tanpa dia hari saya tak lengkap (Amy nak red guara satu?)





Tuesday, 26 June 2012

Seperti seekor burung



Hello
Apa kisah kali ni ye ? kisah suka ke ,duka ke atau kisah gempaq ?? alahai ni ha nak cerita kisah langsuir bertenggek lah ! hish jangan sesekali bercerita benda2 yang menakutkan,pantang nenek moyang tau!!!




apakata saya buka topik pasal burung bertenggek didahan kayu, ok ke ?


Sebenarnya apa yang nak saya lontarkan di entri ni ialah perihal diri saya nie yang sememang memangnya gemar sangat bertenggek tempat kekawan.Tak tau la pulak kawan2 rimas ke,bosan ke dengan saya.Saya pun tak pernah ambik kisah pun,lantak pii lah.Ala diorang pun kalau saya tak bertenggek  tempat diorang nanti diorang rindu lah pulak kat saya..takyah nak deny.

Diorang ni kawan saya yang boleh dikatakan super duper lah sebab mampu bertahan dengan kerenah saya walaupun terrrrrrpaksa berlakon ke apa ke.Tapi mintak2 lah diorang ni sincere dan merelakan diri mereka dipergunakan oleh zurarai yg berlagak diva itu,kononnya Lisa Surihani la tuh..!!! 

Disini ingin saya perkenalkan mereka yang saya gelarkan sebagai QUEENS OF MY HEART.Hari ku tak ceria tanpa kehadiran mereka nih.Kalau ada salah sorang yg tak datang kerja, mula lah saya akan ambik kisah mengapa?" hish tak best lah si anu tu tak datang..." 





Kawan saya yg nih very cool.dia tabah melayan saya.Selalu saya tanya soalan "Baya puasa ke hari ni? kalau tak puasa nak ikut lunch,boleh ?"





Yang ini kawan sebilik kepada Baya..namanya "hai saya azeera,panggil aje Zee,channel zee kat Astro tu adalah saya punya".Dia sesangat peramah.dia pun menjadi tempat saya menumpang kasih,kasih utk bawa saya pi jalan2 kuar lunch.Hari2 mesti nak bertenggek tempat dia,malah bukan saya saja,staf lelaki pun bertenggek sama...manis sungguhhh orgnya





Kawan saya yg nih very very lemah longlai.apa2 pergerakan dia takde yg brutal.saya selalu gi bertenggek bilik dia utk beradu atau sorok2 makan dibulan puasa.Dia nih pandai masak tau !!!!! control ayu nampak !






Kawan saya yg nih tempat untuk bertenggek bincang pasal2 artis.kitorang mmg pun artis Dia saling tak tumpah mcm Julia Ziegler.nak tau dia nih pandai menjahit & kreatif tau !.klau nak tempah layari 'kapas & kreativti.blogspot.com.'






'Si hot mama' nih merupakan kawan ku yg selalu mengajar ku tentang berinternet,cara nak create FB,dan terbaru mcm mana nak jadi blogger..saya bertenggek utk  menggunakan laptop dia.wahhh hepi betul hot mama nih..oh dia nih aktif dlm penjualan produk Shaklee ,sbb tuh dia hot






Ha ! si dia nih tempat saya mengadu kisah pahit ke,manis ke semua dia tahu. fuhhh! comelnya puteri kesayangan dia nih.the only puteri katakan.like mother like daughter.hebat betul





Yesss !! foto ini menggambarkan betapa benarnya diriku seperti  seekor burung yang suka bertenggek





Last but not least..ni pun saya suka ngendeng2 ajak pi makan.Selalu gak lepak bilik dia godek2 komputer.Nak tau dia dah pi Amerika tau,dgn boss lak tuh..untungnyaaa 



Begitulah serba sedikit tentang kisah seekor burung yg hinggap kesana sini mencari dahan utk berteduh...




Monday, 25 June 2012

Bacalah !



Anda minat membaca??? hhheee saya nak kata betul2 minat tu tak lah juga.Bak kata orang "suam suam kuku saja".Tapi kita semua tahu kan membaca merupakan satu amalan yang mulia.Banyak faedahnya boleh diperolehi dengan membaca nih.Kerajaan juga menggalakkan kita membaca dengan membuat pelbagai kempen supaya kita minat membaca.Tak gituuu ?Kita tahu kan bahawasanya membaca dapat meluaskan pengetahuan.Ini kerana membaca merupakan jambatan ilmu.Banyak ilmu yang dapat kita perolehi dengan membaca buku (especially novel hehe),surat khabar,atau majalah (majalah hiburan?).Kita juga dapat mengetahui perkara-perkara baru dalam pelbagai bidang ilmu seperti ilmu psychology etc.

