Assalamualaikum rakan-rakan sekalian.
Hari ni selesai sudah kita mengerjakan ibadah
Hari ni selesai sudah kita mengerjakan ibadah
puasa yang ke 17 iaitu 17 Ramadhan......
17 Ramadhan merupakan tarikh dimana
berlakunya peristiwa Nuzul Al-Quran, iaitu pada malam jumaat di Gua Hira'
tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad S.A.W.
Nuzul Al-Quran merupakan satu peristiwa Agung
didalam sejarah umat manusia dimana Al-Quran diturunkan pada bulan
Ramadhan.
Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah. (Surah Al-Baqarah, ayat 185)
Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar
yang dikurniakan kepada nabi S.A.W.
Sebagai umat islam, kita hendakah beriman dan mempercayai segala isi kandungan Al-Quran. Malah beriman dengan Al-Quran merupakan salah satu rukun iman.
Sebagai umat islam, kita hendakah beriman dan mempercayai segala isi kandungan Al-Quran. Malah beriman dengan Al-Quran merupakan salah satu rukun iman.
Nuzul bererti turun atau berpindah dari atas
ke bawah. Manakala Al-Quran pula bermaksud bacaan atau himpunan yang mana isi
kandungannya meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, mualamat dan munakahat dan
sebagainya. Al-Quran diturunkan secara berperingkat kepada nabi Muhamad
selama kira-kira 23 tahun (13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah) mengikut
peristiwa semasa yang berlaku.
Dan orang-orang yang kafir berkata : Mengapa tidak diturunkan kepada Muhammad semuanya sekali (dengan sekaligus?) Al-Quran diturunkan dengan cara (beransur-ansur) itu kerana Kami hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya dan Kami nyatakan bacaannya kepada mu dengan teratur satu persatu. (Al-Furqan : 32)
ANTARA KEHEBATAN AL QURAN
1. Allah berfirman yang bermaksud. "Katakanlah
wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun denan
tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka
tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka
saling bantu membantu sesama sendiri. (Al-Israa' : Ayat 88)
2. Orang yang membaca, melihat dan menghafaz
sambil memikirkan keajaiban yang ada pada susunannya diberikan pahala.
3. Al-Quran merupakan sumber hidayah bagi
kebahagian hidup manusia di dunia dan di akhirat.
4. Tidak sesiapa pun dikalangan umat manusia
atau jin yang mampu mecipta ayat setanding Al-Quran. Firman Allah "Dan jika kamu
merasa ragu-ragu denan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, bawalah satu
surahyang seumpamanya,ajaklah saksi-saksi (penolong-penolong) kamu, selain
Allah, sekiranya kamu (di kalangan) orang yangbenar. (Al-Baqarah : Ayat
23)
5. Al-Quran merupakan mukjizat tertinggi dan
teristimewa yang hanya dikurniakan kepada Nabi S.A.W
6. Manusia belum mampu menyelami dan menerokai
rahsia Al-Quran secara menyeluruh sehingga hari ini. Ini bermakna sifat
kehebatan, keagungan dan kesaktian Al-Quran secara tersendiri dengan pengertian
dan pemahaman yang amat luas dan mendalam kekal terpelihara hingga kiamat.
7. Al-Quran sebagai petunjuk jalan kebenaran.
"Inilah kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi petunuk kepada orang yang
bertaqwa" (Surah Al-Baqarah : Ayat 22)
8. Mendapat gajaran dan pahala kepada sesiapa
yang membaca Al-Quran. " Bacalah Al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada
hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya"
"Aku tinggalkan dua perkara yang jika kamu
berpegang kepada kedua-duanya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya,
iaitu Kitab Allah ( Al-Quran) dan Sunnahku (Al-Hadis)
Peringatan untuk sesiapa sahaja yang
melawat mekselemoh's Blog
No comments:
Post a Comment