Monday 31 December 2012

Terimakasih Dekna



Hari terakhir 2012....diriku berbahagia disamping adik angkat kesayanganku.Aku dibelanjanya makan di Pizza Hut..muehehehe !!  I LOVE IT



Chicken Chop


Nasi Udang Tempura


Air Asam Boi 


Inilah dia adik angkatku Dekna....ayunyaaa !


Hadiah tudung Ariani dari Dekna


I am happy !


Terimakasih Dekna telah membuatkan hidup kakakmu bahagia & ceria !! 




Saturday 29 December 2012

Selamat tahun baru









Assalamualaikum wbt kpd sahabat semua.Semoga kalian senantiasa mendapat rahmat Allah SWT. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW.Semoga syafaat baginda akan kita perolehi kelak.

2012 semakin melabuhkan punggungnya dan dada 2013 akan menjelma pula.Saya pasti pelbagai peristiwa suka duka, pahit manis dan sebagainya telah kita semua nikmati sepanjang tahun ini.Usah bercakap mengenai azam yang tidak tercapai sebaliknya bersyukurlah atas segala kurniaan yang Allah SWT turunkan kepada kita semua.

Menjelang hari-hari terakhir dalam 2012 ini, kita dianjurkan untuk senantiasa bermuhasabah diri.Apa yang telah kita lakukan kepada agama, bangsa dan negara kita.Ingatlah walau sekecil mana pun peranan kita, percayalah bahawa kita sebenarnya telah menyumbang sesuatu kepada pembangunan agama, bangsa dan negara kita. Kita tidak perlu menjadi seorang menteri untuk membantu kepada pembangunan negara sebaliknya peranan kecil kita sebagai seorang pekerja biasa atau ahli dalam sesebuah isirumah itulah yang banyak sumbangannya.

Segala-galanya bermula di rumah.Jika suasana di rumah itu harmoni, positif dan sebagainya maka semua unsur ini akan dibawa ke luar sana.Jika di rumah kita dididik untuk senantiasa membuang sampah di dalam tong sampah, maka di luar kita tidak akan sampai hati untuk membuka tingkap dan mencampak bungkusan bekas makanan keluar dari kereta kita.

Jika di rumah kita telah dididik untuk membaca doa sebelum menikmati makanan, maka apabila kita makan di luar pun kita akan senantiasa istiqamah untuk membaca doa sebelum menikmati makanan.

Begitu juga apabila di rumah kita telah dididik untuk senantiasa menghormati ibubapa kita, maka di luar pun kita akan senantiasa hormat akan ibubapa orang lain ataupun orang yang lebih tua dari kita.

Segala-galanya bermula dari diri dan keluarga kita.Jadi jangan sesekali menyalahkan orang lain, jangan sesekali menyalahkan peraturan, jangan sesekali menyalahkan itu dan ini.Kembalilah kepada bermuhasabah diri sendiri.

Akhir kata dari saya, Selamat Tahun Baru 2013 dan jadikanlah 2012 yang akan berlalu ini sebagai pengajaran serta pengalaman berguna untuk kita bertindak lebih baik lagi di tahun 2013 nanti.


Jumpa di fajar 2013 ya....In Sya Allah



Sunday 23 December 2012

Ambil tahu hal orang



Assalamualaikum...






Dalam masyarakat Melayu ada satu pepatah yang begitu terkenal yang menggambarkan kepedulian masyarakat yang begitu mendalam terhadap hal ehwal orang lain. Terkenalnya pepatah ini sehingga ianya sering digunakan oleh orang Melayu dan mungkin juga orang bukan Melayu dalam perbualan harian berbanding dengan pepatah-pepatah yang lain. Pepatah yang dimaksudkan ialah ‘jangan jaga tepi kain orang’ yang membawa maksud jangan ambil peduli hal orang lain.


Sebenarnya elok ke tak jaga tepi kain orang nih???? Zaman pun kurang pasti sebenarnya. Mari kita sama-sama menyingkap kebaikan dan keburukan menjaga tepi kain orang.
Dalam konteks kejiranan, kat pejabat, kawan-kawan, dan saudara-mara kita kenalah tegur menegur. Kena jaga tepi kain mereka,  setakat tepi kain saja tau. Yang tak boleh kita jaga sampai ke dalam kain itu. Ambil berat orang kata, sekadar melaksanakan tanggungjawab kita jaga menjaga sesama insan.



