Anda mesti pernah tengok cerita Labu Labi kan ? Ala yang tuan dia Hj Bakhil tu hehe,kedekut kan Hj Bakhil tu, orang Kelantan kata 'kupit' hehe.
Kedekut atau bakhil ni merupakan sifat yang tercela dan dilarang dalam Islam.Bakhil ni senang kata maksud nya "barang engkau barang aku, barang aku barang aku" hehe bahasa pasar je tu, takde dalam kamus -.-
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Dua pekerti yang tidaklah pada seorang mukmin iaitu bakhil dan buruk budi."
Agak-agak kita ni tergolong dalam golongan bakhil tak? jika ya dan kita rasa nak ubah sikap bakhil tu jom kita cuba renung-renungkan tip-tip kat bawah ni ye -.-
1) Latih diri menjaga, mengawal dan mengawas tuntutan nafsu yang inginkan bermacam-macam harta.
2) Latih diri dengan sentiasa mengingati akan azab Allah jika mengamalkan sifat bakhil untuk kepentingan Islam.
3) Latih diri dengan mengingati segala harta dan wang tidak kekal dan tak boleh nak dibawa mati pun.
4) Latih diri sentiasa menginsafi jiwa, bertaubat dan memohon keampunan Allah atas kelemahan diri.
5) Latih diri untuk mengamalkan hidup yang sederhana dan tidak terlalu mewah dan tidak terlalu papa.
6) Latih diri untuk sentiasa bersyukur dengan segala pemberian Allah dan manfaatkannya pada jalan yang diredhai oleh Allah.
p/s : Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima -.-
sy suka post ni.... like 1000x & more ....
ReplyDelete:-)
Salam...sekadar renungan bersama... " dan jg mereka ( yg Dredhai Allah itu ialah) yg apabila membelanjakan hartanya tiadalah MELAMPAUI BATAS dn tiada BAKHIL atau KEDEKUT dn (sebaliknya)perbelanjaan mereka adalah BETUL SEDERHANA diantara kedua duanya iaitu dr BOROS DAN BAKHIL," surah AL FURQAN 67..
ReplyDeleteSebagai insan YG SERBA KEKURANGAN jgn terlalu mudah utk menilai insan lain.. kononnya insan itu kedekut atau bakhil...mana tahu dia BUKAN KEDEKUT CUMA TIDAK MAHU MEMBAZIR!!!
BIJAKLAH DI SANA NNT BUKAN HANYA BIJAK DI SINI!!!!!!sntiasalah bersangka BAIK pd insan2 lain... luaran saudari sudah CANTIK jd HATI pun kena lah cantik jg....
http://nuradzim.blogspot.com/2009/10/kedekut-jimat-boros-dan-membazir.html