Dikalangan famili hanya saya yg minat gila dgn artis artis ni.Dari sekolah rendah lagi saya mula mengumpul gambar2 artis malah saya minta jasa baik kakak saya utk melukis potret artis idaman saya.Berkebetulan pulak kakak saya mmg suka melukis potret..So apa lagi tak menjadi masalah baginya utk memenuhi kehendak saya...hehehe
Sekarang tak terkecuali dan minat dgn golongan artis masihhh berleluasa dlm diri saya..ehmmm sebonarnya saya ni pun pernah berangan nak jadi artis tapi ada beberapa sebab yg tak melayakkan diri saya utk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dgn geng2 artis.Nak tau sebab musababnya ? ok kita zaaas...
1] Saya kena tilik dulu wajah saya dlm tempurung.Adakah mempunyai wajah nilai komersial ke tak...jawapannya TAK (sedar diri itu amalan terpuji)
2] Saya berbadan kecil.Kebanyakkan pelakon mesti berbadan mcm 'miss world' terutamanya kalau nak jadi heroin.(saya mmg nak pegang watak heroin)
3] Saya tak pandai dari segi gaya pengucapan & cara nak berinteraksi dgn wartawan @ peminat.Takut nanti wartawan tanya lain jawap lain.Tak ke haru biru.
4] Saya kureng pandai berbahasa inggeris..Nak jadi artis kena la pandai bahasa antarabangsa tuh mcm Lisa Surihani, baru la produksi yakin utk menghantar artisnya ke luar negara utk promosi produk mereka.
5] Saya tak 'smart' pun.Saya belajar setakat mana sangat.Nak jadi artis zaman sekarang nih kena berpelajaran,baru la org suka kita..Peminat sekrg dah pandai menilai seseorg artis.Kalau tak takkan Lisa Surihani mempunyai berjuta peminat.
6] Famili tak menggalakkan saya menceburi bidang tersebut yg mmg nampak indah diluar tapi hakikatnya kosong.Lifestyle totally akan berubah.Kalau tak kuat iman hancuss jadinya.
Itulah antara sebab sebabnya yg tak dapat dikompromi oleh mana mana pihak mahupun diri saya....
OK saya nak tunjuk gambar artis2 yg bertuah kerana diminati oleh saya.Tanpa saya siape lah mereka itu....kua kuak kua!
MARIE OSMOND (penyanyi Hollywood yg terkenal sekitar 70an-80an)
BROOKE SHIELDS (pelakon Hollywood yg terkenal dgn kejelitaannya sekitar 80an-90an)
SOFEA JANE (pelakon yg terkenal dgn keayuannya sekitar 90an)
AISHWARYA RAI (pelakon Bollywood yg tidak asing lagi,miss world 1994)
SITI NURHALIZA ( artis tersohor Malaysia,dari dulu sehingga kini)
LISA SURIHANI ( pelakon yg saya masih setia meminatinya)
p/s : saya kata mereka bertuah kerana peminat fanatik mereka (saya) ada buat album foto2 exclusive mereka. Tapi itu dulu,sekarang album2 tu dah hilang (dimana ya!).Yg ada dlm simpanan peribadi saya cuma album Lisa Surihani,kenapa? sbb saya masih meminati beliau...yg lain tuh hai hai bye bye!
wajah mcm nih pernah ada hati nak jadi artis (pelakon) ?? sila tempurung diri sendiri dulu !!
No comments:
Post a Comment