Kita dapat mengetahui tentang isu semasa yang berlaku di seluruh dunia. Misalnya,masalah kegawatan ekonomi,pencemaran alam sekitar,pergolakan politik,dan sebagainya.Dengan demikian,kita akan lebih peka terhadap perkembangan semasa dan tidak lagi menjadi seperti 'katak di bawah tempurung'.( nak buat bunyi katak tapi tak pandai ek ).

Satu lagi faedah membaca ialah kita dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.Masa tidak lagi terbuang begitu saja. Menyedari hakikat bahawa masa itu emas ,maka amalan membaca memang wajar dilakukan setiap kali ada masa terluang. 

Selain itu, membaca juga dapat meningkatkan pencapaian bahasa dikalangan pelajar-pelajar. Dengan membaca pelbagai bahan bacaan seperti bahasa Melayu dan Inggeris, pelajar-pelajar dapat menguasai bahasa tersebut dengan baik.Mereka juga akan terdedah kepada pelbagai gaya penulisan seperti menulis artikel dan cerpen.Sikap suka membaca wajar diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat untuk mencapai taraf Negara yang maju. Jika tidak, kita akan jauh ketinggalan di belakang dan tidak mampu bersaing dengan negara-negara lain.


    MEMBACA KITAB SUCI AL QURAN ADALAH SEGALA GALANYA.

                
Majalah ini banyak memberi ilmiah





Saya penggemar NOVEL











Cita cita kita



Masih ingatkah waktu kita sering bertanya pada orang tua perihal apa saja yang kita lihat, rasakan dan inginkan. Ketika usia masih merangkak menuju remaja. Saat itu segala sesuatu kita jadikan keyakinan,bahkan kita sering beranggapan bahwa setiap orang dewasa adalah orang yang paling kita contohi. Emm, inilah masa dimana cara berfikir kita masih mudah dibentuk. Kiranya bagi orang tua yang bijak, ia akan membimbing anaknya untuk menjadi apa yang ia inginkan.

Mungkin kita sudah lupa, saat usia masih berganjak.Orang tua sering membisikkan dan menyanyikan kita sebelum tidur lagu yang bernada doa seperti "jadilah anak yang berguna, rajin mengaji, taat pada agama juga negara". Ya, meskipun kita lupa tapi didalam bawah sedar kita, doa-doa tersebut sudah menjadi darah daging,"menjadi anak yang berguna".

Nah, sekarang kita dah berganjak menuju ke separuh abad ( contohnya saya ) . Pada usia ini kita sering dituntut untuk  berubah menjadi yang lebih baik . Bahkan dulu dulu kita sering bermimpi untuk menjadi orang yang hebat yang  berjaya didunia dan diakhirat .Ketika saya cuba bertanya pada anak-anak usia remaja bahkan (seingat) saya pun jika ditanya mengenai cita-cita, selalu menjawab "ingin menjadi orang yang sukses dan berguna untuk agama,bangsa & negara". 

Baiklah. Kita dah menjangkau usia sebegini , dan hadir pada usia kita saat ini. Sudah jadi apakah kita saat ini?
Mungkin anda sudah menjadi seorang pendakwah,karyawan, pengusaha dan lainnya. Pertanyaan selanjutnya. Atas permintaan siapa anda menjalani proffesion ini?
Oh !, saya ralat. Sudahkah kita menjadi orang sukses dan berguna? kalau sudah, berguna buat orang lain atau diri sendiri kah?
Jawapannya, kitalah yang tahu.



adakah anda telah menjadi seorang penceramah yang disenangi oleh semua masyarakat?? 



atau seorang usahawan yang berjaya??




atau seorang doktor yg berkhidmat untuk masyarakat ??


Tujuan saya menulis ini adalah agar kita kembali ingat, bahawa kita hidup untuk orang lain. Kita hidup kerana ada yang menghidupkan, iaitu Yang Maha Pencipta. Jadi, apapun pekerjaan kita saat ini, semoga dapat berguna bagi agama  bangsa dan negara.



Teringin nyee !!!