Sebagai contoh jaga tepi kain orang.
Tengok  muka kawan kita masam lain macam, kita pon  tanyalah.....

"Kenapa? Gaduh dengan si dia lagi ke?"
"A'ah."
"Awak ok?"
"Ok, takpe..."
"Baguslah, kalau ada apa-apa yang boleh saya bantu beritahu ya."


Itu contoh jaga tepi kain orang. Kat bawah ni pula contoh jaga sampai ke dalam kain orang.

"Kenapa? Gaduh dgn si dia lagi ke?"
"Hmm..."
"Hish... awak ok tak ni? Nampak macam tak cukup tidur je."
"Taklah sikit saja."
"Kenapa? Dia sakitkan hati kamu lagi ke?"
"Tak."
"Habis kenapa? Dia mengasari kamu? Eee... awak jangan biarkan tau, susah nanti. Saya pun kenal si mamat tu..... pot pet pot pet pot pet."



Jadi, kena tahu takat kita sebagai kawan sampai mana. Maka, saya sangat sokong kita mengamalkan sikap ambil tahu tepi kain orang. Itu tanggungjawab kita sesama makhluk Allah.


*p/s : Tolong ambil perhatian ye !! ....emmm



Saturday 22 December 2012

Nak hilangkan rasa bosannnn



Assalamualaikum....






"AAAAAAAAaaaaaaaaaaarrrrrrrrgggggggggghhhhhhhh!!~~~~ bosannyaaaaaaa~~~~"
 Itulah perkataan yang sering kita sebut bila rasa bosan. Memang lumrah manusia mempunyai sifat bosan.Bila dah letih atau penat buat sesuatu tu kita akan merasa sesuatu perasaan yang dipanggil kebosanan. Bosan ni saya rasa semua orang akan rasa bosan.Saya pun boleh bosan kalau hari-hari buat benda yang sama. Sebab apa-apa jua yang atas dunia ni nikmatnya tidaklah sehebat nikmat di syurga yang digambarkan oleh Allah SWT kepada kita betapa nikmatnya duduk di dalam syurga sehinggakan tidak ada sedikit rasa bosan pun. Saya kalau bosan buat kerja ini la kerja saya, edit blog.. Sebenarnya saya bukan reti sangat nak menghilangkan bosan ni, saja je buat tajuk kasi gempak. Kalau anda nak tahu juga cara-cara yang paling berkesan untuk hilangkan bosan cuba anda try ni.....


Buat benda yang paling kita minat dan suka - Contohnya: tengok video kat youtube, chatting , main badminton, menyanyi, dan sebagainya, sebab banyak ustaz-ustaz kata sekali sekala kita dibolehkan untuk berhibur untuk menghilangkan kebosanan, cuma jangan sampai melalaikan dan melampaui batas. Dan manusia ni pada hakikatnya memang suka hiburan. Hiburan tak salah asalkan tau bertempat, aik !! macam lirik lagu pulak. hehe..


Cabar Diri - Cabarlah diri anda untuk melakukan sesuatu yang baru. Saya cadangkan satu perkara yang tidak pernah anda lakukan (atau benci). Mencabar diri sendiri boleh mencetuskan satu perasaan tercabar dalam diri. Contohnya, memasak kepada yang tidak pernah memasak, membersih tandas (mungkin antara kita membencinya) atau bercucuk tanam dengan kaedah baru. Janganlah pula mencabar diri dengan perkara yang merbahaya.


Tuliskan "Senarai untuk Dilakukan" - Bersedia untuk hari esok dengan menyenaraikan perkara yang anda perlu lakukan esok. Bosan yang dihadapi mungkin kerana tiada arah tujuan atau objektif yang perlu dicapai. Jadi, dengan adanya tujuan yang sudah ditulis anda sedar akan ada perkara yang sedang menanti dan membuatkan diri lebih bersedia.



Ayuhhhh sama2 kita hilangkan rasa kebosanan ye !!!




Wednesday 19 December 2012

Kita tidak sedar....



Assalamualaikum...


