Assalamualaikum w.b.t......
comey nye anak kawan saya nie.......
Tiba2 perkara di atas terlintas di
fikiran, boleh ke wanita (?) seperti saya mengambil anak angkat? Maklumlah
pada usia sebegini sepatutnya sudah ada keluarga sendiri, tapi apakan daya
tiada yang sudi menyunting menjadi suri di hati, jadi mcm mana nak ada
baby........ekekekekekeke.
Wanita yg dimaksudkan di sini adalah seorang
perempuan yang belum berkahwin tetapi inginkan anak, ingin mengambil anak
angkat dan ingin menyusukan anak itu sendiri (supaya menjadi muhrim).
Pernah saya terbaca (sumber dah
lupa) boleh seorang perempuan melakukan demikian (hukum?) tetapi ia
menjadi haram sekiranya perempuan tersebut memang tidak mahu berkahwin tetapi
mahukan anak, yang dibolehkan adalah sekiranya perempuan itu mmg betul2
mahukan anak tetapi belum mendapat jodoh.
Bagi yang mmg tidak mahu berkahwin tetapi
mengambil anak angkat, hukumnya haram dan ia seperti amalan kaum jahiliah dan
turut diamalkan di negara2 barat ketika ini dan adalah melawan fitrah
manusia sekiranya kita tidak mahu berkahwin.
Bagi yang belum sampai jodoh, ingin mengambil
anak angkat dan menyusukannya sendiri, bagaimana boleh menyusukan bayi
sedangkan tidak mengandung dan melahirkan? Sebenarnya terdapat pil penggalak susu
yang membolehkan perkara itu berlaku, erk geli lah pulak, eh anak dara
menyusukan bayi takpe, demi kasih sayang dan buatlah kerana Allah.
Betul ke nak ambil anak angkat??? Erk taknak
lah, belum masanya lagi, masih menunggu jodoh sampai tanpa rasa risau
kerana......Firman Allah : "Dan Allah menjadikan kamu
daripada diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu
daripada pasangan kamu, anak-anak dan cucu
cicit"(Al-Nahl:72).
Wallahualam.....
p/s : Setakat ni Mek Selemoh & Mat Tey lah yg menjadi anak angkat saya......miau miau !!
No comments:
Post a Comment