Friday, 30 November 2012

Lagu-lagu yg paling saya gemari

 
 
 
Salam hujung minggu kpd teman- teman yg dikasihi


Saya ingin berkongsi lirik & melodi yg sangat saya gemari melalui lagu-lagu ini :)
 
Jom kita layan......




LEPASKAN
 
lirik:

Ku jadi tidak tentu arah, entah apa yang ku kuatiri
Sejak terjadi cerita itu. cerita itu
Makan minum ku dh tak terjga
Asyik memikirkan tentang kamu
Mungkinkah benar mengapa ku tidak menyedari

Lepaskanlah lepaskan semua, tiada makna jika bersama
Dalam hidupku oh setiap hari
Yang kita pasti ada masalah

Lepaskanlah lepaskan semua, tiada makna jika bersama,
Dalam hidupku oh setiap hari yang kita pasti ada masalah, dengannya

Ku jadi tidak tentu arah, entah apa yang ku kuatiri
Sejak terjadi cerita itu. cerita itu

Lepaskanlah lepaskan semua, tiada makna jika bersama
Dalam hidupku oh setiap hari
Yang kita pasti ada masalah

Lepasknlah lepaskan semua, tiada makna jika bersama
Dalam hidupku oh setiap hari yang kita pasti ada masalah, dengannya
 
 
 
 
 
 
 
 
HILANG NALURI
 
Lirik: 
 
mawar merah yang ku cium
ternyata menusuk dan beracun
wanginya menyenangkan hatiku
membuatku tak karuan
sehari tak bertemu dengannya
serasa hampa dalam hatiku
ku mabuk cinta yang tak terbaca
oleh naluriku
diaaaaaaaaaaaa sama sekali tak cintai diriku
diaaaaaaa hanya memfaatkan diriku
matilahhhhhh kauu
didalam hatiku
bawa pergi saja dirimu
sampai ke dasar lautan
matilah kau bersama cintaku
berharap sajalah dirimu agar dapat bahagia
berharaplah..........!
ku berlutut di bawah kakinya
ku berikan hatiku untuknya
ku telan semua luka-luka
ku tak punya perisai lagi
sehari tak bertemu dengannya
serasa hampa dalam hatiku
ku mabuk cinta yang tak terbaca oleh naluriku
matilah kauuuu...
matilah kau didalam hatiku
bawa pergi saja dirimu
sampai ke dasar lautan
matilah kau
bersama cintaku
berharap sajalah dirimu semoga dapat bahagia
ohhh oooooooo o.o.o.o.o.o..oo.o.o.o..oo..oo.o..
 
 
 
 
 
 
 
  
AYAT AYAT CINTA 
 
Lirik:
 
 Desir pasir di padang tandus
segersang pemikiran hati
terkisah ku di antara cinta yang rumit
bila keyakinanku datang
kasih bukan sekadar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan

reff:
Maafkan bila ku tak sempurna
cinta ini tak mungkin ku cegah
ayat-ayat cinta bercerita
cintaku padamu
bila bahagia mulai menyentuh
seakan ku bisa hidup lebih lama
namun harus ku tinggalkan cinta
ketika ku bersujud

Bila keyakinanku datang
kasih bukan sekedar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan

repeat reff

Ketika ku bersujud
 
 
 
 
Semoga terhibur !!!! 
 
 
 

Thursday, 29 November 2012

Kau pengubat hatiku disaat ku kesepian




Assalamualaikum : ) 


Bila bicara tentang hati sudah pasti banyak sekali yang berlegar, berbagai perasaan dan jiwa menyucuk-nyucuk seolah ingin sahaja keluar menjadi seorang reporter untuk menulis berbagai perkara yang tersimpan, fuhh begitulah gambaran hati bila datangnya dikala ku kesepian,hanya org yang merasainya shj yang bisa mengerti.Wokey usah dibicara lagi perkara tersebut ,biar masa dan waktu shj yang menentukan.


Kembali lagi saya dengan tajuk 'kau pengubat hatiku disaat ku kesepian', hah tajuk nampak mcm novel pulak, hehe biarkannya, angan2 novel gitu..kuakuakua...

