Monday, 10 September 2012

Komunikasi itu penting



Jika tidak keterlaluan, bolehlah di anggap setiap masa kita akan berkomunikasi. Berkomunikasi ini mempunyai tujuan yang berbeza, samada sosial, intelektual dan juga luahan emosi. Skop komunikasi bukan sahaja melalui perkataan, malah juga menerusi beberapa medium, dengan matlamat mesej yang hendak disampaikan jelas dan di fahami penerima.


Mengikut bacaan saya, boleh juga di katakan komunikasi ialah perkongsian idea, pendapat, luahan rasa, arahan dan penyampaian maklumat di antara individu dan individu lain, atau juga kumpulan individu yang lain. Setiap individu pastinya mempunyai karakter dan latar belakang berbeza, lantas ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada organisasi.


Proses komunikasi boleh di dapati di mana - mana sahaja, di meja mesyuarat, talian telefon, meja makan dan lain - lain. Tiga unsur penting yang perlu ada dalam komuniksi ialah penyampai, penerima dan mesej. Maklumbalas dari penerima menjadikan komunikasi itu di sebut sebagai komunikasi berkesan.


Jenis - Jenis Komunikasi

  1. Lisan - biasanya komunikasi yang menggunakan suara. Penggunaan gaya bahasa yang sesuai, nada, kefasihan dan kelancaran bercakap dapat meningkatkan kualiti komunikasi.
  2. Bukan Lisan - Proses yang tidak melibatkan suara, samada ia secara bertulis, simbol, isyarat dan percetakan.

Komunikasi ini sangat penting dalam organisasi, malah ia di ibaratkan sebagai tautan yang mengikat antara organisasi, juga umpama minyak yang melicinkan urusan organisasi. Persefahaman dan kerjasama dapat mengurangkan tekanan, seterusnya menjadikan suasana kerja yang berkualiti dan produktif. Ini boleh mengelakkan individu berasa tersisih dan di pinggirkan.

Saya melihat komunikasi adalah merupakan perkara terpenting, lebih - lebih lagi dalam pembinaan organisasi. Sebagai contoh, dalam sebuah pasukan bolasepak, ia amat penting. Kurang komunikasi dalam padang menyebabkan kegagalan organisasi bekerja sebagai satu pasukan.


Sama halnya di tempat kerja. Komunikasi mewujudkan suasana yang harmoni, persefahaman dan toleransi antara individu. Kalau tidak mewujudkan komunikasi yg baik maka kesannya akan mengeruhkan keadaan !.Apa kata anda ???   



Terima Kasih ~ jumpa lagi di entri akan datang !



No comments:

Post a Comment