Kita tidak pernah sedar bahawasanya orang yang kita tidak peduli itu sangat2 menyayangi diri kita ~

Kadang2 kita tidak sedar yang kita terlampau sayang pada seseorang itu sedangkan dia selalu sakitkan hati kita ~

Kita tidak pernah sedar bahawasanya kita bukannya sempurna untuk menempatkan orang yang sangat2 sempurna dalam hidup 
kita ~

Kadang2 kita tidak sedar kita bukannya siapa2 pun utk membuat orang menyayangi diri kita sebagaimana kita menyayangi seseorang itu sebab kita cuma insan biasa yang tidak punya apa2 ~ 



fikir2 kan lah wahai mama mek selemoh...




Wordless Wednesday



Ruang tamu rumah omputeh yg menjadi pilihan saya...

Jom kita jamu mata :)))


























Tuesday 18 December 2012

Berkatnya doa seorang ibu



Assalamualaikum.....




Rasulullah SAW telah bersabda:

“Sungguh rugi. Sungguh rugi dan sungguh rugi! Iaitu orang yang masih mempunyai ibu bapa yang sudah tua atau salah satu daripada mereka, kemudian, hal ini tidak dapat memasukkannya ke dalam syurga (kerana tidak berbuat baik kepada mereka)”
(Hadis Riwayat Muslim)
 

Ada orang yang terselamat daripada kemalangan, mendapat projek berjuta-juta ringgit atau mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka. Semua ini adalah berkat doa ibu  mereka yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada anak-anak mereka kerana anak-anak mereka telah berjasa dan menjaga mereka ketika tua.


Ini adalah kebaikan yang diperolehi oleh anak ketika di dunia sedangkan di akhirat, anak-anak yang berbakti kepada ibu mereka akan mendapat kenikmatan syurga. Sangat besar jasa yang telah diberikan oleh ibu terhadap anak mereka. Pengorbanan mereka tidak akan mampu dibalas oleh apa pun bentuk balasan daripada seorang anak. Oleh itu, berbakti kepada ibu @ bapa adalah kewajiban yang perlu ditunaikan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Perintah berbuat baik kepada ibu ini telah banyak disebutkan di dalam al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW. Hal ini menunjukkan bahawa hak ibu bapa diiringkan dengan hak Allah SWT.
 

Dengan demikian, ibu merupakan pintu atau cara untuk mendapat kejayaan serta keselamatan hidup di dunia dan akhirat.
 
 
 

Sunday 16 December 2012

Handbag



Assalamualaikum kengkawan :-)



pandangan dari depan


pandangan dari belakang


pandangan dari sisi


poyo !!



Lawo tak handbag baru saya ni ?????????
Ke saya je yg perasan lebih????

Takpelah.. lawo dimata saya oklah kot !!!
Kalau nak tahu saya baru je beli handbag ni.
Harganya berpatutan ler jgak, kat Msia tak dapat harga yg saya perolehi ni. 

Handbag ni dibeli kat USA, kirim kat 'big boss'.
COACH tu !!!, original tau, tapi hati mmg puas sangat2 kerana dah dapat handbag idaman.
Yang penting gaya, lawo & menepati citarasa.


Kalau ada yg minat nak tahu harga
sila sms atau email saya ekk !!
Yg penting harganya tak mencecah beribu-ribu lemon.



Kepada kaum wanita khususnya, saya ingin berkongsi tips berkenaan dengan penjagaan bag/tas tangan .


Penggunaan bag/tas tangan biasanya tak kalah pentingnya seperti pemakaian baju.Wanita2 sekarang lebih gemar membawa bag/tas tangan ketika menghadiri majlis2 tertentu atau pon bersiar2 membeli belah, ada yang suka bag/tas tangan yang berukuran besar tak kurang juga suka yang berukuran kecil.


Kebanyakkan wanita suka mempunyai koleksi bag/tas tangan walaupun yang lama masih lagi dalam keadaan baik tetapi mahukan stok baru..emmm ikut trend la tuh !


Bagi yang berkemampuan tiada masalah, keluar trend baru, tukar jer yang baru..'only small the pieces'...huh! laki juga yang 'kopak' kalau ada isteri yg suka trendy ni, duit sendiri no hal ler.


Habis tu yang gantung banyak2 dalam bilik tu wat ape ??
nak bagi kat adik beradik , sayang jugak tuh.Bagi orang lain ape lagi, next time boleh guna tau, sayang la.


