Sunday, 30 September 2012

Perlunya sahabat dlm kehidupan



Assalamualaikum kpd pembaca blog dan sahabat2 sekalian,semoga bertambah dan bercambah iman & taqwa dlm diri kita...:')

Selama saya bekerja di Lembaga Minyak Sawit Msia,dah bermacam2 orang saya jumpa.Saya telah berjumpa dgn sahabat2 yang banyak memberi makna dalam kehidupan saya yakni bila waktu susah sama2 susah dan hadapi kesenangan bersama-sama.

Alhamdulillah,masih ada lagi sahabat saya yang sebegitu.Mungkin ada segelintir saja yg hanya suka bersama bila masa ia memerlukan kita saja ketika itu.Bila waktu kesukaran,sahabat tidak menghiraukan kita.(itu muuuungkin saja,harap2 takde la kot)


SAHABAT? apa itu sahabat?




'Teman yg paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya,kamu teringat akan ALLAH,mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama,melihat gerak-gerinya teringat akan mati..' 

Tidak ada insan di dalam dunia ini mampu hidup berseorangan,semuanya saling perlu memerlukan antara satu sama lain.Kita tidak akan boleh lari dari berkawan dan adalah sesuatu yang tidak normal ataupun abnormal bagi manusia yang tidak suka berkawan.Sejahat mana pun seseorang itu,pasti tidak akan terkecuali dari memerlukan seorang kawan.Tapi sejauh manakah seorang sahabat itu ???? 

Dalam Islam,amat dititikberatkan faktor2 memilih sahabat kerana mereka adalah antara yg berperanan membentuk personaliti kita.Justeru itu,adalah amat merugikan jika kita tersalah pilih kawan.

Dalam suasana kehidupan kita seharian,sahabat amat penting bagi kita.Jika kita memilih teman yg boleh memberi nasihat yg berguna @ teguran yg membina insyaAllah kita kekal berkawan dengannya. Tapi sekiranya sahabat itu sering memandang serong dan ada yg berhasad dengki & irihati kepada kita,nescaya kita takkan selama2nya bertahan dgn sikap negatif yg dimiliki oleh sang sahabat kita itu. 

Nampak macam simpel,tapi percayalah kawan mampu mempengaruhi personaliti dan cara hidup kita.Selari dgn hadith Rasulullah S.A.W yg bermaksud: "seseorang itu adalah mengikut agama temannya,oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya" (H.R Abu Daud).Bak kata pepatah Arab, " Bersahabat dgn penjual minyak wangi,kita akan menerima percikan wangiannya,manakala bersahabat dgn tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita,"       



Apabila kita memilih sahabat,antara ciri2 yang perlu kita cari ialah :

- Apabila kita memerlukan pertolongannya,dia akan menghulurkan bantuan.
- Apabila dia melihat keburukan kita,dia akan menyimpannya.
- Apabila dia mendapat kebaikan daripada kita,dia akan menghargainya.
- Apabila datang bencana menimpa kita,dia akan berusaha meringankan beban kita.
- Apabila dia berselisihan faham dengan kita,dia akan mengalah demi utk menjaga persahabatan kita. 
- Apabila kita leka membuat kemungkaran dan maksiat,dia akan menasihati dan melarang kita berbuat begitu.
- Dia sentiasa membantu kita dalam mencapai kejayaan dunia & akhirat.


Lihatlah betapa pentingnya peranan sahabat yg baik & sejati pada kita.Antara ciri2 kawan yang kita perlu tinggalkan ialah :

- Sahabat yang tamak : ia sangat tamak,ia hanya memberi sedikit & meminta yg banyak dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
- Sahabat Hipokrit : ia menyatakan bersahabat berkenaan dgn hal-hal lampau atau hal2 mendatang.Ia berusaha mendapatkan simpati dgn kata2 kosong dan jika ada kesempatan membantu,ia menyatakan tidak sanggup.
- Sahabat pengampu : dia setuju dgn semua yg kamu lakukan tidak kira betul @ salah, yg parahnya dia setuju dgn hal yg tidak berani utk menjelaskan kebenaran,di hadapan mu ia memuji dirimu,dan dibelakang mu ia merendahkan dirimu.
- Sahabat pemboros & suka hiburan : ia menjadi kawan mu jika engkau suka pesta,suka berkeliaran dan melepak pada waktu yg tidak sepatutny,suka ke tempat2 hiburan & pertunjukkan.



Wahai kawan2 semua,berhati2lah dlm memilih kawan kerana kawan adalah cermin peribadi diri kita sendiri.Berkawanlah kerana ALLAH.. 



inilah sahabat karib saya,..Caaayang Lisa ! ekekkeke 



Wednesday, 26 September 2012

Stress di jalan raya



Pernah kakak saya mengalami  stress ketika memandu di jalan raya, terutamanya di kawasan yang terlalu sibuk. Saya tidak faham dengan sikap pemandu kenderaaan dan penunggang motosikal yang bagi saya kebanyakannya boleh dikatakan biadab. Ianya berlawanan dengan sikap rakyat Malaysia yang terkenal baik hati dan bersopan santun. Saya tidak tahan dengan cara mereka memandu atau menunggang, bagi saya boleh menyebabkan kemalangan.


