Friday, 24 August 2012

Pokok bunga Mak



Salam sejahtera kalian semua....

Dah lama dah saya tengok dan bandingkan dan saya rasa memang betullah.

Anda suka tak tanam pokok? Terutama pokok bunga atau apa2 pokok hiasan yg mencantikkan rumah? bukan pokok durian ke rambutan ke tau hehe...

Org yg rajin atau suka tanam pokok,pernah tak anda tengok rumah mereka? Mesti kemas dan cantik kan?

Tapi org yg rumah dia takde pokok,selerak je halamannya ehemm,mcm rumah saya ni mmg sebaliknya.Walaupun ada tanam pokok kat depan rumah tu tapi itupun hidup nyawa2 ikan dibuatnya..hehe.

Contoh yg buat saya bukak mata tentang pokok bunga ni sbb kat rumah mak saya dia hidupkan semula pokok2 yg hampir nak mati.Terus jadi cantik dan sejuk mata memandang,tengoklah rumah dia kemas punya lah berseri dgn bunga bungaan.

Mak saya ni suka tanam pokok bunga. Sekeliling rumah penuh dengan pasu yang ditumbuhi dengan pelbagai jenis pokok bunga. Ada pokok yang tak berbunga pun ada.Saya pun tak tau pokok apa, sebab saya tak minat tanam pokok bunga ni. Tengok-tengok cam gitu ok la.Tak tau la kalau dah pencen nanti, tiba-tiba timbul minat yang sama.

Jiran kiri, kanan, depan, belakang rumah mak pun sama,rumah mereka punya lah kemas,mungkin faktor persekitaran.MUNGKIN!!!

Mungkinkah lepas ni saya perlu rajin tanam pokok??? takde makna nya sbb itu adalah sifat dlm diri.Kalau suka pokok, automatik akan rajin berkemas,camtulah gamaknya.

Tengoklah suatu masa nanti mungkin minat utk menanam bunga ni hadir dlm diri ini...


Bunga bunga yg mak saya tanam 






1 comment:

  1. Saya suka bunga tahi ayam.. takde ke kat rumah mak !

    ReplyDelete