Ada baiknya juga bagi mereka yang suka menggilirkan pengunaannya, tapi kalau dah banyak sesangat ni kena pandai jaga agar ia sentiasa kelihatan baru.
Kat sini ada beberapa tips untuk penjagaan bag/tas tangan :


--> Hindari menggenggam terus pegangan tas menggunakan telapak tangan, sarungkan saja pegangan tas di lengan. (anda boleh menghindari kerosakan pada pegangan tas akibat terdedah dari lotion atau kotoran yang melekat pada telapak tangan)

--> Jangan isi tas dengan barang2 yang terlalu berat kerana itu akan mempengaruhi bentuk asli tas tersebut. (wang kertas cukupla, duit syiling masuk tabung).


-->Selalulah bertukar pemakaiannya walaupun tak ikut trendy, anda tak kesah kan!!


-->Apabila tidak digunakan, bungkus tas agar terhindar dari debu (awas jgn gantung dlm tempoh yg lama, seeloknya letak di bawah).

-->Jika pegangan tas diperbuat dari rantai, masukkan pegangan tas tersebut kedalamnya (jgn jadi penyebab kepada suami, anak2 dan anda sendiri tersungkur!)


Ok..terimakasih kpd yg sudi membacanya.




Doa tentang jodoh



Bismillahirrahmanirrahim......


~✿>> Ya Allah,
Sekiranya jodoh aku JAUH, Kau dekatkanlah..
Sekiranya jodoh aku SUKAR, Kau permudahkanlah..
Jodohkanlah aku dengan LELAKI YANG SOLEH..
Yang boleh MEMBIMBINGKU ke arah SYURGAMU..

p/s : Ya Allah..dekatkanlah diriku dengannya sekiranya dia jodohku dan sekiranya dia bukan jodohku, maka JAUHKANLAH aku daripadanya..serta PELIHARALAH daku dari KEKECEWAAN BERPANJANGAN andai dia bukan jodohku..♥♥

YAKINLAH bahawa lelaki yang baik untuk wanita yang baik..


 Kita sebagai umat Islam dan percaya bahawa doa adalah senjata bagi orang mukmin. Kerana dengan doalah dapat mengubah takdir yang telah ditentukan keatas diri kita dengan keizinan dariNya..

Firman Allah : “Berdoalah kepada-Ku, Aku (Allah) akan memperkenankan doa permohonan kamu…” (Surah al-Ghafir, ayat 60)






Saturday 15 December 2012

Anak angkat ????



Assalamualaikum w.b.t......




comey nye anak kawan saya nie.......

 

Tiba2 perkara di atas terlintas di fikiran, boleh ke wanita (?) seperti saya mengambil anak angkat? Maklumlah pada usia sebegini sepatutnya sudah ada keluarga sendiri, tapi apakan daya tiada yang sudi menyunting menjadi suri di hati, jadi mcm mana nak ada baby........ekekekekekeke.


 
Wanita yg dimaksudkan di sini adalah seorang perempuan yang belum berkahwin tetapi inginkan anak, ingin mengambil anak angkat dan ingin menyusukan anak itu sendiri (supaya menjadi muhrim).



Pernah saya terbaca (sumber dah lupa) boleh seorang perempuan melakukan demikian (hukum?) tetapi ia menjadi haram sekiranya perempuan tersebut memang tidak mahu berkahwin tetapi mahukan anak, yang dibolehkan adalah sekiranya perempuan itu mmg betul2 mahukan anak tetapi belum mendapat jodoh.



Bagi yang mmg tidak mahu berkahwin tetapi mengambil anak angkat, hukumnya haram dan ia seperti amalan kaum jahiliah dan turut diamalkan di negara2 barat ketika ini dan adalah melawan fitrah manusia sekiranya kita tidak mahu berkahwin.



Bagi yang belum sampai jodoh, ingin mengambil anak angkat dan menyusukannya sendiri, bagaimana boleh menyusukan bayi sedangkan tidak mengandung dan melahirkan? Sebenarnya terdapat pil penggalak susu yang membolehkan perkara itu berlaku, erk geli lah pulak, eh anak dara menyusukan bayi takpe, demi kasih sayang dan buatlah kerana Allah.



Betul ke nak ambil anak angkat??? Erk taknak lah, belum masanya lagi, masih menunggu jodoh sampai tanpa rasa risau kerana......Firman Allah : "Dan Allah menjadikan kamu daripada diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu daripada pasangan kamu, anak-anak dan cucu cicit"(Al-Nahl:72).


