Sunday, 21 October 2012

Teringin berada di depan Kaabah



Assalamualaikum dan salam ceria semua!

 

 
Semoga hari ini cuaca yang berubah-ubah tidak mengurangkan semangat kita untuk menikmati pekerjaan kita masing-masing tak kira di rumah, di pejabat atau di tempat belajar. Janji kita mulakan segalanya dengan niat yang baik dan Basmallah, insyaAllah amal yang baik akan menjadi satu ibadah, untung kan.

Sekarang ni musim orang menunaikan haji, dalam hati ni Tuhan saja yang tahu betapa cemburunya melihat teman-teman yang telah pergi  menunaikan rukun Islam yang kelima tu. Takpe... saya dah tanam azam sebelum umur 50 tahun saya mesti berusaha mengumpul duit untuk menyahut seruan haji bersama kakak saya. Sekarang ni ialah masa untuk membuat persediaan mental dan fizikal di samping menjelaskan segala hutang piutang yang ada. Semoga Allah panggil kami naik haji secepat mungkin.

Haji adalah rukun yang ke lima dari rukun Islam. Pengertian dari sudut bahasa adalah Menuju kepada Allah Yang Maha Agung. Manakala dari sudut syarak pula ialah Menziarahi tempat-tempat tertentu pada masa tertentu dan melakukan pekerjaan yang tertentu.


Syarat-syarat wajib Haji adalah :
  1. Islam
  2. Berakal
  3. Berkemampuan
  4. Merdeka dan
  5. Baligh

Rukun Haji (Tidak sah haji jika tertinggal atau tidak melakukannya walaupun salah satu daripadanya, jika tertinggal maka perlu diganti pada tahun hadapan atau akan datang.)
  1. Niat Ihram Haji
  2. Wukuf Di Padang Arafah
  3. Tawaf DiBaitullah
  4. Saie
  5. bercukur
  6. Tertib

Syarat sah Mengerjakan haji pula ialah:
  1. Islam
  2. Berihram
  3. Masa (Miqat Ihram menepati masa)
  4. Tempat (Miqat Ihram mengikut Tempat)
  5. Mumaiyyiz
  6. Berakal
  7. Boleh melakukan pekerjaan dengan sendirinya Melainkan uzur
  8. Tidak bersetubuh

Perkara-perkara wajib Haji
  1. Niat Ihram di Miqat
  2. Bermalam di Mudzalifah
  3. Melontar Jamrah Al-Aqabah
  4. Bermalam di Mina
  5. Melontar ketiga-tiga Jamrah
  6. Meninggalkan perkara-perkara yang Haram semasa Ihram.

Hadis-hadis

Dari Abu Hurairah RA dari Rasulullah SAW bahawa baginda telah bersabda : Orang yang mengerjakan haji dan umrah merupakan rombongan Allah, jika mereka mendoakan sesuatu maka Allah akan memperkenankannya, dan jika mereka memohon ampun, akan diampunkan.(
 
Dari Abdullah bin Mas'ud, Rasulullah SAW telah bersabda : Turutilah kerja haji dgn ibadah umrah, sesungguhnya kedua-duanya akan menghalang kamu daripada kepapaan dan dosa, sebagaimana hembusan api menghilangkan segala kekotoran besi, perak dan emas. Haji Mabrur (yg diterima) akan mendapat balasan Syurga.(Riwayat
Turmizi, Nasaie, Ibnu Majah dan Ahmad)
Teringinnya saya ke Sana (Mekah). Mari kita sama-sama mendoakan Semoga mendapat haji Mabrur kepada para jemaah yang sedang  menjalani ibadah Haji. Semoga Selamat disana.

Amin..


No comments:

Post a Comment