Saturday, 13 October 2012

Banyaknya kata-kata hikmah yg saya suka



Mutiara kata @ kata2 nasihat adalah penting pada kita semua.Kata2 yg bermanfaat ini dapat menjadi sumber inspirasi dlm kehidupan kita samada rumahtangga,percintaan,pekerjaan & pergaulan sehari-hari.Jadi ambillah kata2 ini sebagai kata semangat utk kehidupan harian kita agar ia dapat menghiburkan serta memotivasikan diri sendiri......
  1. Imam Ali berkata,"Allah menyayangi org2 yg mengetahui kadar dirinya & tidak melewati batas perjalanannya,menjaga lisannya & tidak mensia-siakan umurnya".
  2. Adab & akhlak adalah ibarat pokok & kemasyhuran adalah seperti bayang2.Tetapi malangnya,kebiasaan org lebih melihat bayang2 daripada pokoknya.
  3. Kata2 yg sering diucap biarlah selari dgn apa yg dirasakan kerana selalunya apa yg terungkap tidak sama seperti apa yg diungkap.
  4. Rasulullah SAW bersabda bermaksud : "Berbahagialah hidup di dunia bagi org yg mengumpul kebajikan utk bekalan hari akhiratnya,sehingga dia memperoleh redha Tuhannya dan celakalah hidup di dunia bagi org yg dipengaruhi oleh dunia,hingga dia terhalang drp (mengerjakan) amalan utk akhiratnya dan lalai utk memperoleh redha Tuhannya."Hadis riwayat Al-Hakim.
  5. Lebih baik menjadi pendengar yg bijak drp menjadi pemerhati yg kaku & tidak tahu apa-apa.
  6. Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yg sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yg telah tersedia.
  7. Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal tetapi ianya datang dari semangat yg tidak pernah mengalah.
  8. Mengetahui perkara yg betul tidak memadai & bermakna jika tidak melakukan perkara yg betul.
  9. Kecemerlangan adalah hasil drp sikap yg ingin sentiasa melakukan yg terbaik.
  10. Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa,tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa.
  11. Jangan tertarik kpd seseorg kerana parasnya sbb keelokan paras dpt menyesatkan.Jangan pula tertarik kpd kekayaannya kerana kekayaan dpt musnah.Tertariklah kpd seseorang yg dapat membuatmu tersenyum kerana hanya senyum yg dapat membuat hari2 yg gelap menjadi cerah.Semoga kamu diketemukan org seperti itu.
  12. Orang yg berjaya dlm hidup adalah org yg nampak tujuannya dgn jelas & menjurus kpdnya tanpa menyimpang.
  13. Tiada manusia yg bergembira sepanjang masa tetapi ianya bukanlah suatu alasan utk hidup sengsara.
  14. Kesempatan yg kecil seringkali merupakan permulaan kpd usaha yg besar.
  15. Kemahiran & ilmu semakin diguna semakin banyak.
  16. Setiap hari kita adalah manusia yg berbeza.Semlm kanak2,hari ini remaja dan esok hari tua.Semuanya menjadikan kita & masa sungguh bermakna.  
  17. Jaga2 lah bergurau kerana ia membawa kpd keburukan & menimbulkan rasa dendam.
  18. Hidup memerlukan pengorbanan,pengorbanan memerlukan perjuangan,perjuangan memerlukan ketabahan,ketabahan memerlukan keyakinan,keyakinan pula menentukan kejayaan,kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
  19. Rezeki ada di mana2,datang tanpa diduga,tepat pada masa, yg penting usaha & tawakkal. 
  20. Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri @ emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan. 
  21. Rasulullah SAW bersabda maksudnya,"Setiap mata akan menangis pada hari kiamat kecuali mata yg menutup dari melihat sesuatu yg haram,mata yg berjalan malam dlm jihad pada jalan Allah & mata yg menitiskan air mata sekali pun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah."
  22. Sesiapa yg tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.
  23. Sahabat yg setia bagai pewangi yg mengharumkan.Sahabat sejati menjadi pendorong impian.Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah. 
  24. Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya,dan orang yang jahil membuka keaibannya.
  25.  Antara nasib dan takdir adalah suatu yang lebih kurang sama. Mereka akan berubah hanya dengan doa kita dan dengan keizinanNya.