  
                                                       
   Hah ceritanya sebenarnya tentang kucinnggggggg, bukan main tajuk kat atas... haha yang nak diceritakan sebenarnya kucing, melewar sikit dulu..ermm apa2 pun memang kucing menjadi pengubat di kala sepi buat diri ini, walau kucing namanya ia seolah mengerti akan jiwa org yang mengasihinya.. entah kekadang baik kucing pulak rasanya dari manusia yang sering mengecewakan orang.



Haaaa gambar kat bawah tu adalah seekor kucing namanya..bukan harimau bukan singa, namanya Mat Tey alaa anak si Mek Selemoh tuh, fuhhh geram betul bila pegangnya, besar dah kucing tu baru saje 10 bulan umurnya..memang dapat hilangkan stress main dengannya..tu yang dikatakan pengubat di kala sepi..kucing ni bila kita bercakap dengan dia, dia boleh faham..tu yang best !



terbaik la mek selemoh & mat tey... kau pengubat hatiku..



Mat Tey yg macho


Mat Tey & Mek Selemoh pengarang jantung hatiku



Tuesday, 27 November 2012

Wanita-wanita ini....



6 Jenis Wanita Yang Mudah Ditipu Lelaki  ( saya wanita yg jenis mcm ini ke?? tepuk dada tanya selera )


1. Wanita yang terlalu mudah mempercayai lelaki.

Dah sayang la katakan… jadi apa sahaja yang lelaki/pasangan katakan, kepercayaan adalah seratus peratus. Bukan maksud saya percaya separuh-separuh atau percaya pasangan jangan sampai 100%, tetapi maksud saya mudah percaya yang membuta-tuli dan menerima apa sahaja tanpa menggunakan akal fikiran yang waras adalah amat tidak wajar.


2. Wanita yang “terdesak” untuk berkahwin.

Umur yang semakin lanjut membuatkan ramai wanita yang belum berpasangan risau akan status diri. Walaupun pada zaman yang semakin canggih ini, melihat wanita yang berkerjaya lewat berkahwin adalah perkara biasa, namun majoriti wanita yang semakin meningkat umurnya risau jika masih belum mempunyai pasangan hidup.

Kerisauan terhadap faktor umur yang meningkat, tekanan ibu bapa, pandangan masyarakat, dan juga kerisauan terhadap peluang untuk mendapatkan cahaya mata yang semakin kurang jika kahwin lewat mampu menyebabkan sesetengah wanita seolah-olah “terdesak” untuk mencari pasangan hidup.

Dalam keadaan seperti ini, kadangkala mereka boleh “terlepas pandang” tentang sikap, kualiti, dan peribadi lelaki yang dipilihnya itu.

Wanita yang berkahwin lewat pada zaman ini pula kebanyakannya berkerjaya secara tidak langsung membawa maksud mereka sudah mempunyai tahap kewangan yang stabil.

Ini memungkinkan mereka menjadi mangsa “buaya professional” yang sentiasa mencari peluang untuk mengambil kesempatan ke atas wanita seperti ini. Kalau anda dalam golongan wanita seperti ini, ingat… biar lambat, asal selamat!


3. Wanita “sosial”.

Ini bukan sosial dari segi terlibat dengan Mercy Malaysia ke, persatuan wanita di kawasan anda ke, atau perkara yang seumpamanyalah.

Sosial dalam hal ini ialah suka kepada “night life”, disko, berparti, “clubbing”, pergaulan bebas tanpa had dan hidup dengan falsafah “life is short, so have fun!”, atau “masa muda ni la nak rasa macam-macam..”. Fahamkan maksud saya?

Wanita-wanita ini (lebih ramainya gadis remaja), yang melibatkan diri dengan cara hidup bebas dan sosial seperti ini terang-terangan mendedahkan dan “mengiklankan” diri sendiri kepada “species” lelaki pemangsa wanita.

Bersosial tanpa batasan adalah di antara resepi utama yang menyebabkan ramai wanita dan gadis remaja ditipu sekaligus dirosakkan oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Tepuk dada, tanya selera!


4. Wanita yang tidak mementingkan ilmu.

Wanita yang mementingkan ilmu dalam konteks percintaan, perkahwinan dan memilih pasangan hidup bukanlah bermaksud wanita yang mempunyai ijazah berjela-jela dari universiti terkenal. Bukan itu sahaja. Kalau itu yang dijadikan ukuran wanita berilmu, kenapa masih terlalu ramai wanita yang ditipu, dihina, dipermainkan, dan sebagainyalah oleh lelaki yang berbahaya?