Satu dari sikap buruk mereka, yang saya tidak suka, ialah memotong barisan sesuka hati. Kita dah berpuluh minit menunggu dengan sabar, tiba-tiba dia datang “mencilok” di hadapan. “Orang lain pun nak cepat juga, bukan awak sorang”, inilah ayat marah yang biasa terkeluar dari mulut kakak saya. Perbuatan “mencilok” ini boleh menyebabkan kemalangan dan kesesakan. Tidak kurang juga yang suka memotong walau hanya terdapat sedikit ruang, tidak kira dari kanan atau dari kiri. Mereka tidak hiraukan keselamatan orang lain, yang mereka fikir adalah untuk cepat sampai ke destinasi mereka.


Satu lagi tabiat pemandu yang saya tidak suka, walaupun tidak boleh dianggap kurang sopan, ialah sikap mereka yang suka “menyibuk”. Perbuatan tersebut sering menyebabkan kesesakan jalan raya. Sebagai contoh, kakak saya & saya pernah tersangkut selama 45 minit di bandar Kuala Lumpur. Saya tidak tahu apa yang menyebabkan kesesakan tersebut. Laporan trafik di Radio Hot FM tidak melaporkan tentang kesesakan tersebut. Akhirnya saya dapat tahu punca kesesakan, iaitu setelah sampai di situ. Saya dapati kesesakan disebabkan oleh kehadiran kotak kayu pecah di bahu jalan. Trafik berjalan dengan lancar selepas lokasi tersebut.


Justeru saya simpulkan bahawa kesesakan disebabkan oleh sikap pemandu yang memperlahankan kenderaan mereka untuk menyibuk melihat kotak yang pecah tadi. Kesesakan tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana lorong laluan trafik tidak langsung terhalang. Pernah juga berlaku kesesakan disebabkan pemandu yang menyibuk untuk melihat beberapa orang mat motor berhenti di bahu jalan. Inilah yang membuat saya selalu geram. Merugikan masa dan petrol sahaja.


Sebenarnya situasi tidak menyebabkan tekanan pun tetapi reaksi kita kepada situasi yang menyebabkan tekanan. Ini semua orang tahukan? Yang susahnya, bagaimana nak mengubah reaksi kita. Ia sudah menjadi seperti otomatik.


Saya dapati bahawa terdapat tiga perkara asas yang membuat kita memberi reaksi tertentu dalam apa-apa situasi. Berikut adalah cerita  situasi di jalan raya:


Pertama; Apa sebab sebenar kita marah dengan sikap pemandu dan penunggang? Ia adalah cara untuk menyatakan diri kita betul. Kita betul dalam mengatakan kebanyakan pemandu dan penunggang di Malaysia biadap. Reaksi marah kita adalah untuk mewajarkan pendirian kita bahawa kita betul.


Kedua; Kenapa kita merasa geram apabila pencilok mencilok di hadapan kita? Jika difikirkan kita hanya akan terlewat seminit dua jika memberi laluan kepada beliau. Geram bukan disebabkan pencilokan tetapi berpunca dari makna yang kita berikan kepadanya. Sekiranya kita tidak memberi laluan bermakna kita menguasai beliau. Sekiranya kita terpaksa memberi laluan, bermakna beliau menguasai kita. Sifat manusia biasa adalah ingin menguasai orang lain dan tidak mahu diri dikuasai orang lain.


Ketiga; Kini kita juga faham bahawa tindakan mengeluarkan kata-kata kesat adalah untuk memperlihatkan tindakan mereka tidak wajar. Atau dengan kata lain, melabelkan mereka sebagai tidak berguna.

Kita juga sedar dan faham akan kesan reaksi tersebut ke atas diri kita. Saya tidak mahu kita berterusan mengalami tekanan setiap kali berada di jalan raya. Justeru jelas kepada kita tindakan yang perlu ambil, iaitu:


Pertama; lupakan niat untuk buktikan kita betul, walaupun kita tahu kita betul.


Kedua; Tidak lagi mahu menguasai mereka. Biarlah mereka dengan sikap mereka.Kita beri mereka laluan. Ini bukan bermakna kita bersetuju dengan sikap mereka. Mereka juga tidak akan dapat menguasai kita sekiranya tidak memberi reaksi terhadap sikap mereka.


Ketiga; Memaafkan kesilapan mereka. Dengan memaafkan, tiada lagi yang tersimpan di hati. Justeru kita akan menjadi tenang.


Jika kita mengamalkan perkara di atas nescaya kita tidak lagi mengalami tekanan apabila berada di jalan raya. Sikap pemandu atau penunggang dan kesesakan jalan raya tidak lagi menyebabkan tekanan (stress) kepada kita. Ahli keluarga kita kini boleh menikmati suasana tenang dan gembira ketika berada dalam kenderaan bersama-sama kita.




Monday, 24 September 2012

Kalau saya tinggi lampai memang nak jadi model !!




Assalamualaikum kepada yg menyinggah di entri ini....

Kalaulah saya tinggi & langsing, mempunyai bentuk badan yang menarik, kaki mcm ratu dan saiz pinggang seperti kerengga, saya rasa mungkin sekarang ini saya akan tanpa rasa malu hantar profile saya kat mana-mana agensi untuk menjadi model,wakaka!!. Tapi saya nak jadi model muslimah ler. Berangan je saya ni kan?