Design SAMSUNG GALAXY TAB 10.1 ini memang sangat mengujakan saya.Kalaulah dapat Samsung Galaxy Tab 10.1 ini memang saya bersyukur sangat.Al maklum nak beli Samsung Galaxy Tab ini memang sejujurnya saya kurang mampu.Kesian kan dekat saya ? Hehehe!tolong baca sikit ayat kesian tuh,hahaaha !Ok tak dapat beli pun takpe,tgk2 dan pegang2 jer yang kekawan punya dah ok dah,Memang saya teringin nak memiliki gadget impian saya ini,tetapi perlukah saya memilikinya semata mata untuk memenuhi kehendak hati ??

Kenapa saya nak sangat Samsung Galaxy Tab ini? Ok,mungkin sebabnya dengan adanya gadget idaman saya ini boleh membantu saya menjalankan hobi saya terkini sebagai blogger.Ehmmm betul juga tuh ! takpe takpe nanti saya akan fikirkan sedalam dalamnya.....


Stylo sangat,nipis nipis pun tapi banyak features yang awesome!!!


p/s : nak seribu daya tak nak seribu dalih




Sunday, 24 June 2012

Petua untuk kucing




Buat peminat-peminat kucing dan yang tak suka  bela kucing sebab kucing suka kencing atau berak dlm rumah..saya baru jer cuba  petua ini....
Saya yang sememangnya suka kucing…hehehe..wahai kucing-kucingku ! ..kat rumah ada 2 ekor kucing…ish..bestnya dapat tidor dgn mereka tu..tapi kadang2 mereka tu nakal sikit..suka sangat gigit jari kaki…kadang2 nak belasah pun ada bila terkejut…


Pernah juga orang tengok pelik je kat saya sebab suka bercakap dgn kucing..hahaha…memang dah tabiat saya sejak dulu lagi..suka cakap dengan kucing..tak pasti la kucing tu paham ke tak..kalau kat rumah pun, kucing tu jadi anak saya dan saya ajar kucing tu panggil mama mama!!..hehehehe..saya sekeluarga memang suka kucing..yea!
 

PETUA ELAK KUCING KENCING DALAM RUMAH

Cuka
Jika anda terlihat tempat di mana kucing anda baru sahaja kencing, anda perlu membersihkannya segera. Kucing cenderung pergi ke tempat yang sama berulang-ulang kali, oleh itu anda perlu bertindak segera. Gunakan kain bersih untuk mengelap air kencing hingga kering. Setelah bersih, bilas dengan menggunakan sedikit air dan cuka. Cuka membantu menghilangkan bau yang tidak menyenangkan dan sangat berkesan menghilangkan bau dari air kencing kucing.

Toilet Traning
Sediakan kawasan yang berpasir untuk kucing dan ajarkan mereka untuk menggunakannya dengan kerap. Kebanyakan kucing mempunyai kebolehan belajar dengan agak cepat.Saya takde pun mende tuh sbb saya suka kucing berak @ kencing ditempat2 tersorok diluar kawasan rumah.

Serai
Orang cakap bau serai adalah sejenis bau yang benar-benar tidak disukai oleh kucing. Anda boleh membeli beberapa produk berasaskan serai atau serai wangi di pasaraya berdekatan dan semburkan di kawasan di mana kucing sering kencing di dalam rumah ataupun anda boleh letakkan sahaja di tempat yang strategik seperti di dalam bilik atau di dapur.





                    Selamat mencuba yea kpd club kucing..!!!



 
.