Wanita yang berilmu dalam konteks ini ialah wanita yang mampu memandu dirinya supaya tidak “terpilih” lelaki penipu dan berbahaya. Sekiranya dia “terjebak” dengan lelaki penipu/berbahaya, dia tahu apa yang perlu dilakukan atau di mana untuk mendapatkan bantuan yang sewajarnya.

Ia juga bermaksud wanita yang mengetahui hak-haknya sebagai wanita dan sebagai seorang isteri. Wanita yang berilmu juga berani “membetulkan” keadaan dan mempertahankan haknya bila perhubungan/perkahwinannya terganggu/diganggu sama ada oleh pihak ketiga atau pasangannya sendiri.

Wanita seumpama ini mampu menjadi pasangan/isteri yang sentiasa menjadi kebanggaan pasangan/suaminya sendiri dan mempunyai segala sifat sebagai seorang yang cemerlang.

Wanita seperti ini, sentiasa cintakan ilmu. Sentiasa melengkapkan dirinya dengan ilmu selagi hayat dikandung badan.

Wanita yang mempunyai segulung ijazah atau Ph.D pun boleh ditipu dan dipermainkan lelaki “species berbahaya” ini…apatah lagi jika wanita yang hanya meletakkan 100% kebahagiaannya ke atas lelaki dan langsung tidak mahu atau mengambil mudah untuk meningkatkan ilmu dalam diri?


5. Wanita yang memandang “faktor fizikal” sebagai salah satu ciri utama pada lelaki idamannya.

Mudah jatuh cinta dengan lelaki handsome? Atau mungkin juga lelaki “cute”, “macho”, dan mempunyai fizikal yang begitu menggoda hati?

Ingat..semakin “handsome”, “cute”, “sexy” seseorang lelaki itu, sebenarnya semakinlah anda sebagai wanita perlu menggandakan “sistem pertahanan” diri. Kalaulah ramai wanita boleh diperdayakan oleh lelaki yang TAK “handsome” dan seumpamanya, apatah pula risiko ditipu oleh lelaki yang “handsome”?

Ingat.. “handsome”, “cute”, dan seumpamanya itu pada seseorang lelaki sepatutnya BUKAN menjadi antara ciri-ciri utama lelaki idaman wanita. Ia sepatutnya hanya menjadi ciri-ciri “bonus” lelaki idaman wanita.

Nasihat untuk wanita yang mudah “cair” dengan lelaki seperti ini, dan menjadikan lelaki seperti ini sebagai “target” utama ciri bakal pasangan hidupnya: fikir masak-masak!

Anda mungkin sedang diperhatikan oleh “pemangsa handsome dan sexy” yang sentiasa mencari wanita untuk ditipu dan dipermainkan..


6. Wanita yang “sabar” tidak bertempat.

Wanita dalam golongan ini boleh kita katakan jenis yang selalu “makan hati berulam jantung”, atau mungkin juga dah sampai tahap “makan tangan berulam kaki”. Dia didera(fizikal atau perasaan), tidak dihargai, sentiasa diambil kesempatan oleh pasangan/suaminya namun masih tetap bersama lelaki itu walaupun dia sedar dia terseksa dan tertekan.

Soalnya di sini, bila diperlakukan sebegitu, dia hanya “berharap” pasangannya akan berubah pada satu masa nanti TANPA mengambil tindakan yang sewajarnya.

Tidak salah bersabar. Malah sabar adalah satu sikap yang baik, dituntut, terpuji, dan mulia. Namun demikian, sekiranya kesabaran itu akhirnya membawa mudarat terhadap diri sendiri, sesuatu perlu dilakukan.

Bersabar walau diperlakukan apa sahaja oleh lelaki/pasangan seperti ini seolah-olah memberi “lesen” kepadanya untuk terus mendera, menipu, dan menghina maruah wanita yang terlibat.


Ingat kata orang dulu-dulu… “sabar biarlah bertempat”.



Thursday, 22 November 2012

Bila bersedih



Aku sedih... sebolehnya aku tak nak menangis...
Bila aku sedih... sebenarnya aku benci menangis...
Bila aku sedih... air mata tu menyakitkan mata ini...
Bila aku sedih... air liur tu rasanya pahit sekali...

Bila aku sedih... tandanya aku terluka...
Bila aku sedih... tandanya aku kecewa...
Bila aku sedih... khayalan aku semuanya buruk rupa...