Saya suka diri saya nampak cantik walaupun diri saya bukanlah cantik mana. Walaupun kadang-kadang tu saya malas nak hias diri sebab bergantung pada mood saya pada hari itu. Tapi bila mood ada dalam diri, mesti saya nak make up bagai walaupun pakai secalit lipstik. Saya juga suka tengok orang cantik macam Lisa Surihani tuh. Kalau ada perempuan cantik lalu depan saya, mesti saya tengok sepuas-puas hati saya. Betapa hebat ciptaan Allah S.W.T kan?

Walaupun kecik dan pendek, tapi saya tetap mahu hias dan cantikkan diri saya sebab memang dari dulu itulah minat saya. Ibu saya cakap saya ni suka nak melawa. Sebab itu anak saya mek selemoh  mengikut perangai saya (nak mengarut la nih! ). Dulu saya  pantang nampak cermin mesti ada saja gaya yang saya nak buat. Kadang-kadang tu siap cakap sorang-sorang depan cermin sambil berlakon. Kakak saya kalau dah nampak saya berdiri depan cermin sambil nak menggayakan tudung ke atau baju ke dan bercakap sorang-sorang, dia mesti biarkan saya sambil menggelengkan kepalanya. Agaknya apa yg dia fikir (ditimpa perasan kot,fikirnya).

Boleh ke nak mengadu dengan cermin? hehehe

Saya rasa cermin pun boleh jadi kawan baik kita. Sebab kadang-kadang cermin boleh buat diri kita nampak lebih cantik & tinggi . Tak percaya? Silalah beli cermin berbentuk panjang dan bersaiz tinggi. Hah confirm kita nampak tinggi dalam cermin. Haha.

'Assalamualaikum tinggi',

'Kalau saya tinggi, saya mahu jadi model muslimah macam Datin Norjuma !!.
Boleh ke tinggi ??? nanti jawab la !'




Nampak tinggi tak saya dalam gambar2 nih??? ini satu penyamaran saje.Padahal punya la pakai kasut bertumit tinggi & teknik shoot gambar jer ni....
 
 
 

Saturday, 22 September 2012

Jodoh & Perkahwinan



Assalamualaikum WBT




Hari ini saya ingin bercerita tentang jodoh. Saya percaya, ramai pembaca blog ini terdiri daripada orang yang bujang.

Sebab ramai juga ingin tahu bagaimana nak mendapat cinta sejati yang sehingga membawa ke alam perkahwinan. Mencari cinta sejati bagi bahasa orang biasa memang bukan senang.

Percayalah. Sebenarnya tidak wujud cinta sejati. Sebelum berkahwin mungkin cinta sehangat gunung berapi tetapi selepas berkahwin perasaan cinta tidak ada lagi.

Ataupun sebelum kahwin dan selepas kahwin cintanya sehangat api yang membara. Tetapi apabila salah seorang yang meninggal dunia, ia bukan lagi sejati. Bermakna cinta sejati memang tidak wujud dikalangan manusia.

Cinta sejati hanya wujud antara seorang hamba dan Sang Pencipta iaitu Allah SWT. Jadi mulai saat ini, mari kita ubah pemahaman kita tentang cinta sejati terlebih dahulu.

Mengapa susah nak dapat jodoh ? Ada yang percaya dalam diri ada SAKA, ada penunggu, Aura bocor dan busuk dan macam-macam lagi. Itu yang pergi berubat di merata tempat untuk buang suwey itu ini.

Sebelum kita pergi lebih jauh ke dalam sedikit, kita sering terrtanya, perlukan bercinta dahulu baru berkahwin ? Atau anda setuju , mengamalkan cinta selepas berkahwin ?

Selalu kenal pepatah, tak kenal maka tak cinta? Jadi bererti tak semestinya bercinta baru berkahwin. Lepas kenal, kahwin kemudian baru bercinta.

Mengapa kita disarankan kahwin dulu baru bercinta. Banyak kelebihannya. Yang paling ketara ialah banyak jimat masa, wang, perasaan dan dapat elak daripada banyak melakukan dosa.

Anda mungkin pernah alami bercinta selama 5 tahun tetapi akhirnya tidak berkahwin. Berapa banyak masa dan wang sudah dihabiskan. Jika sehari belanja RM50 setiap kali berjumpa dalam masa 5 tahun dah cukup buat hantaran kahwin.

Itu kalau sehari keluar belanja RM50. Kalau beratus sehari belanja lagi boleh beli kereta cash. Jadi sekarang jika kita masih bujang dan sedang mencari jodoh, jangan fokus untuk mencari cinta.

Fokus mencari isteri atau suami. Cinta selepas dah kahwin. Kerana anda sudah pun mempunyai cinta sejati. Anda tak sedar, setiap malam Kekasih anda sedang menunggu anda untuk meluahkan segala masalah anda.

Pernah jumpa kekasih yang sanggup mendengar rintihan mengadu masalah ? Itulah Allah kekasih sejati. Yang sentiasa menunggu anda setiap malam untuk anda mengadu masalah.