Wallahualam.....


p/s : Setakat ni Mek Selemoh & Mat Tey lah yg menjadi anak angkat saya......miau miau !!

 
 

Tuesday 11 December 2012

Cermin



Assalamualaikum : )


Ok cakap pasal cermin gerenti semua orang mesti suka kan?? Mana tidaknye setiap hari kita tengok cermin lagi-lagi si kaum hawa, tapi nak buat macam mana dah lumrah kan semua orang mahukan kecantikan dan kekemasan agar selesa di pandang orang.Sebenarnya ada satu benda yang tersirat disebalik cermin ini, cermin ni banyak kegunaannya,nak tahu?? jom sama-sama tengok cermin sekarang ^____^



hehehe....amik gambar pon nak kena depan cermin.



Sebenarnya saya suka tengok cermin sebab cermin memaparkan wajah kita keseluruhannya.Sesungguhnya bersyukurlah kerana kita dilahirkan cukup sempurna dengan sebaik-baik kejadian,(Alhamdulillah), tapi jangan lah pula perasan sorang-sorang kat cermin tu yek:).ok sambung balik, selain dari memaparkan wajah kita saya jadikan cermin ni sebagai peluah masalah dan kemarahan saya, mungkin anda semua akan kata saya ni gila kan?? tak pun psyco..hahha !!! tapi itu cara yang mujarab daripada kita sakitkan hati orang lain dengan kata-kata yang kita sendiri tak sedar sekurang-kurangnya biarlah kita sakiti diri kita kerana hati orang kita tak tahu.Bila kita lihat cermin kita juga boleh mengetahui kelebihan dan kekurangan diri kita dan disitu lah peluang untuk kita bercakap dengan diri kita sendiri..

Kadang kala bila saya sedih mahupun merasa down saya akan tengok cermin dan cuba menaikkan semangat saya balik, tak salah kalau kita nak menangis pun sebab kita sedang berinteraksi dengan diri kita tak perlu lah malu, In Sya Allah semuanya akan kembali seperti sediakala, nak tahu betul ke tidak cubalah ok.Ada satu perkara lagi orang selalu cakap 'cermin diri kita dulu sebelum mencari kesalahan orang lain'. Ha~! masa ni la cermin adalah alat yang paling penting, ok apa kata setiap kali orang sakitkan hati kita atau cari kesalahan kita cepat-cepat kita tengok cermin dan muhasabahkan diri kita betul atau tidak kenyataan seseorang itu terhadap kita, ajarlah diri kita untuk menerima dengan redha..In Sya Allah, sesungguhnya Allah lebih mengetahui.Jangan sesekali kita menghamburkan kembali kata-kata yang kasar kepada orang lain walaupun kita dihina kerana apa?? kerana orang yang teranaiya mahupun orang yang bersabar nilainya tinggi disisi Allah..In Sya Allah berdoalah kita menjadi diantara golongan tersebut...Amin.


Oh ya terlanjur bercerita pasal cermin ni, skrg saya tgh usha cermin meja yg nak diletak kt ofis.Teringin sgt cermin meja yg berukir-ukir mcm omputeh punya.So saya search dlm internet contoh2 cermin yg menjadi igauan saya masa kini....


 


cantik & unik kan cermin2 ni, akan saya dapatkannya juga suatu hari nanti....wakakaka!!



p/s ; Biar cantik mcm mana pun cermin tu, cerminlah diri kita walau apapun berlaku kerana disitu kita akan mendapat jawapan yang kita inginkan, trylah kalau nak tau..all the best k ^_^..jumpa lagi..assalamualaikum



Sunday 9 December 2012

Nugget kegemaran saya



Salam hujung minggu kawan2....

Hari ni  saya nak berkongsi makanan yg sangat2 saya gemar pada ketika ini. 
Nugget Tempura adalah kategori nugget yang saya suka.Ada banyak brand yang menghasilkan nugget tempura ni tapi yang saya suka adalah brand2 yang saya dah pernah cuba seperti brand AYAMAS, RAMLY & MARINA, rasanya memang sedap.Sekali sekala kalau nak duduk berbual seisi keluarga nugget tempura boleh digunakan sebagai medium penyatuan seisi keluarga.Semua ahli keluarga pastinya tidak dapat tidak terlekat di sekitar meja makan lantaran keenakan nugget tempura, maklumlah zaman sekarang ni semua orang asyik sibuk dengan kerjaya  masing2.Jadi nugget merupakan makanan yg senang disediakan & boleh dimakan dlm keadaan santai.