Bila aku menangis... aku tak nak orang tahu...
Bila aku menangis... aku tak tau mana nak mengadu...
Bila aku menangis... aku takut orang ketawakan aku...
Bila aku menangis... aku takut orang benci kan aku...
Bila aku menangis... belum tentu ada orang datang pujuk aku...

Tapi...

Setelah aku menangis... beban kat hati hilang tak tau kemana...
Setelah aku menangis... leganya rasa hati...
Setelah aku menangis... puasnya rasa dihati...
Setelah aku menangis... aku tak nak menangis lagi...

Kalau aku menangis lagi... itu tandanya hati aku tersiat lagi..







Monday, 19 November 2012

Doa di hari lahirku




                                  gambar hari lahirku setahun yg lalu [ 20.11.2011]



Bismillahirrahmanirrahim...


Terimakasih Ya Allah utk usia yg telah Engkau berikan.Terimakasih juga utk setiap rezeki yg Engkau kurniakan.Terimakasih utk setiap cubaan yg Engkau turunkan.Terimakasih utk bakat & ilham yg Engkau anugerahkan.Sesungguhnya terlalu banyak yg telah Engkau berikan kepadaku dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.


Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap & khilaf menafsir makna setiap kurniaan & dugaan.Namun begitu besar kasih-sayangMu...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hak Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan & kesakitan yg amat pedih.


Ampunkan aku Ya Allah apabila aku merintih nasibku dihadapanMu.Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu?? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku hanyalah hamba-Mu yg dhaif & lemah.Adakalanya aku kurang kesabaran.Ada masanya aku goyah keimanan.Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan.Namun dengan limpahan kasih sayang-Mu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan. 


Dalam usia begini, aku ingin menjadi lebih dekat pada-Mu Ya Rahman.Dalam usia yg makin jauh ini, aku ingin lebih merindui-Mu Ya Rahiim.Dalam usia ini, aku ingin sekali menyambut panggilan Kaabah-Mu Ya Al Malik.Dalam usia ini apa yg aku inginkan hanyalah ketenangan,kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan & kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yg sudi.


Ya Muhaimin...pimpinlah tangan hamba-Mu ini...pimpinlah hati hamba-Mu ini...pimpinlah langkah hamba-Mu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran.Ya Al Quddus...sebagai hamba-Mu yg hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku...bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustaqimMu dgn tenang & mudah tanpa cela. 


Terimakasih Ya Allah atas segala takdir yg telah Engkau tentukan untukku.Engkau Ya Maha Besar...peliharalah aku agar terus berpegang teguh pada tali-Mu.


Terimalah permohonan hambaMu yg sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.


Amin Ya Rabbal Alamin....


 

Sunday, 18 November 2012

Perihal hutang



Assalamualaikum....

Hemmm..dulu saya ada terbaca kat satu sumber menceritakan seorang lelaki dipukul oleh kawan sendiri gara2 meminta hutang RM10.Aduhhh jahat  punya kerja, dah di bantu dah tu dipukul pula,dasar anjing tersepit..!!!


Ini di antara senario perihal manusia berhutang,bermacam2 ragam kita lihat.Semua manusia sekurang2 nya akan berhutang walau sekali dlm seumur hidup samada cara langsung atau tak langsung,jarang atau kerap dan selalunya dgn bermacam2 sebab.

Rasanya semua org pernah membuat hutang,cuma yg membezakan di antara kita sejauh manakah kekuatan kita dlm membayar balik hutang2 tersebut.

Sesungguhnya hutang sesama manusia adalah sesuatu yg berat utk manusia pikul dan bertanggungjawab di atas apa yg mereka ambil kerana byk yg berhutang namun amat sedikit di antara mereka yg sedar dan membayar balik apa yg di pinjam.


Manusia berhutang yg gagal dlm membayar balik hutang mereka boleh di bahagikan pd 3 kategori :

1) Mereka mmg dlm kesempitan hidup,kesusahan,masalah kewangan dan sukar utk membayar balik hutang mereka.Ini mungkin juga dari pelbagai sebab contohnya kehilangan pekerjaan, ahli keluarga yg sakit kronik ,atau si pembuat hutang tu yg sakit kronik dan lain2.