Tetapi kebiasaannya kita buat apa waktu malam ? Kita tidur sebab terlalu penat balik lewat dan nak bangun pagi pergi kerja atau nak cari cinta.

Semoga selepas ini kita perbaiki hubungan kita dengan Allah jika kita ingin menjadi kekasih Allah (peringatan untuk diri saya).

Mencari jodoh juga banyak dugaan. Jika tak ikut pada jalan yang benar, memang mudah terpedaya dengan perangkap yang akan menjadi lebih parah. Parah bermaksud banyak berlandaskan nafsu.

Tak mustahil juga masa dan tenaga banyak terbuang dengan menumpukan pada hasil yang tak pasti. Tak pasti maksudnya setiap kenalan perlu tahu matlamat hidup. Tanya pada kenalan masing-masing, apa yang dia inginkan.

Jika hanya sekadar untuk berkawan, maka kita boleh tahu setakat mana cara kita nak melayan. Jika ada tanda nak membina keluarga bersama, maka ada harapan untuk fokus untuk perkahwinan.

Sebenarnya lagi bagus bercinta bila dah bersedia untuk kahwin. Maksudnya duit dah ada. Jadi tak pening kepala sangat bila masing-masing dah bersedia nak kahwin.

Tetapi kalau dah namanya jodoh, kadangkala tak ada duit pun boleh kahwin juga akhirnya. Ada juga yang dah ada banyak duit tapi tak kahwin lagi. Apa yang nak ditunggu tak tahulah. Setiap tahun, umur terus meningkat.

Kita kena juga keluar bersosial seperti menyertai ceramah, seminar, kenduri kahwin, di tempat yang positif bukan bersosial di tempat negatif untuk mencari jodoh. Orang negatif pun kalau nak cari jodoh tak pergi tempat yang negatif.

Bila dalaman diri nak diubati dan diperbaiki, setting pada minda juga penting. Jika dah dapat bayangkan bagaimana rupa suami atau isteri yang nak dicari, ia akan muncul dalam hidup anda tambah pula dengan amalan doa mendekatkan jodoh ini:


DIANTARA SYARAT-SYARAT DO’A DIMAKBULKAN

1- Berdoa dengan penuh keikhlasan dengan terus mengharapkan agar doa tersebut dimakbulkan oleh Allah.

2- Berdoa dengan penuh kesungguhan dan tidak jemu mengulang-ulanginya.

3- Berusaha mengelakkan diri dari melakukan perkara yang dilarang dibenci oleh Allah.

4- Memastikan makanan,minuman dan pakaian yang dipakai dan rezeki yang diperolehi hasil dari usaha yang halal.

5- Memohon kemaafan dari manusia yang pernah kita zalimi atau aniyai, kerana doa seseorang tidak akan dimakbulkan sekiranya mereka menzalimi dan menganiyai orang lain dan tidak mendapat kemaafan dari mereka.

6- Mematuhi adab-adab sebagai seorang hamba yang berdo’a di hadapan Khaliqnya yang Maha Mendengar dan Maha Melihat.

DIANTARA WAKTU KEADAAN DAN TEMPAT YANG MUSTAJAB UNTUK BERDOA

1- Malam Lailatul Qadar.

2- Pada sepertiga malam yang terakhir (antara jam 3.00 hingga 6 pagi).

3- Selepas setiap solat fardhu yang lima.

4- Masa di antara azan dan iqamah.

5- Beberapa saat di setiap malam.

6- Ketika azan untuk solat fardhu

7- Ketika hujan sedang turun

8- Ketika mempersiapkan barisan menuju medan jihad fi sabilillah

9- Beberapa saat pada hari Jumaat. Menurut pendapat yang kuat, waktu yang dimaksud adalah akhir waktu solat Asar di hari Jumaat, saat khatib berkhutbah, atau saat berlangsungnya solat Jumaat.

10- Ketika minum air zam-zam beserta niat yang baik

11- Ketika sujud dalam solat

12- Ketika terbangun di tengah malam maka berdoa menggunakan doa yang ma’tsur (berasal dari Nabi S.A.W)

13- Ketika tidur dalam keadaan suci kemudian bangun di malam hari untuk berdoa.

14- Doa di Hari Arafah

15- Doa ketika seseorang dalam keadaan nazak (hampir meningal dunia)

16- Doa sesudah pujian terhadap Allah dan selawat ke atas nabi ketika tahiyyat akhir.

17- Ketika berdoa dengan menggunakan nama Allah Yang Maha Agong

18- Doa sepanjang bulan Ramadhan

19- Ketika perhimpunan umat Islam dalam majlis ‘zikrullah’

20- Doa ketika ditimpa musibah

21- Doa dengan penuh pertautan hati dengan Allah dan penuh keikhlasan

22- Doa orang terzalim terhadap orang yang menzaliminya

23- Doa ibu dan ayah untuk anaknya

24- Doa anak yang soleh untuk kedua ibubapanya

25- Doa orang yang sedang bermusafir

26- Doa orang yang berpuasa sehingga dia berbuka

27- Doa orang yang berpuasa ketika sedang berbuka

28- Doa orang yang terdesak atau terpaksa (dalam kesempitan)

29- Doa pemimpin yang adil (yang melaksanakan syariah Allah dalam pemerintahannya)

30- Doa ketika berwudhu’dengan doa yang ma’tsur( berasal dari Nabi S.A.W )

31- Doa selepas melontar Jumrah as-Sughra
32- Doa ketika melontar Jumrah al-Wusta

33- Doa ketika berada di dalam ka’abah, perlu diketahui bahwa kawasan hijir Isma‘il termasuk Ka‘bah.