Ingin menjadi isteri idaman lelaki



Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang sholehah.
Untuk saya yang belum mendirikan mahligai berhasrat ingin menjadi penyejuk dihati dan dimata suami. Semoga Allah memelihara, membimbing dan melindungi saya dalam naungan kasih sayang dan Rahmat-NYA untuk cinta kepada? Allah SWT dan bakal pasangan andai diketemukan jodoh.InsyaAllah.
Isteri memegang peranan yang sangat penting dalam institusi keluarganya. Maka saya ingin mengaplikasikannya  dalam kehidupan saya akan datang . Saya  berhasrat menjadi isteri yang dapat membahagiakan suami dan anak anak. Semoga ianya tercapai dan berjaya menjadi seorang isteri yang......=>
1. Takwa kepada Allah dan menjauhi maksiat. Sesungguhnya kemaksiatan itu boleh menghancurkan sesebuah rumahtangga.
2. Berupaya mengenal dan memahami suami.
Hendaknya  berupaya memahami kehendak suami . Apa apa yang ia sukai, berusaha untuk memenuhinya dan apa-apa yang ia benci, berupaya untuk menjauhinya. 
3. Ketaatan yang nyata kepada suami dan bergaul dengan baik.
Sesungguhnya hak suami atas isterinya itu besar.
Hak suami yang pertama adalah mentaati dalam perkara yang bukan maksiat kepada Allah dan baik dalam bergaul dengannya serta tidak menderhakainya.
Akan masuk syurga dengan izin Allah, jika  bertakwa kepada Allah dan taat kepada suami. Dengan ketaatan pada suami dan baiknya pergaulan terhadapnya,pasti akan menjadi sebaik-baik wanita (dengan izin Allah)
4. Bersikap (merasa cukup)
Bagi seorang wanita muslimah redha dengan apa yang diberikan sedikit ataupun banyak dan tidak menuntut di luar kesanggupan suami atau meminta sesuatu yang tidak perlu. 
5. Baik dalam mengatur urusan rumah tangga, seperti mendidik anak-anak dan tidak menyerahkannya pada pembantu, menjaga kebersihan rumah dan menatanya dengan baik dan menyiapkan makan pada waktunya dan tidak berlebih-lebihan dalam perhiasan dan alat-alat kecantikan.
6. Baik dalam bergaul dengan keluarga suami dan kerabat-kerabatnya, khususnya dengan ibu suami sebagai orang yang paling dekat dengannya. Menampakkan kecintaan kepadanya, bersikap lembut, menunjukkan rasa hormat, bersabar atas kekeliruannya dan  melaksanakan semua perintahnya selama tidak bermaksiat kepada Allah. 
7. Menyertai suami dalam perasaannya dan turut merasakan dukacita dan kesedihannya. Jika  ingin hidup dalam hati suami, maka sentiasa menyertai dalam dukacita dan kesedihannya
8. Bersyukur (berterima kasih) kepada suami atas kebaikannya dan tidak melupakan keutamaannya.  Rasa terima kasih pada suami dapat di tunjukkan dengan senyuman manis di wajah yang menimbulkan kesan di hatinya, sehingga terasa ringan kesulitan yang dibebani dalam pekerjaannya. 
9. Menyimpan rahsia suami dan menutupi kekurangannya (aibnya). Isteri adalah tempat rahsia suami dan orang yang paling dekat dengannya serta paling tahu kekhususannya. 
10. Kecerdasan dan kecerdikan serta berhati-hati dari kesalahan seperti  menceritakan dan menggambarkan kecantikan sebahagian wanita yang dikenali kepada suami. 


contoh isteri muslimah  ( gambar hiasan )




 

Tips awet muda



RAMAI orang kata saya nampak muda dari usia saya sebenarnya. Aduhai, jangan marah saya ya !. Ini orang yang kata. Bukan saya. Saya hanya menyampaikan ungkapan-ungkapan kebanyakan orang.
Yalah, sekali pandang, mereka kata saya ni ala-ala macam awal 30-an gitu . Bila ada orang cakap macam ni pada saya, saya hanya tersenyum. Dalam hati, menutur kalimat alhamdulillah. Tiada lain yang berhak untuk diberi pujian, melainkanNYA juga.

7 tips untuk anda dan saya kelihatan awet muda. Mari kita tengok. Ada tak kita amalkan kesemua ini.



tampak muda ke saya niii????? cuba teka berapa umur saya? 