2) Mereka yg ada kemampuan ,ada duit,gaji besar,pangkat pun ada tapi habit mereka liat dan leceh dlm membayar hutang,dlm erti kata lain mereka tak menganggap hutang itu priority dan instead membayar hutang, mereka lebih suka beli brg2 lain walaupun kurang penting.


3) Mereka yg mempunyai niat serong sedari awal iaitu meminjam duit dan MENIPU.

Sebab no 1 saya tak berapa nak ambik kisah sgt, sbb bila org dah susah, tak kan kita nak kejar gila2.Kena paham gak situasi manusia tak kan sama dan timbang rasa perlu ada dlm diri kita terhadap mereka yg berada dlm kesempitan,itupun si yg pembuat hutang tu tak boleh jugak nak diamkan diri kerana lambat laun dia perlu langsaikan juge hutang tu walau ambil masa yg lama.Tapi yg saya agak tak gemar bila part no 2 dan no 3 tu - yg mana inilah sebahagian besar ragam yg dimiliki oleh manusia dlm berhutang.Bila sesak mereka meminta tolong dgn kita bila senang mereka tak ingat dgn kita.



Samada lelaki dan perempuan kedua2nya sama saja perangai mereka dlm berhutang.Hanya mereka yg terpilih saja yg mungkin berhati2 dan berdisplin dlm soal hutang kerana mereka sedar akan impaknya bukan saja ketika hidup malah ianya membawa apabila kita telah tiada.

Dlm soal hutang, kita boleh lihat dlm beberapa contoh,cukuplah sekadar contoh apabila kita membayarkan makanan utk si polan- adakah si polan tu ingat utk membayar balik atau buat bodoh tak bayar2 ? jika sekali dua tak bayar mungkin kita boleh kata yg si polan tu terlupa tapi kalau dah banyak kali buat benda yg sama apa kes agaknya ? walaupun contoh mcm ni nampak mcm simple tapi inilah panduan utk kita menilai seseorg dlm berhutang.Jika ini pun mereka fail, maka inilah contoh org sengal dlm berhutang.

Mungkin hutang tidak menjadi hal dan tak perlu di takutkan sgt pd mereka yg berhutang sbb jgn tak tau ada yg mempunyai persepsi ' alah,kalau aku tak bayar pun dia nak buat apa, lama kelamaan dia akan halalkan jugak hutang aku' - ini adalah percakapan yg pernah saya dengar dari seorg yg jahil.



Pandangan Islam dalam hal hutang. Nabi Muhammad SAW bersabda :-
Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim)


Sabda Baginda SAW lagi yang bermaksud:
"Dan barang siapa yang berhutang, kemudian ia berniat tidak akan membayar hutangnya, lalu ia mati maka Allah akan bertanya di hari kiamat: Apakah kamu mengira bahawa aku tidak akan menuntut hak hambaku? Maka dosa orang yang memberi hutang itu, diberikan pada orang yang berhutang."

Hadis lain juga mengatakan:
"Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang:
Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah ? ; Baginda menjawab :  "Jika seseorang berhutang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhari)


Dalil2 di atas menunjukkan betapa pentingnya kita mengingati dan membayar hutang,jgn sampai kita terpaksa bercakap dusta dan mungkir janji kerana hutang sbb ianya adalah di antara ciri2 munafik.

Tanggungjawab hutang ni bukan saja bila kita masih hidup di dunia malah jika mati sebelum sempat melangsaikan hutang, adalah menjadi tanggungjawab waris si mati utk melunaskan hutang2 tersebut supaya roh si mati tidak terawang-awangan dan ini mengikut budi bicaralah jika org tu nak menghalalkan hutang si mati.
 

Jika org yg memberi hutang pd kita pulak mati, maka adalah menjadi tanggungjawab kita utk terus melunaskan hutang kita pd si mati dgn membayar pd waris terdekat.
 

Bukan hidup mati saja hutang ini mengikat kita, malah jika kita ingin menunaikan fardhu haji, adalah perlu utk kita membersihkan diri dari hutang dgn org ,mensucikan diri dgn taubat dan minta ampun sesama manusia jika ada salah dan silap.


Segala  di atas jelaslah menunjukkan betapa hutang bukanlah sesuatu yg boleh kita ambil ringan,ianya bersangkut paut dari hidup hingga ke mati.Jadi jika sesiapa yg masih sengaja menculas tak nak bayar atau menipu ,maka ingatlah yg langit takkan sentiasa cerah.


selamat membaca.