34- Doa ketika berada di Safa

35- Doa ketika berada di Marwah

36- Doa ketika berada di Masy’aril Haram

DIANTARA SEBAB-SEBAB DO’A TIDAK DIPERKENANKAN

Suatu ketika seorang lelaki bertanya kepada Ibrahim bin Adham seorang tokoh sufi yang terkenal, apakah yang menyebabkan doa seseorang tidak diterima oleh Allah, Ibrahim bin Adham menjelaskan;

“Antara sebab doamu tidak diterima Allah ialah;

1- Kamu menyatakan bahawa kamu beriman kepada Allah, tetapi kamu tidak menunaikan hak-hakNya

2- Kamu mendakwa bahawa kamu mencintai Rasulullah SAW. Tetapi kamu tidak mengamalkan sunnahnya (dalam kehidupan kamu).

3- Kamu meyakini bahawa al-Quran itu adalah benar, namun kami tidak mengamalkannya (dalam kehidupan kamu)

4- Kamu telah banyak menikmati nikmat Allah, tetapi kamu tidak mensyukurinya

5- Kamu meyakini bahawa iblis dan syaitan itu adalah musuhmu, tetapi kamu menuruti segala tunjuk ajar mereka

6- Kamu menyatakan bahawa kamu meyakini tentang wujudnya syurga, tetapi kamu tidak berusaha melaksanakan amal yang boleh membawa kamu ke sana

7- Kamu menyatakan bahawa neraka itu benar, tetapi kamu kamu tidak berusaha menjauhkan diri darinya, bahkan melakukan perbuatan yang bakal mencampakkan dirimu ke sana

8- Kamu menyatakan bahawa kematian itu adalah satu kebenaran, tetapi kamu tidak bersedia dengan amalan untuk menghadapinya

9- Kamu bangun setiap pagi dan sering memperkatakan keaiban orang lain, tertapi kamu lupakan keaiban dirimu sendiri

10- Kamu selalu menghantar jenazah ke kuburan, tetapi kamu langsung tidak mengambil iktibar daripadanya, bahawa kamu juga akan dibawa ke sana.”


Lisa tak !!!!!



Salam hujung minggu.....



tak betul niiii.....


Lisa Surihani walaupun posing sambil memuncungkan mulutnya tapiiiii tak semestinya dia seorang yg perasan comel( dia very humble)....peminat2 nya tetap mengatakan Lisa artis yg paling comel walaupun dia posing dlm keadaan mcm mana sekalipun,samada dlm keadaan hepi ke,marah ke,sedih ke @ bla bla bla....Lisa,u 're absolutely gorgeous !!!...Lisa dilahirkan dgn memiliki raut wajah yg cukup comel !





Lisa ketika menjadi duta Lip Ice....tentulah kena posing mcm nih utk menyerlahkan warna di bibirnya.




Tuesday, 18 September 2012

Penyakit malas



Malas…adakah kita seorang malas dan pemalas?. Malas adalah suatu sifat atau sikap yang bahaya kalau terlekat dalam diri kita. Nak buat kerja apa pun tak boleh sebab malas. Terlalu banyak alasan yang di berikan kalau dah jenis pemalas dan tak nak buat kerja ni. Kalau ibu kita suruh dan kalau kita kata malas derhaka namanya,bahaya tu.


Orang yang malas selalunya banyak ketinggalan kebelakang. Kecualilah orang yang malas tu dah banyak duit kan. Tapi walaupun dah banyak duit sifat yang negatif seperti malas wajib dikikis dan dibuang didalam diri kita. Syaitan memang suka manusia yang malas, tetapi dia pulak rajin dan tak putus asa menggoda kita. Bukti sikap malas memang tak berguna kepada manusia..


Malas membaca mesti tak tahu
Malas belajar mesti tak pandai
Malas cari duit mesti susah
Malas cari makan mesti lapar
Malas bercakap orang kata sombong
Malas update blog takde orang datang tengok
Malas bersiap nanti nampak selekeh dan hodoh
Malas bertanya sesat jalan
Malas mandi nanti busuk
Malas solat tak masuk syurga
Malas study fail exam
dan 1000 macam lagi perkara jika dikaitkan dengan malas memang hasilnya mesti negatif. Semuanya hasil yang tak baik apabila berkaitan dengan malas. Kadang-kadang datang juga rasa malas tu tapi kena buat tak tau je la,buat macam malas nak layan.


Kalau dalam sesuatu syarikat mempunyai pekerja yang malas amatlah malang. Sungguh malang nasib syarikat tersebut. Dapat pekerja suka makan gaji buta. Datang kerja pagi punch kad kemudian keluar minum berjam-jam, lepas tu masuk opis buat sembang pandai. Saya cukup meluat orang macam ni. Kalau saya bos dah lama pecat. Tak produktif langsung malah menambahkan beban kepada syarikat, dah la bayar duit tiap-tiap bulan, tapi kerja tak nak buat malah menyusahkan pekerja-pekerja yang lain.