  26. Hidup biarlah beradab,bukan hidup biadap.
  27. Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang.
  28. Agama tanpa ilmu adalah buta.Ilmu tanpa agama adalah lumpuh.
  29. Jika kejahatan di balas kejahatan,maka itu adalah dendam.Jika kebaikan di balas kebaikan itu adalah perkara biasa.Jika kebaikan di balas kejahatan,itu adalah zalim.Tapi jika kejahatan di balas kebaikan,itu adalah mulia & terpuji.
  30. Hari yg mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semlm tidak dijadikan teladan.
  31. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga..
  32. Cara terbaik menghukum org yg telah melakukan kesalahan terhadap kita ialah dgn berbuat baik kepadanya.
  33. Kalau rumahmu dari kaca,janganlah melempari org lain dgn batu.
  34. Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya.Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu & kepintarannya dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.
  35. Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.
  36. Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu.
  37. Anda akan mempunyai ramai kenalan jika anda meminati mereka dan bukannya cuba membuat mereka meminati anda.
  38. Adalah tidak mustahil org yg paling kita benci sekarang adalah kawan karib kita suatu waktu dahulu.
  39. Jika kita melakukan sesuatu dgn keikhlasan nescaya ganjaran yg kita terima juga setanding dgn apa yg kita usahakan.
  40. Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha,bersungguh,bersabar & berdoa,belum tentu hari ini kita akan berada di sini.
  41. Jangan sesali apa yg sudah pergi.Jangan tangisi apa yg sudah tiada,tetapi bangkitlah & bina kembali apa yg telah hilang & pergi.
  42. Jika anda bekerja semata2 utk wang,anda tidak akan menjadi kaya kerananya.Tetapi jika anda menyintai pekerjaan yg anda lakukan itu,kejayaan akan menjadi milik anda.
  43. Kita sering nampak derita hari ini,tapi kita jarang ingat kebahagiaan utk esok hari,jadi belajarlah utk menghargai apa yg kita miliki hari ini kerana kita takkan dapat mencapai penghargaan utk esoknya jika semuanya telah tiada.
  44. Mereka yg berjaya bukanlah mereka yg gagal dlm mencuba,bukan juga mereka yg sering gagal tetapi mereka yg tidak pernah gagal mencuba & terus mencuba sehingga kejayaan yg dikecapi.
  45. Dalam hidup, seringkali kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa apa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.
  46. Rahsia utk berjaya ialah dgn menghormati org lain.
  47. Kemaafan mungkin amat berat utk diberikan kpd org yg pernah melukai hati kita.Tetapi hanya dgn memberi kemaafan sajalah kita akan dapat mengubati hati yg telah terluka. 
  48. Seseorg manusia harus cukup rendah hati utk mengakui kesilapannya,cukup bijak utk mengambil manfaat drp kegagalannya & cukup berani utk membetulkan kesilapannya. 
  49. Masa depan yg cerah berdasarkan pada masa lalu yg telah dilupakan.Kamu tidak dapat melangkah dgn baik dlm kehidupan kamu hingga kamu melupakan kegagalan kamu & rasa sakit hati.  
  50. Menghairankan sekali, orang yang mencuci wajahnya berkali-kali dalam sehari, tetapi tidak mencuci hatinya walaupun sekali setahun.
  51. Jangan tertarik kpd seseorg kerana parasnya,sbb keelokan paras dapat menyesatkan.Jangan pula tertarik kpd kekayaannya kerana kekayaan dapat memusnahkan.Tertariklah kpd seseorg yg dapat membuatmu tersenyum kerana senyum yg dapat membuat hari2 yg gelap menjadi cerah.
  52. Jgn memberi makanan kpd org lain yg anda sendiri tidak suka memakannya. 
  53. Tidak lurus keimanan seseorg kecuali jika hatinya lurus & tidak lurus hati seseorg kecuali jika lurus lidahnya.
  54. Bukti akal fikiran seseorg ialah perbuatannya & bukti ilmunya ialah ucapannya.
  55. Sahabat sejati adalah mereka yg sanggup berada di sisi mu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yg lebih menyeronokkan.
  56. Tanda2 org yg budiman ialah dia akan berasa gembira jika dapat berbuat kebaikan kpd org lain & dia akan berasa malu jika menerima kebaikan drp org lain.  
