Saturday, 11 August 2012

Nak Sambut Raya !!



Assalamualaikum..Salam Sejahtera..Salam Bahagia..Salam Ceria..Hai Semua. !

Hmm dah nak raya kan,lagi  8 hari je kan kita nak raya,eee tak sabar betul nak balik kampung,hmm sedih juga sebab nak tinggalkan bulan yang penuh dengan barakah ni..

Ok la hari tu kongsi cerita pasal sambut bulan Ramadhan.Kali ni nak kongsi cerita pasal cara best nak sambut raya..

1. Tunjukkan kekreatifan anda tu.Tahun ni, tak payah beli sampul duit banyak2,cuma gunakan helaian majalah lama dengan gambar yang menarik (gambar kucing ke @ gambar Lisa Surihani ke) & jadikan sampul duit raya,jimat & kreatif kan!

2. Beri keutamaan yang luarbiasa kepada tetamu yang datang berkunjung ke rumah anda tu.Contohnya, buat sesuatu yang lain dari lain seperti buat hidangan moktel ke tak pun buat ala ala kenduri kendara masa zaman dulu kala,hidang dalam dulang & makan berlima @ berenam,huhh pasti kelainan kan!

3. Selepas penat beraya, ajak la keluarga ke percutian singkat ke pusat peranginan paling hampir dengan anda,best kan!

4. Selain asyik makan & menonton tv saja, inilah masanya nak belajar cara menganyam ketupat,heee yang ini saya memang tak reti,tak pernah belajar pun.

5. Pakailah ikut keadaan & tempat yang dituju.High heels lima inci memang tak sesuai ye (saya takde pun kasut 5 inci tu)

6. Jika anda seorang blogger, dapatkan resepi yang dihidangkan masa musim perayaan yang selalu dimasak oleh ibu anda dan share le resepi turun temurun tu kat dalam blog yer!

7, Untuk buat rumah terbuka anda lebih happening, adakan pertandingann karaoke lagu lagu raya lama & kini,ingat tau, lagu raya sahaja.

8. Balang plastik biskut raya yang sedia ada, pasti cantik jika diserikan dengan tampalan manik dan renda.Cari dalam google utk dapatkan design yang menarik ye.


9. Sejak dulu, dekorasi kad ucapan raya diruang tamu berjaya menyuntik mood raya.Kumpul kad lama & gantung semula untuk suasana yang lebih meriah.

10. Gandakan kegembiraan orang tua anda & adik beradik yang menanti kepulangan anda dikampung dengan bungkusan hadiah untuk setiap seorang.huhhhh.kalau adik beradik 9 orang macam saya?!!!!!

hhehehee..sekadar berkongsi apa yang saya baca di Internet.

Tak sabar nak balik raya ni.....balik kampung ho ho ho balik kampung hati girang !



No comments:

Post a Comment