  1. Makan pemakanan yang bernutrisi – Makanan bernutrisi ini maknanya banyakkanlah makan buah-buahan. Makin banyak anda mengambil buahan-buahan, makin besar peratusan anda untuk kelihatan lebih muda. Makan buah pun bukannya susah. Ya tak? Buah-buahan ni mengandungi anti oksidan dan ini secara tidak langsung membantu anda untuk kelihatan lebih muda.
  2. Elakkan mendapat pancaran matahari secara kerap – Ini pun penting. Cahaya matahari secara terus akan mudah merosakkan lapisan kulit anda. Terutamanya mereka yang sedang berada di kawasan yang mengalami musim-musim panas. Cahaya matahari waktu pagi itu baik. Cuma jangan sampai berlebihan, di tengah terik tengah hari apatah lagi.
  3. Dapatkan air yang mencukupi – Air yang mencukupi ialah sebanyak 8 gelas air masak sehari. Ini yang biasa disebut. Ke mana-mana, bawalah air. Pastikan tubuh anda tidak kekurangan air.
  4. Lakukan kerja yang anda suka – Ini tersangat-sangat penting. Apa pun kerja yang anda buat, lakukanlah ia dengan happy, buat sebaik mungkin. Jangan paksa diri anda untuk melakukan sesuatu kerja yang anda sendiri tidak suka. Kesannya nanti, anda sendiri yang akan tertekan, stress dan ini semua akan menyerlahkan lagi wajah tua anda. Banyakkan senyum dalam kerja, anda pasti akan kelihatan lebih muda.
  5. Tidur yang cukup – Walaupun sesibuk mana sekalipun,kita  seeloknya dapatkan tidur yang secukupnya. Tidur selama 6 hingga 7 jam sehari itu penting. Bila tidur tak cukup, badan akan tidak cukup tenaga. Bila tubuh lemah, anda akan lebih lesu, tidak bermaya, setiap tindakan anda juga akan tidak menjadi. Tidur yang cukup akan menstabilkan kembali sistem-sistem tubuh anda. Jadi, pastikan tidur anda sentiasa cukup.
  6. Berfikiran positif – Kita dalam hidup ni tak boleh lari dari masalah. Betul? Tak ada manusia yang hidup kat atas bumi ni yang gembira sentiasa. Kita tak akan jumpa orang yang hidup dengan tak ditimpa problem, cabaran dan dugaan. Derita, suka dan duka itu lumrah. Kita yang menentukan sama ada untuk ceria atau untuk terus berduka. Sentiasalah positif. Apa pun masalah yang melanda, anda perlu positif. Dari situ anda lebih bersemangat, ceria, senyum dan setiap langkahan anda akan lebih laju dan terkedepan dari yang lain-lain.
  7. Dapatkan pertolongan daripada Tuhan – Nombor tujuh ni patutnya saya letak di nombor satu. Sengaja saya letak di sini, supaya bila anda mengakhiri bacaan saya kali ini, anda akan ingat yang ini dulu.  Kita kalau nak apa-apa kat mak ayah kita, kita mesti buat baik kat mereka dulu, baru biasanya mereka akan beri. Betul? Jadi, ini pun macam tu. Dekatkanlah diri kita pada Dia. Taat suruhannya. Minta betul-betul pada Allah. Dia mesti bagi. Dia pasti akan kabulkan permintaan hamba-hambanya yang betul-betul taat dan laksanakan perintahNYA.
Untuk anda semua, saya ucapkan selamat bermuda-mudi, selamat berawet muda dan selamat kelihatan muda dari usia anda sepatutnya!



Saturday, 23 June 2012

Oh ibu !



Detik masa terus berlalu tanpa menanti sesiapa dan semakin hari umur kita pun akan meningkat bersama pengedaran masa.Kita semua dilahirkan didunia ini melalui seorang yang bernama IBU.Begitu besar peranan dan jasa insan bernama ibu.Oleh itu renungkanlah sejenak apakah yang telah kita lakukan untuk membalas segala budi ibu.Sekurang kurangnya kita peluk dan ciumlah ibu bila berjumpa atau telefon ibu bagi mereka yang duduk berjauhan ( seperti saya ).

Disini ingin saya paparkan sebuah sajak yang ditujukan khas buat ibu ( bukan dari hasil nukilan saya  hehehe )


Aku Masih Ingat


Aku masih ingat
dan akan terus ingat
sehingga akhir hayat
dulu engkau banyak menderita

aku masih ingat
dulu engkau banyak menangis
aku masih ingat
dulu engkau banyak berkorban
apa saja

aku masih ingat
dulu engkau berbalut ketabahan
membesarkan aku mengenal kemanusiaan

aku masih ingat
dulu engkau berlantaikan semangat
mengasuh aku menjadi insan beriman

aku masih ingat
dulu engkau berdinding kegigihan
mendidik aku menjadi anak soleh

aku masih ingat
dulu engkau merumahkan setia
memelihara aku dengan kasih sayang
menjadi manusia berguna

aku masih ingat......
aku masih ingat......
takkan mudah aku lupa
karena jasamu tak terbalas semuanya
karena tak terenang sepenuhnya
di laut budimu

Ibu.....!!!
aku masih ingat
mengucapkan terimakasih
dan akan terus ingin melafazkannya
sehingga akhir hayat
aku masih ingat
segala yang murni itu.....
...


ibuku yang ku kasihi
                                    ciuman seorang anak terhadap ibunya


                                                    


Kawan yang baik



Bukan senang nak menjadi kawan yang baik...Saya sering terfikir mampukah saya menjadi seorang kawan yang baik iaitu:

Kawan baik yang sentiasa menyenangkan hati kawannya yakni tidak sama sekali menyakiti hati kawannya.