  57. Hiduplah seperti lilin menerangi org lain,jgnlah hidup seperti duri mencucuk diri & menyakiti org lain. 
  58. Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.  
  59. Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan
  60. Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali.
  61. Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang.
  62. Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mahu permintaan kamu diabaikan orang.
  63. Barangsiapa membawa berita tentang orang lain kepadamu, maka dia akan membawa berita tentang dirimu kepada orang lain.
  64. Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa.
  65. Kawan sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu.
  66. Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan.
  67. Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab -Nabi SAW.
  68. Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan.Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.
  69. Kegembiraan ibarat semburan pewangi, apabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya.Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.
  70. Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita.Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.
  71. Kadangkala menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan orang lain lebih baik dari jika diberitahu pun tidak dihiraukan.
  72. Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati…
  73. Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup.
  74. Kemarahan tidak boleh berumur panjang di dada seorang yang berhati baik, kebaikan tidak boleh berakar di hati seseorang yang berdasar buruk.
  75. Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi.
  76. Dua orang bersaudara ibarat dua buah tangan, yang satu membersihkan yang lainnya.
  77. Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah.
  78. Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa.Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan.
  79. Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian.
  80. Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.
  81. Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai.
  82. Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji.
  83. Seorang boleh menipu seseorang sekali-sekala tetapi orang yang sama tidak boleh menipu semua orang pada masa yang sama.
  84. Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
  85. Kebanyakkan orang membuang banyak masa dan tenaga untuk memikirkan masalah dan bukan cuba untuk menyelesaikannya.
  86. Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.
  87. Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai.
  88. Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa.
  89. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
  90. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
  91. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
  92. Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
  93. Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak.
  94. Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.
  95. Tidak penting bagimu mengetahui harganya, tetapi penting mengetahui nilainya.
  96. Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan.
  97. Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
  98. Tiap-tiap sesuatu, apabila banyak menjadi murah melainkan akal, bertambah banyak lagi berharga.
  99. Orang yang mengikuti emosinya, akan kehilangan adabnya.
  100. Sekalipun tidak pernah menjadi kaya-raya, kita masih beruntung tidak juga papa kedana.
  101. Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
  102. Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya.
  103. Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.
  104. Reputasi anda ialah apa yang orang lain fikirkan tentang diri anda; sikap peribadi anda ialah tingkah laku anda.
  105. Apa yang anda fikirkan mengenai diri anda, akan mempengaruhi diri anda sendiri.
  106. Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan.
  107. Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan.
  108. Di sebalik keindahan rumah tersergam, disebalik senyum dan tawa, seseorang insan itu mungkin dilanda kepahitan dan kekecewaan yang tidak diketahui orang lain.
  109. Fikirkan permusuhan kita akan dimusuhi, fikirkan kebencian, kita akan dibenci.Tetapi sekiranya kita fikirkan kasih maka kita akan dikasihi. Ini adalah undang-undang alam.Kita menjadi seperti apa yang kita fikirkan.
  110. Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya. Namun demikian, janganlah menulikan telinga untuk mendengar dari orang yang mengatakannya dengan sepenuh hati.
  111. Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan.Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
  112. Berkhianat dalam ilmu lebih jahat daripada berkhianat dalam harta.
  113. Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong.
  114. Permulaan sabar adalah pahit, tetapi manis akhirnya.
  115. Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan.Namun kita harus menuju ke sana.Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri.
  116. Sebelum memberi nasihat kepada manusia dengan ucapanmu, berilah mereka nasihat dengan perbuatanmu. 
  117. Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula.Namun seandainya mati punca perpisahan,biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.
  118. Orang mulia menyalahkan dirinya, orang bodoh menyalahkan orang lain.
  119. Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat mewujudkan perselisihan.Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan.Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan.Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati.
  120. Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara.
  121. Ada dua cara seseorang itu tidak boleh berjaya iaitu orang yang hanya mengerjakan apa yang disuruh dan orang yang tidak mahu mengerjakan apa yang disuruh.
  122. Usah sangka kereta jenama paling mahal tidak memberikan masalah. Ada kalanya meragam juga. Usah sangka orang yang serba kekurangan itu tidak membahagiakan, ada kalanya dia lebih mengerti.
  123. Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya.
  124. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.
  125. Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti.
  126. Jangan mengharapkan kebaikan dari org yg tidak mengharapkan kebaikan dari kamu.

Renung-renungkan lah.....


1 comment: