Assalamualaikum...
Huh !!!...Hari yg
sangat sukar bagi saya ketika ini,kenapa????? Saat ini saya sangat risau tentang
seseorang,mcm2 bermain di fikiran saya sekarang.Apa khabar dia hari ni?. Dia
buat apa?ok ke tak? hmmm...nampak mcm soalan org yg busy body je kan?Tapi sebenarnya
saya risau,iyalah bila kita dah rapat dgn seseorang tu tentu la kita akan rasa
ambil berat & ambil perhatian pada dia apatah lagi kalau dia menyepi dari kita.Tapi ada juga
sesetengah org yg tak selesa dgn tahap kerisauan yg kita berikan padanya,ada yg
sampai rasa stress,fed up @ sampai naik marah.
Misalnya
saya,kalau saya tak dpt contact seseorang tu,saya memang cepat rasa risau dan cuba dengan sedaya upaya
utk menghubunginya sehingga dapat.Saya akui adakalanya mungkin cara saya ini boleh membuat org rasa tertekan tapi
siapalah saya utk menafikan rasa sayang saya pada seseorang kan? Saya memang jenis mudah
sayang sangat pada org.Saya bukan tak boleh consider bila org tu busy dan tak dpt nak
layan sms @ call saya tapi saya lebih suka jikalau at least mesej saya dibalas walau
sekali saja pon.Sekurang-kurangnya saya tau keadaan diri dia baik2 saja daripada kita
risau tak tentu arah.
Apa yg saya cuba
katakan di sini ialah kita sepatutnya hargai sebab ada org yg ambil berat pada diri
kita dan sentiasa cuba ambil tahu tentang keadaan kita.Mereka sebenarnya bukanlah
nak menyibuk atau memantau perihal kita tapi bila kita dah jadi sebahagian
daripada org2 yg mereka sayang, kita kenalah menghargai perasaan mereka.Sama juga la
mcm kita,kalau kita tau parents kita sakit,siapa tak risau kan?Sama juga la dgn
kawan2,suami,isteri mahupun kekasih.Mereka semua punya hati dan
perasaan.
Jadi,janganlah anggap
perhatian mereka pada kita tu satu beban tetapi bersyukurlah kerana masih ada yg
sayang,masih ada yg ambil peduli.Kalau mereka dah takde,siapa lagi nak ambil berat pada
kita? Sebab itulah walau sesibuk mana pun,saya tetap usaha nak balas mesej sebagai
tanda saya juga sayang pada org tu dan hargai masa yg dia luangkan utk hubungi
saya...: )
No comments:
Post a Comment