Kawan  baik yang  tidak pernah mengumpat di belakang kawannya. 

Kawan baik yang tidak pernah cemburu dengan kejayaan kawannya

Kawan baik yang membantu kawannya untuk mencapai kejayaan.

Kawan baik yang tidak pernah mempengaruhi kawannya untuk membuat perkara yang buruk dan sia sia.

Kawan baik yang menasihati kawannya untuk berbuat kebaikkan.

Kawan baik yang senang dicari bila tiba masa sedih atau masa gembira.

Kawan baik yang menjadi tempat kawannya untuk meluahkan perasaan.

Kawan baik yang tidak memaksa kawannya untuk sentiasa berada disisinya.

Kawan baik yang tidak pernah melarang kawannya untuk berkawan dengan kawan yang lain.

Kawan yang tidak pernah cemburu jika kawannya mempunyai ramai kawan kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawannya.

Kawan baik yang sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawannya didunia dan diakhirat di dalam doanya.

Kawan baik yang faham yang kawannya bukanlah seorang yang sempurna.

Kawan baik yang sentiasa menghargai kawannya. 

Kawan baik yang senantiasa memberitahu perkara yang baik2 belaka kpd kawannya.

Jadi untuk menjadi seorang kawan baik dan mendapat kawan2 yang baik kita mestilah terlebih dahulu memuhasabah diri kita.


Saya ingin menjadi kawan baik kepada mereka2 ini

Harapan saya semoga saya menjadi kawan baik yang baik..aaaminn.



Words.....



Kata kata hikmah yang memberi perangsang terhadap kehidupan saya dan mungkin kepada anda juga.Sama sama kita hayati disebalik kata kata indah ini...






 








JADI RENUNG RENUNGKAN LAH DAN SEMOGA SELAMAT DUNIA & AKHIRAT.......




Friday, 22 June 2012

Madu Oh Madu !!



Kali ini saya ingin berkongsi info dgn anda sekalian.Sudi sudikan lah membacanya yya !

Ok anda suka makan madu? atau adakah anda suka dimadu ??? tanya tanya lah diri sendiri.Soalan ini ada kaitan dgn apa yg nak diketengahkan di entri kali ini iaitu tentang KHASIAT MADU.

Bagi saya madu merupakan makanan yang cukup berkhasiat.Saya telah mengamalkan pengambilan madu ini sudah lebih 4 tahun.Seperti yang anda ketahui madu telah disebutkan didalam kitab Al Quran sebagai penawar kepada segala penyakit,.disebabkan itu saya telah meletakkan madu sebagai menu dalam amalan pemakanan harian saya.Setelah saya mengamalkan pengambilan madu ini saya boleh merasa kesan sampingan terhadap tubuh badan saya.Diantara kesan kesan baik yang ingin dikongsi adalah :


                                 Ini adalah jenis2 madu yang saya amalkan )))




 
  1. Disamping rasanya manis dan sedap madu mampu mengelakkan kita dari keletihan sebab ia mengandungi karbohidrat dan glukosa yang membekalkan tenaga kpd kita.
  2. Madu juga merupakan salah satu alternatif berkesan utk membantu kita dlm proses mencernakan makanan.Saya amalkan madu setiap hari diwaktu pagi sebelum sarapan utk mendapat sistem pencernaan yg baik.
  3. Madu juga ada sifat2 antioksida yg baik utk kita iaitu sebagai bahan yg membuang agen pengoksidaan yg berbahaya dlm badan kita.Jadi kalau kita ambil madu setiap hari kita telah pun membekalkan bahan antioksidan yg bagus utk tubuh kita.
  4. Khasiat madu juga untuk menggalakkan bakteria baik didlm tubuh kita dan pada masa yg sama mengurangkan jumlah bakteria yg tidak baik.
  5. Jika kita mengalami sakit tekak,kita digalakkan mengambil madu sbg rawatan semulajadi untuk memulihkan kesakitan.
  6. Fungsi madu yg mengandungi bahan antibiotik yg membunuh kuman sesuai utk digunakan pada wajah sebagai masker muka.Ia memulihkan jerawat, membunuh bakteria dan melembabkan kulit.Kalau kita luka kita boleh sapu madu utk elak jangkitan.
  7. Satu lagi madu boleh membantu saya untuk tidur dgn lena.Saya amalkan minum madu sebelum tidur bagi mendapatkan tidur yg berkualiti.Lebih bagus jika madu itu dicampurkan bersama susu panas.
Begitulah serba sedikit info yg ingin dikongsi,sharing is caring.Kepada anda yang dah pasang niat utk mencuba madu lebih baik teruskan niat anda itu.Rasulullah SAW juga mengamalkan   pengambilan madu dlm kehidupan baginda. 