Kalau diri sendiri pula yang malas bagaimana nak buat. Kalau macam tu keadaannya, baik tak payah hidup sebab akan menyusahkan orang lain...tak gitu ??





Thursday, 13 September 2012

Meriahnya raya kat ofisku




Assalamualaikum...

Saya jarang story pasal ofis ni.Selalunya tak abes2 citer pasal mek selemoh jer padahal banyak jer cite pasal ofis ni yg menariks.
Cuma klau pasal keje ni tak boleh cite lebih2 takut tersilap cakap abes le...huhu !!
Tetiba hari ni rajin nak update pasal ofis iaitu
pasal Jamuan Raya di division saya.

Hari raya dah nak habis tapi mood raya masih ada.Seperti biasa ofis saya mesti buat majlis sambutan hari raya,agenda wajib setiap tahun yang mana staff mesti join dan kena pakai baju raya lengkap,baru meriahkannnnn...!!!Pastinya aktiviti pada hari itu adalah makan-makan dan posing2 sakan..ermm ! masing2 kan berbaju raya...ekekeke!

Ceria masing2 pun tak sama seperti hari-hari biasa.Semua ceria2 belaka dan happy.Staff lelaki memang segak & kacak2 semuanya,begitu jgak staff pompuan yg cun melecun mengalahkan artis (over perasan la pulak).Kalau tanya bab kerja....??hehehe tutup
kedai seketika kot tapi bagi yg ada keje urgent pasti la kena buat jgak !


So ini adalah sebahagian dari kenangan hari raya saya...tak over kannnnnn ??




antara menu2 yg disediakan 

palingg laris !!!!



kami berkumpul sebelum majlis bermula

majlis dimulakan dgn membaca doa 







sedang mendengar ucapan dari pengerusi majlis






makan time 






rakan2 yg menceriakan majlis







me & my gorgeous frens

bersama rakan2 satu group

lelaki2 melayu terakhir

perempuan2 melayu terakhir





mereka yg bertungkus lumus menjayakan program 'Meriah Raya'





bergambar beramai2 bersama pengarah
  



'selamat tinggal Syawal.....semoga berjumpa lagi di tahun hadapan.InsyaAllah'

 

Monday, 10 September 2012

Komunikasi itu penting



Jika tidak keterlaluan, bolehlah di anggap setiap masa kita akan berkomunikasi. Berkomunikasi ini mempunyai tujuan yang berbeza, samada sosial, intelektual dan juga luahan emosi. Skop komunikasi bukan sahaja melalui perkataan, malah juga menerusi beberapa medium, dengan matlamat mesej yang hendak disampaikan jelas dan di fahami penerima.


Mengikut bacaan saya, boleh juga di katakan komunikasi ialah perkongsian idea, pendapat, luahan rasa, arahan dan penyampaian maklumat di antara individu dan individu lain, atau juga kumpulan individu yang lain. Setiap individu pastinya mempunyai karakter dan latar belakang berbeza, lantas ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada organisasi.


Proses komunikasi boleh di dapati di mana - mana sahaja, di meja mesyuarat, talian telefon, meja makan dan lain - lain. Tiga unsur penting yang perlu ada dalam komuniksi ialah penyampai, penerima dan mesej. Maklumbalas dari penerima menjadikan komunikasi itu di sebut sebagai komunikasi berkesan.


Jenis - Jenis Komunikasi

  1. Lisan - biasanya komunikasi yang menggunakan suara. Penggunaan gaya bahasa yang sesuai, nada, kefasihan dan kelancaran bercakap dapat meningkatkan kualiti komunikasi.
  2. Bukan Lisan - Proses yang tidak melibatkan suara, samada ia secara bertulis, simbol, isyarat dan percetakan.

Komunikasi ini sangat penting dalam organisasi, malah ia di ibaratkan sebagai tautan yang mengikat antara organisasi, juga umpama minyak yang melicinkan urusan organisasi. Persefahaman dan kerjasama dapat mengurangkan tekanan, seterusnya menjadikan suasana kerja yang berkualiti dan produktif. Ini boleh mengelakkan individu berasa tersisih dan di pinggirkan.

Saya melihat komunikasi adalah merupakan perkara terpenting, lebih - lebih lagi dalam pembinaan organisasi. Sebagai contoh, dalam sebuah pasukan bolasepak, ia amat penting. Kurang komunikasi dalam padang menyebabkan kegagalan organisasi bekerja sebagai satu pasukan.


Sama halnya di tempat kerja. Komunikasi mewujudkan suasana yang harmoni, persefahaman dan toleransi antara individu. Kalau tidak mewujudkan komunikasi yg baik maka kesannya akan mengeruhkan keadaan !.Apa kata anda ???   



Terima Kasih ~ jumpa lagi di entri akan datang !



Sunday, 9 September 2012

Mari kita bersederhana dlm hidup



Assalamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh...