 
 
 
Saya pasti berdasarkan gambar2 di atas ramai dah tahu apa itu nugget tempura,jadi sekiranya inginkan satu jenis makanan yang boleh menyatukan seisi keluarga (mana tau nak buat announcement apa2 ke, nak berbual dan mengeratkan hubungan kekeluargaan) saya syorkan anda belilah nugget tempura ni ,goreng sampai betul2 masak dan terus hidangkan, pasti melekat semua ahli keluarga kat meja hidangan.Apa pun yang pasti satu frasa yang saya boleh guna untuk gambarkan perasaan lepas makan nugget tempura ni ialah rasa 'PUAS HATI'

 
selamat mencuba..
 

 

Wednesday 5 December 2012

Wordless Wednesday

 

Snapppp.....



"Isshhh mama ni, sibok nok amik gambar sokmo, Moh tgh tido la nih..."



Tuesday 4 December 2012

Kata-kata tak enak



Sesetengahnya,bila orang yang ada pasangan ni,adakalanya sombong.Sombongnya hadir secara tak sedar.Ibarat kita mengigau di siang hari.Kata-kata sombong yang dikeluarkan mungkin kata hanya lahir dalam hati,orang lain tak dengar tapi Tuhan maha mengetahui.
 
 
Bila je kita nampak seorang minah ni,dengan muka sememeh,ada gaya macam minah loser,muka basi,macam tak mandi,kita mungkin akan cepat-cepat berfikir.Eh apahal dia ni?Soalan yang cukup menunjukkan kita seorang yang ambil berat tentang persekitaran.

 
Dan macam-macam lagi persoalan akan hadir dalam otak kita,dari A sampai Z.Dan mungkin sekali soalan terakhir iaitu soalan berhuruf Z,kita akan tertanya soalan begini.
 

"Minah ni dah ada pakwe ke belum?"

Dan....kita akan jawab soalan kita sendiri.

Kita tanya kita jawab.

Jawapan yang agak sombong.


"Mungkin minah ni takde pakwe ni,such a loser,takkan ada pakwe kot?Malang nasib ada makwe macam ni."


Minah tu tak bersalah pun,mungkin nampak je macam tu.Lain orang lain pandangan kan?Dan kita memang tidak layak untuk mengatakan sedemikian pada minah tersebut.Perkara ini boleh terjadi juga pada si mamat.


Jangan sangka muka yang toya (baca:toye) tidak berpakwe.


Orang kita,biasalah.Biasa?Dah menjadi perkara biasa ke cakap macam ni?Dah biasa dengan sikap memandang rendah pada orang?Dah terbiasa bersikap sombong?


Yea,maybe kita ada pakwe ataupun makwe secantik Angelina Jolie & pakwe setampan Brat Pitt.Pakwe memiliki mata menawan mcm Tom Cruise & awek seputih Winona Ryder mungkin.Kalau mereka ada pun apa kita nak kesah?


Pakwe makwe tak mungkin berkekalan,melainkan couple setahun then terus nikah.Itu saya percaya.Couple 5 tahun?Nikah belum kahwin sudah.Ada kan macam tu ??????


So,sifat pandang rendah pada orang ni kita perlu ketepikan,kerana ianya hanya akan menghitamkan lagi hati kita yang dah memang hitam.


Sifat sombong,jangan disimpan,buang jauh-jauh.Kita manusia melayu ada adat dan adab.Jangan tahu jaga adat je tapi tak tahu adab.

 

Sunday 2 December 2012

Istanbul Aku Datang



Pada hujung minggu, saya telah menonton filem Istanbul Aku Datang kat Astro First.Filem ini telah menampilkan pelakon-pelakon  seperti Lisa Surihani,Beto Kusyairy,Tomok & Aizat Amdan.








Saya ini bukanlah peminat setia filem Melayu, namun tidaklah sampai tahap memboikot. Kalau ada filem yang menarik dan rasa berbaloi untuk ditonton, maka pasti hati ini akan tertarik untuk menontonnya di pawagam @ di rumah.