 
Selamat mencuba !!
     
     

Thursday, 21 June 2012

Bukan sebarang tips




 Salam Jumaat kepada anda yg dikasihi....

Hari ini nak bercerita perihal anak & cucu ku !



hai everybody !! nama saya MAT TEY.  saya anak kpd MEK SELEMOH.tapi ibu saya tak suka saya .IBU IBU!! peluk lah saya ..!!

Ini lah ibu saya.nampak jer cool tapi ganas mcm singa!!!!

Hari2 saya dapat main dgn yg tiruan saja .ibu saya asyik nak belasah saya !!

Anda mungkin dah menyedari tapi bagi yg belum menyedari saya sedarkan sekali lagi betapa saya ni peminat fanatik terhadap makhluk Allah ni..meow meow meow !!!..aha apa lagi kalau bukan KUCING.Mereka lah sbg pembakar semangat ,pemberi keceriaan & penyumber inspirasi  terhadap kehidupan ini .tidak syak lagi !

Disini saya ingin berkongsi tips mcm mana saya jaga mek selemoh dan mat tey saya dari beberapa aspek.

Kucing adalah binatang peliharaan yg tersangat lah femes dikalangan masyarakat kita.(tapi tak semua minat kucing,malah ada yg jijik melihat mereka sehingga hilang selera mkn).

Tips yang ingin dikongsi merangkumi beberapa aspek antaranya dari segi kesihatan fizikal,kesihatan dalaman,kebersihan kucing dan pemakanannya.

Dari segi aspek fizikalnya iaitu anggota badan kucing pastikan setiap anggota badan kucing seperti tapak kaki mereka tidak mengalami pendarahan atau ada fungus di cuping telinga mereka. Ini boleh menyebabkan kucing kita mengalami kegatalan dan ketidakselesaan dianggota tersebut.

Dari segi faktor dalaman pula merangkumi aspek tindakbalas seperti tidak selera makan dan ada simpton2 seperti batuk,selsema.So jangan teragak2 utk bawa jumpa dr veterinar untuk pemeriksaan.Ini bertujuan utk memastikan tiada organ dalaman kucing yg tercedera.

Kebersihan kucing merupakan aspek penting yg patut dititikberatkan seperti orang mcm saya dan anda kerana kucing yg comel dan bersih fizikalnya akan menjadi tumpuan orang ramai dan kepada diri kita sendiri.

Ha ! mek selemoh ni nak kena juga dimandikan.Kalau tak mandi nanti ada jangkitan virus seperti kutu etc.tapi mek selemoh tuh kadang2 liat nak mandi.Kita kena tgk juga atas kesesuaian syampu yg digunakan bagi menjamin kebersihan.

Dari segi pemakanan pula pastikan kucing mendapat nutrien yg cukup.Saya syorkan anda memberi makanan seperti ROYAL CANIN atau IAMS sb ia byk zat mineral dan protein.Disamping itu ia membuat bulu kucing kita  cantik dan lebat..
    

Jadi sayangilah kucing anda..Once kita dah bela bermakna ia menjadi tanggungjawab kita utk menjaga kesejahteraan mereka.


 

Ciri ciri Mr Right



Ya habibi ya maulana...apa maksudnya? main tulis aje ni !

Hari ini i nak bercerita tentang bab lelaki yg menjadi igauan,khayalan dan idaman dihati sanubari ni.Sebenarnya dari dulu dulu lagi sehingga ke hari ini mmmmasihh tak ketemu dgn raja dihati ini(dah sampai terlajak ) Kenapa? sebab terlalu memilih ke apa ?.No no no jangan menuduh diri ini sebarangan.cuba usul periksa dulu.baru la tau.: (

Setiap orang inginkan yg terbaik dalam hidup mereka so saya tak terkecuali drp itu utk mencari pasangan yg baik dan serasi dgn diri saya.Kita perlu berusaha dan ikhtiar tetapi yg menentukan DIA.Lumrah manusia tak ingin dikecewa dan mengecewakan hati seseorang.Lebih ingin dijauhi ialah tak nak ada kedukaan di kemudian hari.'Ku sangka panas sampai ke petang,rupanya hujan di tengah hari'


                                         

                                                               

 

