Pada hujung minggu, saya telah menonton filem Istanbul Aku Datang kat Astro First.Filem ini telah menampilkan pelakon-pelakon seperti Lisa Surihani,Beto Kusyairy,Tomok & Aizat Amdan.
Saya ini bukanlah peminat setia filem
Melayu, namun tidaklah sampai tahap memboikot. Kalau ada filem yang menarik dan
rasa berbaloi untuk ditonton, maka pasti hati ini akan tertarik untuk
menontonnya di pawagam @ di rumah.
Cerita ni bagi pandangan saya, boleh tahan best lah. Pengarahnya ialah Bernard
Chauly yang sebelum ni telah mengarah filem Pisau Cukur. At least ia
bukan dari producer metrowealth, so you can expect something
different from this movie. Ok padahal Bernard Chauly tu pun saya tak tau camne
rupa dia ada hati nak kutuk filem dari metrowealth.Fuhh inilah Melayu
penuh dengan perasaan dengki *IKLAN*
Kenapa filem ini menarik?
Sinematografi yang
cantik
Perlu ke bagi komen macam student perfileman,
nak cerita pasal sinematografi bagai ni? Tapi serius saya tak tipu, filem ni
memang cantik. Dah nama pun Istanbul Aku Datang, so menurut pemerhatian saya
100% lokasi filem ini dibuat di Istanbul. Dan ia kelihatan sangat
cantik. Bangunan Aya Sofea tu cantik sangat. Apartment tempat Dian (Lisa
Surihani) duduk dalam cerita ni pun cantik betul especially view dia. So nampak
tak berapa kali saya ulang perkataan cantik ni? Tapi Lisa lagi cantik. Eh?
Lisa Surihani
Saya memanglah peminat setia Lisa Surihani, malah
fanpage Lisa dekat FB pun saya like like sangat. (motif bagitahu?).Fakta Lisa
dalam filem Istanbul Aku Datang ini adalah dia kelihatan comel, malah sangat
sangat comel. Omey angat! mcm kucing saya si mek selemoh...muehehe !
Cuma kegagalan Lisa untuk menyebut huruf “R”
dengan lancar ada kalanya mengundang hilai tawa orang yang menontonnya walaupun
mood cerita adalah sedih. Manusia tidak sempurna. Tapi Lisa memang comel.Dah lah tu oii,bukan Lisa baca pon blog aku !!!
Cerita ni best, cuma saya rasa jalan cerita yang
mengetengahkan perempuan dan lelaki yang bukan muhrim tinggal bersedudukan dalam
sebuah rumah tu sangat kurang manis walaupun di negara orang kerana takut
menjadi ikutan, walaupun realitinya ramai yang buat macam ni.
Istanbul Aku Datang, sebuah naskah filem Melayu
yang berbaloi untuk ditonton,cuma lakonan Aizat nampak kaku sikit. Nyanyi ajelah
Aizat yea. haha : p
hmmmm nak tengok ke tak ni.. tengah berkira2
ReplyDeletesaya nak buat blog macam lisa surihani
ReplyDelete