Tuesday 10 July 2012

impikan sebuah perkahwinan yg sedang2 aje



Hahaha... Mesti anda rasa cam naik muak seandainya saya bercerita  pasal bab-bab kahwin ni kan? hopefully tak lah ye!.Kekawan saya pernah bertanya adakah saya ni dah ada calon utk menuju ke gerbang perkahwinan? jawapannya hahaha belum lagi kekawan. Saya sendiri belum tahu bila.Nanti ada la jodohnya tu kalau TUHAN izinkan...

Sebenarnya sejak lama dulu, bila tgk orang lain kahwin, saya tak ada plak terbayang perkahwinan impian saya mcm mana. Takde pun terfikir nak buat pelamin mcm mana.Nak konsep Garden Wedding ke,nak guna bunga apa ke,nak pakai baju berapa pasang ke,nak kad kahwin bentuk atau corak mcm mana ke.Semua itu saya tak fikir.Tapi sekarang ada juga pasang impian nak perkahwinan berkonsep mcm mana.Cuma yang pasti saya hanya nak majlis perkahwinan saya tu dibuat secara sederhana saje tapi nak dibuat didewan. Alasannya, sbb saya rasa senang dan tempatnya lebih luas,lagipun lebih ramai kita bole jemput para tetamu.Kalau kat rumah ianya nampak sedikit sesak dan kurang selesa.

Dan satu lagi impian saya ialah nak buat sesi fotografi outdoor dikawasan yg nyaman seperti dikawasan bukit atau kawasan water fall.Siap ada kereta antik lagi,hehehe

Dua perkara itu hanya sebahagian drp impian perkahwinan saya. Selain itu perkara yang paling penting yg saya harapkan semasa perkahwinan saya ialah perkahwinan yang berkat dan mendapat rahmat Allah.Yang pasti saya TAK INGIN bersanding (tapi still ada pelamin utk bergambar kenangan).Sbb rasanya semua majlis perkahwinan abang-abang dan kakak-kakak saya takde sorang pun yg bersanding. So,saya pun tak teringin nak duk atas pelamin berdua, sambil ditepung tawar dan diperhatikan oleh org ramai,rasa malu sangat.

Dari segi doorgift pula,saya tak berapa gemar bagi satu uncang kain net atau goodie bag yg di dalamnya diletakkan ermm.. potpouri ke, pasu-pasu kecik yg bakal dibazirkan dan diletakkan merata-rata oleh kebanyakkan tetamu [berapa kerat sgt yg suka kumpul pasu2 kecik tu kan?], atau apa-apa jua cenderahati picisan yg dah sah akan membazir. Kalau saya plak lebih suka bagi bunga telur dan coklat.Kita kena bagi bunga telur sbb ia merupakan adat yg dah berzaman2 buat begitu.Doorgift pastinya berbentuk makanan. 

Kemudian saya nak pasang lagu-lagu nasyid terutamanya lagu Barakallah nyanyian Maher Zain pada hari perkahwinan saya nanti dgn volume yg sederhana.Saya cuma tak faham jika majlis kahwin yg pasang lagu kuat kuat dan siap ada karaoke lagi.Nak bagi semua org dengar ke ?

Dan juga, saya tak minat utk menukar berpasang-pasang baju sebab saya rasa rimas tukar byk2 baju ni.Huhuhu saya taknak lah rasa  mcm tu. Nanti saya jadi badmood sebab serabut. Hehehe...

Saya ni sebenarnya simple je orangnya. Itu la diri saya yang sebenarnya. Jadi, perkahwinan saya pun saya nak yg simple yg tak beriya-iya. Saya hanya akan buat majlis tu, betul2 mengikut atas kemampuan saya sahaja, tanpa membuat personal loan. Bagi saya tak perlu berhutang utk merialisasikan impian sesebuah perkahwinan itu. Tak sanggup susah kemudian nanti dgn menanggung beban hutang..Jadi wahai kenalan2ku andai kata kamu dtg ke kenduri perkahwinan saya nanti [yang tak tau bila,hahaha doa-doakan la agar ketemu jodoh saya] jangan pula merasa tak syok jika didapati, majlis saya sangat ala kadar dan tak glamer serta tak grand atau tak vogue.

Pengantin adalah raja sehari. Maka, saya ingin menjadi raja sehari waktu tu yang berjiwa rakyat (kononnya raja betul le tuh). Hehehe.



saya nak pelamin yg simple mcm nih tapi nampak exclusive (ini pada pandangan saya)
.
saya hanya mahu sepasang saja baju pengantin. so rekaan mcm nih menarik minat saya


atau mcm nih (cantik kan ?)


saya suka kasut mcm nih sbb ada bentuk butterfly...i like butterfly


saya suka cenderahati yg simple mcm nih !


saya suka kek berbentuk begini,ada bunga ros merah gituuu


kad kahwin yg juga ada unsur butterfly dan simple jer...hehehe sukanyaaa kad ni.


kalau dari segi hantaran saya suka tema warna ke arah gold atau coklat seperti dalam gambar ni 


Last sekali yg paling penting sbg ikatan penyatu hati iaitu sebentuk CINCIN..bestnya dapat cincin cam ni


fuhhhh!!!! penatnya merialisasikan impian perkahwinan ni..mcm2 yg diingini tapi mampu ke ? buat2 mampu je lah..bila tuh impian akan terlaksana ?? entah la,nanti saya tanya sama pokok....wakaka!!



1 comment:

  1. cantik...sekarang sy cbuk nak cari pelamin color putih coz baju pengantik color ungu..mcm mana ye?

    ReplyDelete