Berbalik kepada ciri ciri jejaka idaman hah ni dia list2 nya 
  • Kalau boleh biarlah dia mempunyai ciri2 seperti ayah saya atau abang2 saya.Mereka baik hati dgn pasangan masing2.Tak perlu cerita lebih lebih lah KIV
  • Kalau boleh biarlah dia lebih matang dari saya.Tak nak nanti bila ada masalah dia tak pandai  menyelesaikannya.
  • Dalam mencari pasangan bab ILMU AGAMA menjadi keutamaan.Kalau cetek ilmu agamanya maka pincang sesebuah mahligai itu.Kita nak biarlah suami sebagai nakhoda yang bijak mengemudi anak2 kapalnya.Suami sbg ketua dlm keluarga perlu ada ilmu agama yg secukupnya.
  • Saya sebolehnya ingin menjauhi lelaki yang 'menanam tebu ditepi bbir'.Bercakap dgn gadis2 menggunakan ayat yg power yg boleh mencairkan kaum perempuan sehingga tiada beza dgn yang betul2 dia sayang.
  • Kalau boleh biarlah dia seorang yang pembersih.Senang hidup saya nanti.tak perlu pantau dimana dia letak pakaian kotor,willing nak buat kerja2 pembersihan rumah etc.
  • Saya suka sangat lelaki yg ada ciri 'sense of humour'.pandai buat lawak dan sudah tentu takkan hambar sesebuah rmhtangga itu.
  • Mempunyai hobi yang sama seperti suka makan ke atau suka pergi shopping
  • Minat dengan kucing sbb saya pun minat sakan dgn kucing.Nanti tak perlu saya mecuci najis mek selemoh.Dia yg akan melakukannya dgn rela hati
  • Mempunyai ciri2 yang sangat 'humble'rendah diri that means sedikit saja keegoannya
  • Pandai masak tapi takde la sehebat chef wan ke atau chef2 yg terhebat kat dunia ni.Nanti biar la dia yg masak utk saya..hehehe
  • Seorang yang bijak bila mengeluarkan idea.Senang utk saya membuat rujukan kalau saya berada dlm keadaan buntu 
  • Ciri ini tak kurang pentingnya iaitu sayang terhadap saya dan keluarga saya dan taat kpd ibubapa.
  • Seorang yang suka bersukan supaya boleh menjaga bentuk badan iaitu maintain kemachoaannya. no boroi2
  • Boleh melayan kerenah saya tanpa limit masa.dimana bila saya memerlukannya dia sentiasa berlapang dada.
  • Berkelakuan baik.
         
 Tapi ini hanyalah ciri sahaja.Bila cinta datang semua ciri2 itu dah tak penting lagi.Sementelah mana mungkin ada lelaki  lengkap mempunyai ciri2 itu semua.Kita manusia hanya merancang tapi jodoh pertemuan ajal maut ditangan TUHAN.

                                                                                                                                           

Wednesday, 20 June 2012

Citarasa yang sama



Assalamualaikum, hello hello hello we meet again ! ek ele ada ke orang nak jumpa kita? jangan nak perasan 

 
Saya adalah salah sorang daripada berjuta2 manusia yg ada koleksi barang yg diminati.Biar pun tak banyak tapi saya dah cuuukup bangga dgn apa yg saya ada..Lebih baik ada daripada takde langsung.!!barang tu pun saya beli dgn hasil titik peluh saya sendiri.bukan barang yg dirompak @ dicuri.. pernah cuba nak jadi pencuri tapi awal2 dah kena belasah..: ( 
 
 
Antara barangan kesukaan saya spt cincin,jam tangan,kerongsang & handbag.tapi yang paling saya tak jemu2 utk membelinya tak lain tak bukan ialah HANDBAG.Koleksi hbag saya takde la banyak dan bukan berjenama puuuun..ala2 kadar aje ( sebabnya tak mampu )

 
Sekarang ni hbang yg saya paling selesa dan senang dibawa kemana2 ialah hbag berjenama LONGCHAMP.terus terang saya cakap apa keistimewaannya ialah kerana ia ringan (praktikal),tahan lasak,water proof & harga pun berpatutan..Anda pun mampu memilikinya.Oh ya bag ni pun ada bermacam2 warna.Made in France & China..

Anda tidak akan menyesal memilikinya

 
 
Dalam koleksi saya hanya ada 2 warna saja

 




Sekarang tgh usha yg ini plak
 

Bila tuh nak beli ???




eik sama!!!!! siapa tiru siapa nihhhhh



Ternyata kami mempunyai citarasa yg sama