Segala puji-pujian kehadrat Allah subhanahu wata'ala, kepada-Nya kita menyembah. Salam serta selawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda yang berjuang menegakkan Islam di muka bumi ini.

Kalau kita menyusuri perjalanan hidup Rasulullah SAW, sejak kecil sehinggalah saat wafatnya, ternyata baginda tidak pernah mengecap hidup mewah. Dalam segenap sudut kehidupan baginda, sama ada cara berpakaian, perhiasan, dalam soal makanan dan sebagainya, berada di paksi kesederhanaan. Pada hal baginda memang mampu untuk hidup bermewah, namun keimanan yang jitu di dada baginda justeru mengalahkan segala-galanya. Sila ikuti
kesederhanaan-rasulullah, secebis sirah teladan tentang kesederhanaan Rasulullah SAW.

Dalam menjalani bahtera kehidupan, Islam memberi garis panduan yang cukup sempurna bagi manusia mencapai puncak kesejahteraan. Hidup menurut ukuran Islam ialah menikmati kesejahteraan di dunia dan di akhirat nanti. Demi merealisasikan harapan yang murni itu, setiap orang Islam haruslah mengamalkan sifat kesederhanaan dalam segenap segi kehidupannya. Sifat ini dipraktikkan Nabi Muhammad SAW dan juga para sahabat baginda, sehingga mereka muncul di permukaan sebagai insan yang sewajarnya diteladani, yang cemerlang dan dirahmati Allah SWT.

Suasana sekarang, kenaikan harga barang keperluan harian yang sepertinya tidak terbendung mampu meletakkan masyarakat dalam kerisauan. Apa lagi bagi golongan berpendapatan rendah. Namum kemelut ini boleh dihadapi dengan lapang dada sekiranya ada kesedaran orang Islam mengambil kebijaksanaan bagaimana mengurus kewangan agar supaya dapat menepati konsep kesederhanaan. Antaranya berjimat cermat dan hanya membeli barang yang diperlukan saja (tidak mengikut kehendak hawa nafsu yang merosakkan), serta yang paling utama ialah tindakan yang diambil menepati jalan Allah. Dengan itu, ia dapat mengelak kemurkaan Allah dan sebaliknya memperoleh tambahan nikmat-Nya yang menjanjikan kesejahteraan sejati
.

Perhatikan saja firman Allah SWT berikut yang mafhumnya, “Sesungguhnya jika mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), nescaya Kami curahkan kepada mereka air yang lebat (akan memberi minum kepada mereka air yang segar atau rezeki yang banyak). Untuk Kami beri cubaan kepada mereka padanya. Dan barang siapa yang berpaling dari peringatan Tuhannya (al-Quran), nescaya akan dimasukkan-Nya ke dalam azab yang amat berat.” (Surah al-Jin [072], ayat 16~17)

Islam menggalakkan umatnya hidup dalam kesederhanaan dari semua aspek. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemah dan menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya.” (Hadis riwayat al-Ibn an-Najjar)


Pengawalan terhadap keinginan dan desakan hati adalah amat perlu sebagai satu cara untuk mengawal nafsu boros. Rezeki dan kemewahan hidup semuanya datang dari Allah SWT. Oleh itu sikap berlumba-lumba mengumpul harta dan kemewahan harus dielakkan kerana ia menunjukkan sikap rakus dan boleh memberikan risiko yang tidak baik dalam perhubungan sehingga menyebabkan berlakunya permusuhan sesama sendiri.

Cara membelanjakan harta menentukan hidup seseorang itu berkat atau tidak di mana kehidupan tidak akan menjadi tenang jika harta disalurkan atau digunakan pada perkara-perkara yang haram dan tidak halal. Bersederhana dalam berbelanja bermaksud bahawa seseorang itu apabila berbelanja dia tidak berlebih-lebihan dan tidak pula kedekut tetapi berada di tengah-tengah antara dua keadaan tersebut, seperti perintah Allah SWT dalam surah al-Furqaan [025], ayat 67.


Renung-renungkan!





Sofia Jane masih ayu & jelita



Assalamualaikum..macam mana dgn hujung minggu anda???

Malam tadi kalian ada menonton tak cerekarama TV3 berjudul 'Jane Jamilah' ??? Saya telah menontonnya dan saya sangat tertarik dgn jalan cerita yg dihasilkannya,lain dari yg lain dan amat terhibur dan memberi pengajaran kpd kita semua.Para pelakon pun memang tidak asing lagi seperti Sofia Jane,Shiela Rusly,Amyza Adnan,Shamsul Ghau Ghau & Hanez.


Saya begitu teruja sekali menonton drama tersebut dengan kemunculan pelakon pujaan saya yg pernah saya minati suatu ketika dahulu.Siapa lagi kalau bukan si jelita & ayu Sofia Jane.Ternyata bila menontonnya malam tadi Sofia masih kekal jelita & anggun,seolah olah seperti melihat beliau semasa di awal kemunculannya dulu dilayar perak.Rasa tidak jemu melihat keayuan seorang ibu yg memiliki 3 org cahayamata.Sofia masih mampu menambat jutaan penonton utk melekat dikaca TV..betul tak???


