Assalamualaikum kpd pembaca blog dan sahabat2 sekalian,semoga bertambah dan bercambah iman & taqwa dlm diri kita...:')
Selama saya bekerja di Lembaga Minyak Sawit Msia,dah bermacam2 orang saya jumpa.Saya telah berjumpa dgn sahabat2 yang banyak memberi makna dalam kehidupan saya yakni bila waktu susah sama2 susah dan hadapi kesenangan bersama-sama.
Alhamdulillah,masih ada lagi sahabat saya yang sebegitu.Mungkin ada segelintir saja yg hanya suka bersama bila masa ia memerlukan kita saja ketika itu.Bila waktu kesukaran,sahabat tidak menghiraukan kita.(itu muuuungkin saja,harap2 takde la kot)
SAHABAT? apa itu sahabat?
'Teman yg paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya,kamu teringat akan ALLAH,mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama,melihat gerak-gerinya teringat akan mati..'
Tidak ada insan di dalam dunia ini mampu hidup berseorangan,semuanya saling perlu memerlukan antara satu sama lain.Kita tidak akan boleh lari dari berkawan dan adalah sesuatu yang tidak normal ataupun abnormal bagi manusia yang tidak suka berkawan.Sejahat mana pun seseorang itu,pasti tidak akan terkecuali dari memerlukan seorang kawan.Tapi sejauh manakah seorang sahabat itu ????
Dalam Islam,amat dititikberatkan faktor2 memilih sahabat kerana mereka adalah antara yg berperanan membentuk personaliti kita.Justeru itu,adalah amat merugikan jika kita tersalah pilih kawan.
Dalam suasana kehidupan kita seharian,sahabat amat penting bagi kita.Jika kita memilih teman yg boleh memberi nasihat yg berguna @ teguran yg membina insyaAllah kita kekal berkawan dengannya. Tapi sekiranya sahabat itu sering memandang serong dan ada yg berhasad dengki & irihati kepada kita,nescaya kita takkan selama2nya bertahan dgn sikap negatif yg dimiliki oleh sang sahabat kita itu.
Nampak macam simpel,tapi percayalah kawan mampu mempengaruhi personaliti dan cara hidup kita.Selari dgn hadith Rasulullah S.A.W yg bermaksud: "seseorang itu adalah mengikut agama temannya,oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya" (H.R Abu Daud).Bak kata pepatah Arab, " Bersahabat dgn penjual minyak wangi,kita akan menerima percikan wangiannya,manakala bersahabat dgn tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita,"
Apabila kita memilih sahabat,antara ciri2 yang perlu kita cari ialah :
- Apabila kita memerlukan pertolongannya,dia akan menghulurkan bantuan.
- Apabila dia melihat keburukan kita,dia akan menyimpannya.
- Apabila dia mendapat kebaikan daripada kita,dia akan menghargainya.
- Apabila datang bencana menimpa kita,dia akan berusaha meringankan beban kita.
- Apabila dia berselisihan faham dengan kita,dia akan mengalah demi utk menjaga persahabatan kita.
- Apabila kita leka membuat kemungkaran dan maksiat,dia akan menasihati dan melarang kita berbuat begitu.
- Dia sentiasa membantu kita dalam mencapai kejayaan dunia & akhirat.
Lihatlah betapa pentingnya peranan sahabat yg baik & sejati pada kita.Antara ciri2 kawan yang kita perlu tinggalkan ialah :
- Sahabat yang tamak : ia sangat tamak,ia hanya memberi sedikit & meminta yg banyak dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
- Sahabat Hipokrit : ia menyatakan bersahabat berkenaan dgn hal-hal lampau atau hal2 mendatang.Ia berusaha mendapatkan simpati dgn kata2 kosong dan jika ada kesempatan membantu,ia menyatakan tidak sanggup.
- Sahabat pengampu : dia setuju dgn semua yg kamu lakukan tidak kira betul @ salah, yg parahnya dia setuju dgn hal yg tidak berani utk menjelaskan kebenaran,di hadapan mu ia memuji dirimu,dan dibelakang mu ia merendahkan dirimu.
- Sahabat pemboros & suka hiburan : ia menjadi kawan mu jika engkau suka pesta,suka berkeliaran dan melepak pada waktu yg tidak sepatutny,suka ke tempat2 hiburan & pertunjukkan.
Wahai kawan2 semua,berhati2lah dlm memilih kawan kerana kawan adalah cermin peribadi diri kita sendiri.Berkawanlah kerana ALLAH..
inilah sahabat karib saya,..Caaayang Lisa ! ekekkeke
No comments:
Post a Comment