Sesetengahnya,bila orang yang ada pasangan
ni,adakalanya sombong.Sombongnya hadir secara tak sedar.Ibarat kita mengigau di siang
hari.Kata-kata sombong yang dikeluarkan mungkin kata hanya lahir dalam hati,orang lain
tak dengar tapi Tuhan maha mengetahui.
Bila je kita nampak seorang minah ni,dengan muka
sememeh,ada gaya macam minah loser,muka basi,macam tak mandi,kita mungkin akan
cepat-cepat berfikir.Eh apahal dia ni?Soalan yang cukup menunjukkan kita seorang
yang ambil berat tentang persekitaran.
Dan macam-macam lagi persoalan akan hadir dalam
otak kita,dari A sampai Z.Dan mungkin sekali soalan terakhir iaitu soalan
berhuruf Z,kita akan tertanya soalan begini.
"Minah ni dah ada pakwe ke belum?"
Dan....kita akan jawab soalan kita sendiri.
Kita tanya kita jawab.
Jawapan yang agak sombong.
"Mungkin minah ni takde pakwe ni,such a
loser,takkan ada pakwe kot?Malang nasib ada makwe macam ni."
Minah tu tak bersalah pun,mungkin nampak je
macam tu.Lain orang lain pandangan kan?Dan kita memang tidak layak untuk mengatakan
sedemikian pada minah tersebut.Perkara ini boleh terjadi juga pada si
mamat.
Jangan sangka muka yang toya (baca:toye)
tidak berpakwe.
Orang kita,biasalah.Biasa?Dah menjadi perkara
biasa ke cakap macam ni?Dah biasa dengan sikap memandang rendah pada orang?Dah
terbiasa bersikap sombong?
Yea,maybe kita ada pakwe ataupun makwe secantik Angelina Jolie & pakwe setampan Brat Pitt.Pakwe memiliki mata menawan mcm Tom Cruise & awek seputih Winona Ryder mungkin.Kalau mereka
ada pun apa kita nak kesah?
Pakwe makwe tak mungkin berkekalan,melainkan
couple setahun then terus nikah.Itu saya percaya.Couple 5 tahun?Nikah belum
kahwin sudah.Ada kan macam tu ??????
So,sifat pandang rendah pada orang ni kita perlu
ketepikan,kerana ianya hanya akan menghitamkan lagi hati kita yang dah memang
hitam.
Sifat sombong,jangan disimpan,buang
jauh-jauh.Kita manusia melayu ada adat dan adab.Jangan tahu jaga adat je tapi
tak tahu adab.