 Sinopsis ringkas drama Jane Jamilah:

Jika anda tak berpeluang menonton drama Jane Jamilah malam tadi ,disini saya selitkan sinopsis ringkas mengenai cerita tersebut......Kisah bercorak komedi tentang Jamilah, seorang kolumnis ruangan masalah rumah tangga yang sering memberi nasihat kepada pembacanya tetapi tidak sedar yang hubungan dia dan suaminya turut bermasalah yang sebenarnya berpunca dari dirinya sendiri. Apabila dia mendapat tahu suaminya, Khalid menjalinkan hubungan dengan seorang pelajar kolej bernama Diana Dasuki, Jamilah kembali ke kolej mengambil short course dengan tujuan untuk mengenali kekasih suaminya ini dengan lebih rapat menggunakan nama samaran Jane..

Penilaian:

- Lain daripada yang lain, terbaik. Ini yang kita perlukan. Cerita yang matang. A really great story dan ramai menyukai skripnya yang tak klise, tak macam drama laki vs bini yang sebelum-sebelum ni yang lebih menampakkan kebodohan dalam penyelesaian (ini agak benar). Bayangkan pasangan berkahwin di luar sana merujuk hubungan mereka berdasarkan Cerekarama sebelum-sebelum ni dan semuanya berakhir dengan keretakan? Bukan expect happy ending tapi kalau semuanya stail sama, i don't wanna live in this planet anymore...)

- Umumnya, drama tipikal Melayu dengan tema sebegini sering berakhir dengan perceraian dan dalam kepala otak peminat drama Melayu tipikal semua menjangkakan hubungan Khalid dan Jane berakhir dengan perceraian juga tetapi sebaliknya.... Ramai yang kata ending sebegini hampir mustahil berlaku biarpun dalam kehidupan sebenar tapi saya suka yang begini.

- Dapat rasa perasaan Jane dalam cerita ni. Shiela Rusly kurus giler. Amyza Aznan lawak sangat2 tapi Hanez Suraya nampak sweet sangat bagi saya. Sofia Jane maintain cun. Hanez pandai kawal emosi dalam Jane Jamilah and look so pretty.

- "Ending yang setiap lelaki inginkan. Cerita bagus. Kadang-kadang lelaki bukan suka-suka nak berfoya-foya. Tapi alasan untuk berfoya-foya ialah "isteri"," kata seorang hamba Allah ini di Twitter. Atau nak lebih tepat, biar saya quote Ajami Hashim : "Khalid bukan watak 'suami curang' semata2 (read: seksual) shj, tapi kerana kedinginan Jamilah sbg isteri (punca)."

- "Ada pengajaran di situ buat perempuan yg suka suami org tu!" kata seorang lagi hamba Allah ini di Twitter.

Begitulah beberapa penilaian yang ditulis oleh penonton didlm ruangan Twitter.


Sofia Jane yg masih anggun

Dua pelakon jelita yg saya minati




Wednesday, 5 September 2012

Jangan kedekut



Assalamualaikum


Anda mesti pernah tengok cerita Labu Labi kan ? Ala yang tuan dia Hj Bakhil tu hehe,kedekut kan Hj Bakhil tu, orang Kelantan kata 'kupit' hehe.

Kedekut atau bakhil ni merupakan sifat yang tercela dan dilarang dalam Islam.Bakhil ni senang kata maksud nya "barang engkau barang aku, barang aku barang aku" hehe bahasa pasar je tu, takde dalam kamus -.-


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Dua pekerti yang tidaklah pada seorang mukmin iaitu bakhil dan buruk budi."

Agak-agak kita ni tergolong dalam golongan bakhil tak? jika ya dan kita rasa nak ubah sikap bakhil tu jom kita cuba renung-renungkan tip-tip kat bawah ni ye -.-

1) Latih diri menjaga, mengawal dan mengawas tuntutan nafsu yang inginkan bermacam-macam harta.

2) Latih diri dengan sentiasa mengingati akan azab Allah jika mengamalkan sifat bakhil untuk kepentingan Islam.

3) Latih diri dengan mengingati segala harta dan wang tidak kekal dan tak boleh nak dibawa mati pun.


4) Latih diri sentiasa menginsafi jiwa, bertaubat dan memohon keampunan Allah atas kelemahan diri.

5) Latih diri untuk mengamalkan hidup yang sederhana dan tidak terlalu mewah dan tidak terlalu papa.

6) Latih diri untuk sentiasa bersyukur dengan segala pemberian Allah dan manfaatkannya pada jalan yang diredhai oleh Allah.



p/s : Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima -.-







Wordless



 Fanatik Lisa Surihani ????



No komen !!



Tuesday, 4 September 2012

Fadhilat ayat Kursi



Sebagai renungan dan panduan kita menghadapi hari-hari mendatang..Betapa Allah Maha Penyayang dan Maha pemurah, diturunkan ayat al-kursi dengan pelbagai kelebihan bagi yang rajin mengamalkannya....sama-sama kita hayati.  

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasulullah S.A.W. dengan segera memerintahkan Zaid b Sabit menulis serta menyebarkannya


Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah S.W.T.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

 ntuk amalan kita semua.....

Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah S.A.W. bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.

Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.


 Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur, perbuatan-perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi, juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.


 Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a. , Rasullullah S.A.W. bersabda,


" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."