 
 
Cerita ni bagi pandangan saya, boleh tahan best lah. Pengarahnya ialah Bernard Chauly yang sebelum ni telah mengarah filem Pisau Cukur. At least ia bukan dari producer metrowealth, so you can expect something different from this movie. Ok padahal Bernard Chauly tu pun saya tak tau camne rupa dia ada hati nak kutuk filem dari metrowealth.Fuhh inilah Melayu penuh dengan perasaan dengki *IKLAN*



Kenapa filem ini menarik?

Sinematografi yang cantik

Perlu ke bagi komen macam student perfileman, nak cerita pasal sinematografi bagai ni? Tapi serius saya tak tipu, filem ni memang cantik. Dah nama pun Istanbul Aku Datang, so menurut pemerhatian saya 100% lokasi filem ini dibuat di Istanbul. Dan ia kelihatan sangat cantik. Bangunan Aya Sofea tu cantik sangat. Apartment tempat Dian (Lisa Surihani) duduk dalam cerita ni pun cantik betul especially view dia. So nampak tak berapa kali saya ulang perkataan cantik ni? Tapi Lisa lagi cantik. Eh?


Lisa Surihani


Saya memanglah peminat setia Lisa Surihani, malah fanpage Lisa dekat FB pun saya like like sangat. (motif bagitahu?).Fakta Lisa dalam filem Istanbul Aku Datang ini adalah dia kelihatan comel, malah sangat sangat comel. Omey angat! mcm kucing saya si mek selemoh...muehehe ! 


Cuma kegagalan Lisa untuk menyebut huruf “R” dengan lancar ada kalanya mengundang hilai tawa orang yang menontonnya walaupun mood cerita adalah sedih. Manusia tidak sempurna. Tapi Lisa memang comel.Dah lah tu oii,bukan Lisa baca pon blog aku !!!


Cerita ni best, cuma saya rasa jalan cerita yang mengetengahkan perempuan dan lelaki yang bukan muhrim tinggal bersedudukan dalam sebuah rumah tu sangat kurang manis walaupun di negara orang kerana takut menjadi ikutan, walaupun realitinya ramai yang buat macam ni.


Istanbul Aku Datang, sebuah naskah filem Melayu yang berbaloi untuk ditonton,cuma lakonan Aizat nampak kaku sikit. Nyanyi ajelah Aizat yea. haha : p


Saturday 1 December 2012

CINTA atau NAFSU ...???



Assalamualaikum...

Setiap lelaki inginkan kesempurnaan pada wanita.Mungkin peluang memilih, terbuka luas untuk lelaki.Tetapi adakah insan yang bernama lelaki berhak memiliki yang terbaik?Itulah LELAKI...

Lelaki kebanyakannya ingin memiliki sesuatu yang sempurna pada wanita.Tidak akan menerima andaikata kekurangan ada pada pasangannya.Akan tetapi diri sendiri umpama bunga plastik...warnanya cantik...
 tetapi harumnya tiada.

Kebiasaan LELAKI akan memilih wanita yang 'suci' untuk dijadikan teman hidup. Itulah naluri dan kehendak LELAKI yang paling utama.Tetapi diri sendiri sudah lama menjadi barang '2nd hand'.Mungkin agak sukar untuk mencari 'kesucian' LELAKI'...tidak seperti WANITA yang seperti buah durian,walaupun berduri tetapi tupai pandai menggodanya.

Bila pembuangan bayi berlaku,WANITA juga dipersalahkan.Mengapa LELAKI seperti terkecuali? Sedangkan LELAKI yang memujuk rayu ingin meragut kehormatan WANITA. Bila madu lazat diratah sepah yang akan dibuang.Yang menyedihkan bila WANITA telah mengandungkan zuriat kita,LELAKI akan cuba melarikan diri.Jadi kemana WANITA harus membawa diri? Dan yang menyedihkan lagi,bila dirujuk pada keluarga, mereka akan dicerca dan diusir kerana malu...Dan yang akan menjadi mangsa adalah bayi yang tidak berdosa.

Jadi WANITA harus bezakan CINTA dan NAFSU.Jangan mudah menjadi mangsa pada LELAKI yang pandai memujuk rayu.Percayalah jika diawal percintaan atau perhubungan telah ada permintaan yang diluar hukum agama,ketahuilah itu adalah nafsu semata-mata.

Renungkanlah...