Wahai wanita..!



 بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum.......


















 "Tell the believing men to lower their gaze and be modest.That is purer for them.Allah is Aware of what they do.And tell the believing women to lower their gaze and be modest." (An-Nur : 30-31)


Allah dah bagi peringatan supaya kita menjaga perhubungan sesama lawan jenis.Hmmm, tapi susah kita nak faham (termasuklah orang yg menulis ni) huhu....

Bila mana kita tidak menjaga pandangan,kelakuan pun tidak akan terjaga.Ya, benda yang kita nampak remeh temeh jer pun, tapi impaknya sangat besar, mempengaruhi seluruh kehidupan.Penjagaan hati itu penting.

Bukannya apa, kadang2 orang tu layan kita sama je, macam kawan dia yg lain, tapi disebabkan hati perempuan ni mudah tersentuh, kita pun dah start sayang & etc pada kawan kita tu.Tapi sebenarnya dia biasa2 je.So girls, beware !!!!!..The heart is fragile, so handle with care. :') 

Sekali lagi saya ingatkan, bukan niat saya utk berat sebelah utk memenangi kaum wanita, tapi saya cuma berkongsi cerita tentang kebenaran yg sering berlegar-legar di sekeliling saya.

Ini semua realiti bukannya fantasi.Harap kaum wanita kuat dalam mengatasi hal sebegini dengan lebih berhati-hati.Sesungguhnya kaum lelaki memang pandai mengambil berat tapi bukan pada kita sahaja, malah pada semua kawan2nya.Jadi jangan mudah terpedaya (peringatan buat diri sendiri).Sekadar peringatan bersama......Waallahu'alam :')

p/s : penjagaan bersama mensucikan hati.InsyaAllah dipermudahkanNYA.



Ikhlas : Cahaya Petunjuk





Thursday, 15 November 2012

Bila hatiku risau



Assalamualaikum...






Huh !!!...Hari yg sangat sukar bagi saya ketika ini,kenapa????? Saat ini saya sangat risau tentang seseorang,mcm2 bermain di fikiran saya sekarang.Apa khabar dia hari ni?. Dia buat apa?ok ke tak? hmmm...nampak mcm soalan org yg busy body je kan?Tapi sebenarnya saya risau,iyalah bila kita dah rapat dgn seseorang tu tentu la kita akan rasa ambil berat & ambil perhatian pada dia apatah lagi kalau dia menyepi dari kita.Tapi ada juga sesetengah org yg tak selesa dgn tahap kerisauan yg kita berikan padanya,ada yg sampai rasa stress,fed up @ sampai naik marah.
 
 
Misalnya saya,kalau saya tak dpt contact seseorang tu,saya memang cepat rasa risau dan cuba dengan sedaya upaya  utk menghubunginya sehingga dapat.Saya akui adakalanya mungkin cara saya ini boleh membuat org rasa tertekan tapi siapalah saya utk menafikan rasa sayang saya pada seseorang kan? Saya memang jenis mudah sayang sangat pada org.Saya bukan tak boleh consider bila org tu busy dan tak dpt nak layan sms @ call saya tapi saya lebih suka jikalau at least mesej saya dibalas walau sekali saja pon.Sekurang-kurangnya saya tau keadaan diri dia baik2 saja daripada kita risau tak tentu arah.


Apa yg saya cuba katakan di sini ialah kita sepatutnya hargai sebab ada org yg ambil berat pada diri  kita dan sentiasa cuba ambil tahu tentang keadaan kita.Mereka sebenarnya bukanlah nak menyibuk atau memantau perihal kita tapi bila kita dah jadi sebahagian daripada org2 yg mereka sayang, kita kenalah menghargai perasaan mereka.Sama juga la mcm kita,kalau kita tau parents kita sakit,siapa tak risau kan?Sama juga la dgn kawan2,suami,isteri mahupun kekasih.Mereka semua punya hati dan perasaan.
 
 
Jadi,janganlah anggap perhatian mereka pada kita tu satu beban tetapi bersyukurlah kerana masih ada yg sayang,masih ada yg ambil peduli.Kalau mereka dah takde,siapa lagi nak ambil berat pada kita? Sebab itulah walau sesibuk mana pun,saya tetap usaha nak balas mesej sebagai tanda saya juga sayang pada org tu dan hargai masa yg dia luangkan utk hubungi saya...: )