Sunday, 18 November 2012

Perihal hutang



Assalamualaikum....

Hemmm..dulu saya ada terbaca kat satu sumber menceritakan seorang lelaki dipukul oleh kawan sendiri gara2 meminta hutang RM10.Aduhhh jahat  punya kerja, dah di bantu dah tu dipukul pula,dasar anjing tersepit..!!!


Ini di antara senario perihal manusia berhutang,bermacam2 ragam kita lihat.Semua manusia sekurang2 nya akan berhutang walau sekali dlm seumur hidup samada cara langsung atau tak langsung,jarang atau kerap dan selalunya dgn bermacam2 sebab.

Rasanya semua org pernah membuat hutang,cuma yg membezakan di antara kita sejauh manakah kekuatan kita dlm membayar balik hutang2 tersebut.

Sesungguhnya hutang sesama manusia adalah sesuatu yg berat utk manusia pikul dan bertanggungjawab di atas apa yg mereka ambil kerana byk yg berhutang namun amat sedikit di antara mereka yg sedar dan membayar balik apa yg di pinjam.


Manusia berhutang yg gagal dlm membayar balik hutang mereka boleh di bahagikan pd 3 kategori :

1) Mereka mmg dlm kesempitan hidup,kesusahan,masalah kewangan dan sukar utk membayar balik hutang mereka.Ini mungkin juga dari pelbagai sebab contohnya kehilangan pekerjaan, ahli keluarga yg sakit kronik ,atau si pembuat hutang tu yg sakit kronik dan lain2.


2) Mereka yg ada kemampuan ,ada duit,gaji besar,pangkat pun ada tapi habit mereka liat dan leceh dlm membayar hutang,dlm erti kata lain mereka tak menganggap hutang itu priority dan instead membayar hutang, mereka lebih suka beli brg2 lain walaupun kurang penting.


3) Mereka yg mempunyai niat serong sedari awal iaitu meminjam duit dan MENIPU.

Sebab no 1 saya tak berapa nak ambik kisah sgt, sbb bila org dah susah, tak kan kita nak kejar gila2.Kena paham gak situasi manusia tak kan sama dan timbang rasa perlu ada dlm diri kita terhadap mereka yg berada dlm kesempitan,itupun si yg pembuat hutang tu tak boleh jugak nak diamkan diri kerana lambat laun dia perlu langsaikan juge hutang tu walau ambil masa yg lama.Tapi yg saya agak tak gemar bila part no 2 dan no 3 tu - yg mana inilah sebahagian besar ragam yg dimiliki oleh manusia dlm berhutang.Bila sesak mereka meminta tolong dgn kita bila senang mereka tak ingat dgn kita.



Samada lelaki dan perempuan kedua2nya sama saja perangai mereka dlm berhutang.Hanya mereka yg terpilih saja yg mungkin berhati2 dan berdisplin dlm soal hutang kerana mereka sedar akan impaknya bukan saja ketika hidup malah ianya membawa apabila kita telah tiada.

Dlm soal hutang, kita boleh lihat dlm beberapa contoh,cukuplah sekadar contoh apabila kita membayarkan makanan utk si polan- adakah si polan tu ingat utk membayar balik atau buat bodoh tak bayar2 ? jika sekali dua tak bayar mungkin kita boleh kata yg si polan tu terlupa tapi kalau dah banyak kali buat benda yg sama apa kes agaknya ? walaupun contoh mcm ni nampak mcm simple tapi inilah panduan utk kita menilai seseorg dlm berhutang.Jika ini pun mereka fail, maka inilah contoh org sengal dlm berhutang.

Mungkin hutang tidak menjadi hal dan tak perlu di takutkan sgt pd mereka yg berhutang sbb jgn tak tau ada yg mempunyai persepsi ' alah,kalau aku tak bayar pun dia nak buat apa, lama kelamaan dia akan halalkan jugak hutang aku' - ini adalah percakapan yg pernah saya dengar dari seorg yg jahil.



Pandangan Islam dalam hal hutang. Nabi Muhammad SAW bersabda :-
Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim)


Sabda Baginda SAW lagi yang bermaksud:
"Dan barang siapa yang berhutang, kemudian ia berniat tidak akan membayar hutangnya, lalu ia mati maka Allah akan bertanya di hari kiamat: Apakah kamu mengira bahawa aku tidak akan menuntut hak hambaku? Maka dosa orang yang memberi hutang itu, diberikan pada orang yang berhutang."

Hadis lain juga mengatakan:
"Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang:
Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah ? ; Baginda menjawab :  "Jika seseorang berhutang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhari)


Dalil2 di atas menunjukkan betapa pentingnya kita mengingati dan membayar hutang,jgn sampai kita terpaksa bercakap dusta dan mungkir janji kerana hutang sbb ianya adalah di antara ciri2 munafik.

Tanggungjawab hutang ni bukan saja bila kita masih hidup di dunia malah jika mati sebelum sempat melangsaikan hutang, adalah menjadi tanggungjawab waris si mati utk melunaskan hutang2 tersebut supaya roh si mati tidak terawang-awangan dan ini mengikut budi bicaralah jika org tu nak menghalalkan hutang si mati.
 

Jika org yg memberi hutang pd kita pulak mati, maka adalah menjadi tanggungjawab kita utk terus melunaskan hutang kita pd si mati dgn membayar pd waris terdekat.
 

Bukan hidup mati saja hutang ini mengikat kita, malah jika kita ingin menunaikan fardhu haji, adalah perlu utk kita membersihkan diri dari hutang dgn org ,mensucikan diri dgn taubat dan minta ampun sesama manusia jika ada salah dan silap.


Segala  di atas jelaslah menunjukkan betapa hutang bukanlah sesuatu yg boleh kita ambil ringan,ianya bersangkut paut dari hidup hingga ke mati.Jadi jika sesiapa yg masih sengaja menculas tak nak bayar atau menipu ,maka ingatlah yg langit takkan sentiasa cerah.


selamat membaca.


1 comment: