Tuesday, 31 July 2012

Wordless Wednesday



Assalamualaikum....

Hanya sekadar senyum,tak perlu berkata apa apa....:-)


diriku yg tersenyum semeweh



Monday, 30 July 2012

Bermain teka teki lucu



Assalamualaikum,selamat sejahtera...

Saya nak ajak anda bermain dgn teka teki lucu (tak payah berteka sbb jawapannya dah disediakan).Bukannya apa just nak elak dari rasa mengantuk tambah2 dibulan Ramadhan,mata asyik kuyu aje...

Jom kita tgk teka teki yg mungkin anda pernah dengar sebelum ni =)

1]  Apa beza kacang panjang ngan seluar panjang ?
*Seluar panjang kalau dipotong jadi seluar pendek, tapi kacang panjang kalau dipotong tetap namanye kacang panjang    

2] Banyak-banyak mi, mi ape yang takleh di makan???
 *Misai

3] Batang ape yang kalau org pegang-pegang nanti kena gatal gatal?
*Batang Keladi

 4] Bulan dan bintang......... mana anak? mana bapak???
*Bulan dan ialah anak, Tang tu ialah bapak...(Bulandan bin Tang) 

5]  Ada orang ni nak naik bas. Dia ada 50 sen jer.Tambang bas ke Tempat dia na pegi tu 60 sen.Camne dia nak pegi tempat tu?
*Dia buat muka seposen jek , 50 sen + 10 sen = 60 sen

6] Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi die nak tanam 2 jenis pokok Iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok ape tumbuh dulu?
*Dua2 tak tumbuh pasal Pak Ali tanam separuh jek..

 7]  Burung ape yg boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?
*Penguin

8] Banyak2 katak, katak ape yg bole bercakap? 
*Katakanlahhhhhh....
.
9] Tempat apa ni......peserta dia pakai uniform, selalu bertambah & tak akan berkurangan? 
*Tempat Perkuburan...seram tak...hehhe

10] Badannya hijau, matanya merah dan berjalan mengundur, taik warna kelabu taik anjing. apa dia...? 
 *Lingkaran nyamuk Shieldtox 

11] Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan? 
 *Bahrain

12]  Emak Si Katun ada 5 anak. Tuah, Jebat, Lekir, Lekiu. Yang ke 5 siapa ?
 *Si Katun ler....hehehhe




Terimakasih pada yg sudi membacanya....


Saturday, 28 July 2012

Nostalgia berpuasa zaman kanak2



APABILA berada dibulan puasa, kita akan teringat ketika zaman kanak2 dulu.Teringatkan, emaklah orang yang paling berpengaruh membina keinginan kita untuk berpuasa. Pendekatan pertama yang biasa emak gunakan ialah dengan meminggirkan kita ketika waktu berbuka. Tatkala ahli keluarga yang lain enak menjamah hidangan, emak suruh kita ‘main jauh-jauh’ kerana kita tidak layak untuk makan bersama mereka kerana tidak berpuasa.

Situasi ini membuatkan kita berasa diketepikan. Perasaan ingin berpuasa mula datang membuak-buak. Tentu sekali emak akan gembira bila kita suarakan hasrat hendak berpuasa. Kata emak, ‘Berpuasa sekerat hari pun tak apa.’ Maka keesokannya, kita mulalah bangun bersahur meskipun makan dengan mata yang terpejam.

Pada siang harinya, kitalah yang bangun paling lewat kerana kelesuan. Tetapi emak akan menggalakkan kita terus berpuasa bila melihat kita melepek di lantai simen kerana ingin menyegarkan badan. Kata emak, ‘Lepas pukul 12.00, bolehlah berbuka.’ Dengan wajah yang pucat dan monyok, kita mengangguk lesu. Bila terasa haus, kita ke bilik mandi untuk basuh muka dan menjirus air ke kepala. Mungkin dalam diam-diam kita berpura-pura tertelan seteguk dua air menghilangkan dahaga! Tepat jam 12, mulalah kita mengendeng di dapur. Dan, emak pun menghidangkan sepinggan nasi.

Tetapi menjelang waktu berbuka, sekali lagi kita dipinggirkan dan tidak dapat merasa juadah hidangan keluarga kerana berpuasa sekerat hari. Bermula dari situ, kita mula memasang niat hendak berpuasa penuh. Tentu sekali emak gembira kerana anak kecilnya sudah hendak jadi seperti orang dewasa. Keesokkannya, meskipun hendak berpuasa macam Abang Long, kitalah anak yang paling kuyu mata, paling suka melepek, paling kuat merengek kerana kebulur dan paling kerap melangut ke jam dinding menghitung waktu.

Di sepanjang hari, pelbagai alasan seperti lapar, pening kepala dan haus, dikhabarkan pada emak. Namun emak buat-buat tak dengar keluhan kita, kerana inginkan anaknya berpuasa penuh. Setibanya waktu berbuka, kitalah orang paling awal duduk mengadap juadah dan kitalah yang menjadi perhatian keluarga. Emak dan ayah akan penuhkan pinggan kita dengan segala juadah kerana berbangga akhirnya kita sudah berjaya berpuasa penuh.

Mulalah emak berjanji hendak bagi ganjaran kalau kita dapat meneruskan ibadah puasa. Dia berjanji akan menghidangkan masakan yang kita paling suka. Cakaplah apa sahaja, emak akan sediakan. Ramai juga di kalangan kita yang dijanjikan ganjaran wang ringgit.

Begitulah latihan berpuasa yang kita lalui. Malangnya, penekanan yang selalu dititikberatkan adalah menahan diri daripada makan dan minum. Oleh kerana kita telah dilatih sebegitu, tanpa kita sedari, makanan menjadi agenda utama bulan puasa. Kita sudah terbawa-bawa perangai budak hingga ke dewasa. Kita membeli lebih makanan daripada biasa. Kita minum pelbagai jenis air di bulan ini. Lihatlah sesaknya bazar-bazar Ramadan yang dibuka di bandar-bandar kecil dan besar di seluruh negara. Kesemuanya untuk memenuhi nafsu makan kita.

Bila lagi kita hendak berpuasa dalam ertikata yang sepatutnya? Mengapa kita terbawa-bawa perangai kanak-kanak kita setiap kali tibanya bulan puasa? Biarlah sekurang-kurangnya kekerapan kita membeli makanan di luar adalah sama seperti hari-hari biasa. Kalau dahulu kita asyik mengembangkan hidung dan menjenguk ke dapur menghidu aroma masakan emak, setelah dewasa, kita asyik melayari internet pula untuk melihat juadah apa yang diingini buat berbuka. Bukankah apabila kita berpuasa sunat pada Isnin dan Khamis, nafsu kita boleh dikontrol dan tidak meliar apabila melihat makanan?

Apakan daya, pengetahuan kebanyakan emak tentang puasa biasanya berbentuk ritual. Dia melayan nafsu makan kita sebagai anak kecil. Penekanan menahan nafsu mata, telinga dan lidah jarang sekali ditarbiahkan kepada kita. Begitu juga, dia tidak sampaikan kepada kita peri pentingnya memperbanyakkan ibadah.

Benar. Kita memperdalami sendiri erti puasa melalui ceramah, kuliah dan pembacaan. Ilmu puasa kita kini lebih lengkap, lebih dewasa. Tetapi bila tiba bab makan, kita kalah bila jadi budak-budak kembali. Kita gagal dalam menangani cabaran fizikal berpuasa.Mengapa begitu? Justeru itu, mengapa tidak kita memperbetul minda khususnya hal makan minum di bulan Ramadan.

Buat permulaan, ramai yang belum mencuba keenakan berbuka secara Rasulullah.
Adalah Rasulullah s.a.w berbuka dengan kurma basah (ruthab), jika tidak ada ruthab maka berbuka dengan kurma kering (tamr), jika tidak ada tamar maka minum dengan satu tegukan air.” (Anas bin Malik r.a)

Cara ini simple, mengenyangkan dan tentu sekali tidak memberatkan perut hingga mengantuk tatkala bersolat terawih. Mari kita tinggalkan nostalgia makan minum di zaman kanak-kanak itu. Ia hanya sesuai untuk budak-budak.


Ibubapa adalah segala galanya




DOA UNTUK IBU BAPA - SAYANGILAH MEREKA MELEBIHI KASIH MEREKA KEPADA KITA

Dari Abdullah Umar RA berkata:

Rasulullah SAW bersabda “Keredaan Allah adalah di bawah keredaan kedua-dua ibu bapa dan kemurkaan Allah adalah di bawah kemurkaan kedua-dua ibu bapa.” (HR Tirmizi dan di tashih oleh Ibnu Hibban dan Hakim)




Dato’ Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata….. .
” Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira
masih hidup @ telah tiada )”………. nescaya pintu rezekimu akan terbuka
buat kamu…”


Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa baik yang hidup mahupun yang sudah tiada. Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah. Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh. Tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, berdoa dengan bersungguh-sungguh dan dengan benar-benar doa. Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah.


Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka; Perindahlah ucapanku di depan mereka; Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku, peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku, atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku, jadikanlah itu semua penyebab rontotnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah, hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, Izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku. Tetapi jika sebalikn ya, maka izinkanlah aku memberi syafa’at untuk mereka, sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,ampunan-Mu serta rahmat-Mu

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih di antara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin..


Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya.



Istighfarlah, Istighfarlah
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini.




Saya sayang ibu saya..saya akan jaga beliau hingga ke akhir hayat.....
Saya hanya ada ibu.Ayah saya telah pergi ke rahmatullah lebih 2 tahun lalu



Thursday, 26 July 2012

Tentang Malam Jumaat



Assalammualaikum & Selamat sejahtera

Semoga para pembaca semua sentiasa dirahmati Allah S.W.T

Pada malam jumaat banyak amalan-amalan yang boleh kita lakukan dalam memperbanyakkan amal ibadah kepada Allah S.W.T dan janganlah sesekali melakukannya dengan mengharapkan apa-apa balasan
sesungguhnya orang yang benar-benar ikhlas akan mendapat balasan kebaikan atas keihklasan nya

1. Membaca Surah Al-Kahfi ( Ayat 1-10 )
“Dari Abu Said Al-khudri ra dari Nabi Muhammad SAW. Baginda bersabda : Siapa yang membaca surah
al-Kahfi pada hari Jumaat, maka disinari Allah baginya dengan antara dua Jumaat.”
(Diriwayatkan oleh Baihaqi)


2. Surah Yassin

“Siapa yang membaca surah Yaasin pada malam Jumaat maka pagi-pagi ia mendapat pengampunan.”

“Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati, adapun hati al-Quran adalah Yaasin. Siapa yang membaca Yaasin, maka Allah menulis baginya dengan membacanya itu seperti membaca al-Quran sepuluh kali.”
(HR Tarmizi)
Bacaan Surah Yassin


3. Memperbanyakkan zikir, doa dan selawat

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang beriman ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna kepadanya (Nabi).” (Al-Ahzab:56)“Siapa yang mengucapkan selawat kepadaku, Allah berselawat (memberi rahmat) kepadanya sepuluh kali kerana selawatnya itu.” (HR Muslim)“Manusia yang paling utama bersamaku nanti pada hari Kiamat, ialah orang yang paling banyak mengucapkan selawat kepadaku.” (HR Tarmizi)
“Jangan kamu jadikan kuburku tempat berhari raya dan ucapkanlah selawat kepadaku, kerana selawatmu itu akan sampai kepadaku, di mana kamu berada.” (HR Abu Daud)


4. Solat Malam Jumaat

Solat ini didirikan di antara waktu maghrib dan ishak dengan 12 rakaat iaitu setiap 2 rakaat satu salam.




5. Ahli kubur mendapat hadiah iaitu doa dari waris yang hidup

''Dimana setiap malam jumaat dan hari jumaat seluruh ahli kubur keluar dari kubur dan menerima setiap satu talam yang dibawa oleh malaikat ditutup dengan sapu tangan serta bergemerlapan cahaya nya yang di dalam nya berisi doa-doa, amalan sedekah dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari waris yang hidup untuk si mati"

"masing-masing menerima nya dengan muka yang gembira dan bercahaya melainkan mereka yang 'tidak didoakan' oleh waris mereka, mereka masuk semula kedalam kubur dengan wajah yang sayu dan sedih tanpa mendapatkan satu pun talam walhal waris si mati masih ada"


6. Qiyamullail ( Solat malam )

Iaitu bangun pada waktu malam untuk mengerjakan ibadah kepada Allah S.W.T, bermunajat, memohon keampunan kepadaNYA dengan melakukan solat sunat tahajjud, solat sunat tasbih, solat sunat taubat, solat sunat hajat, solat sunat witir dll.

Banyak kan berzikir, bertasbih, bertahmid, dan berdoa kepada Allah S.W.T
“Solat yang paling utama setelah solat wajib iaitu qiyamullail atau solat di tengah malam” (Riwayat Muttafaqun Alaih) Selain itu keutamaan solat Qiyamullail dapat menghindarkan diri daripada gangguan syaitan seterusnya mendapat nikmat kerana dapat berhubungan langsung dengan Allah S.W.T.



7. Bersetubuhan dengan para isteri

"Pada malam ini sesiapa yang 'datang' kepada isterinya akan diberi pahala oleh Allah S.W.T keatas nya dengan adab-adab yang di ajar oleh islam"

"Mengucapkan salam, lakukan dengan hati yang gembira dan ikhlas, berpakaian bersih dan wangi, berwudhuk, menutupi nya dengan selimut, membaca doa sebelum memulakannya, bersifat lemah-lembut, berdoa selepas melakukannya, mensyukuri nikmat, dan membersihkan diri sesudah melakukannya"

yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya dari manusia sendiri




Tazkirah di bulan Ramadhan








Beritahu kepada perempuan itu..dirinya ibarat kaca...
Disentuh terguris, dihantuk serpih, dihempap berkecai....
Beritahu kepada perempuan itu, jaga tingkah laku...jaga pakaian...harga diri letaknya di situ,
Jangan meluru ikut nafsu, sesekali tersilap langkah, akan dihukum selamanya, keturunan dicerca payah..
Di mana pun, dalam keadaan macam mana pun, biar orang kenal...Dia orang ISLAM...
Beritahu kepada perempuan itu, simpan secebis malu...kerana malu itu sebahagian daripada Iman...

Nasihat ini ditujukan kepada sahabat2 seperti saya.Saya juga seorang perempuan,nasihat ni khususnya ditujukan buat diri ini yang kerdil di sisi-Nya (Allah).Sama2 lah kita bermuhasabah diri kita,cek balik di mana tahap Iman kita,adakah makin bertambah atau sebaliknya.Allahuakbar! Oleh itu,manfaat masa di bulan Mulia ini, bulan Ramadhan agar kita sama2 meningkatkan amal kebaikan dalam diri kita dan berubah dari tidak baik kepada yang baik,daripada yang baik ke arah yang lebih baik,insya-Allah.Salam sayang daripada saya, rakan seperjuangan kalian yang masih mencari ilmu di bumi Tuhan ini.: )

Wassalam



Tuesday, 24 July 2012

Pantang-larang orang dulu2



Salam sejahtera.....

Anda pernah dengar tak pantang larang masa anda nak lakukan sesuatu ? Contohnya buat ni tak boleh,buat tu pun tak boleh.Anda pun mungkin pernah mempersoalkan dari mana datangnya perkara2 sebegini.Kadang2 saya pun rasa pelik,mana nenek moyang kita dapat pantang-larang2 ini.Apa pun semua ni terserah keatas individu untuk menerima dgn hati terbuka atau tidak.

Pantang larang orang Melayu merupakan kepercayaan masyarakat melayu zaman lampau berkaitan adat dan budaya warisan nenek moyang.Pantang larang org tua tua bertujuan untuk mendidik masyarakat khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan.

Jom kita chekidaud antara pantang larang dan petua org tua yg pernah kita dengar =)
  • Kalau anak dara menyanyi didapur : akan dapat suami tua.
  • Anak dara duduk depan pintu : nanti tak ada org masuk meminang.
  • Jika menyapu waktu malam : tolak rezeki.
  • Makan kepala ikan : nanti pelupa.
  • Tiup seruling dan seangkatan dengannya : nanti ular masuk rumah.
  • Makan berbunyi : nanti tidak sopan bila mak mertua dengar.
  • Terbalikkan penyapu dipintu : elak dipukau.
  • Jangan memukul @ mendera mana2 binatang : dikhuatiri anak yg bakal lahir mengalami kecacatan.
  • Ibu hamil tidak boleh melintas bawah ampaian : nanti anak gagap.
  • Jangan duduk diatas bantal : dipercayai boleh naik bisul.
  • Jangan menjahit di waktu senja : mata akan jadi buta.
  • Klau makan nasi kena habiskan : kalau tidak nasi akan menangis.
  • Jangan bergendang dalam rumah : nanti habis harta dicuri orang. 
  • Jangan melihat gerhana bagi wanita mengandung : dikhuatiri anak mendapat tompok hitam @ bermata juling.
  • Jangan mencaci @menceritakan kecacatan : dikhuatiri anak yg bakal lahir mengalami kecacatan.
  • Tak boleh mengintai orang mandi : nanti mata naik ketumbit.
  • Tak boleh berkaki ayam keluar rumah : nanti kaki masuk cacing.
  • Tak elok main2 kat luar rumah waktu maghrib : nanti kena sorok dgn hantu tetek.
  • Jangan makan berpindah pindah : nanti kahwin berkali kali.
Ini adalah sebahagian saja.Banyak lagi kalau nak cerita pasal pantang- larang nih.Kita bercerita lagi di lain hari..permisi dulu !

jangan duduk atas bantal nanti bisul


jangan mengintai org mandi nanti mata naik ketumbit



Sunday, 22 July 2012

Jangan benci sesama makhluk ALLAH



Jangan Benci Kucing - sama-samalah kita ambil pengajaran..

Mari kita hayati kisah BUDIN dgn Si TOMPOK....

Budin seorang yang amat benci pada kucing,entah apa silap yang telah dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu.

Walaupun begitu,jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada kucing.Bukan itu sahaja,sebelum berkahwin dengan Budin,Gayah sudah sedia ada membela seekor kucing siam.

Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya.Apa tidaknya,Gayah lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya.

Hal ini membuatkan Budin beranggapan,Gayah lebih sayang si Tompok berbanding dengan dirinya.

Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini,Budin membuat rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya,Gayah.Maka,bermulalah dengan rancangan jahat Budin.

Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi,Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok,disumbat dalam karung beras Mahsuri.Tanpa berlengah terus merempit motor kapcainya sehingga jauh dari rumahnya , lebih kurang 10 km lalu dihumbanlah si Tompok tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah dengan siulan mengikut rentak lagu Nak Dara Rindu nyanyian P. Ramlee.

Tapi,kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah si Tompok dengan sombong bongkaknya melangok depan pintu lagaknya menyambut kepulangan Budin.Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan.

Besoknya,Budin meneruskan rancangan jahatnya.Kali ini lebih jauh dibawa si Tompok,20 km dari rumahnya.Tetapi seperti semalam Tompok berjaya mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus asa begitu sahaja, alang-alang peluk pekasam,biar habis basah sampai ke pangkal lengan.

Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Tompok lagi jauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu. Habis semual jalan ditempuh,sekejap ke kiri,sekejap ke kanan, yang lurus,yang bengkok,segala kona,segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok dibuang begitu sahaja.

Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah. Budin: Ayang,Tompok ada kat dalam rumah tak,tanya Budin dengan penuh suspen lagi berdebar-debar. ..

Gayah: Ada,ada dekat depan pintu tu ha, kenapa? tanya Gayah kehairanan.

Budin: Panggil dia! herdik Budin dengan nada yang tinggi...

Gayah: Kenapa? tanya Gayah lagi.
Budin: Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat ni...
Hhahahahaha...apa maksud cerita ini? Moral of the story jangan ada niat jahat sesama makhluk Allah.Tuhan akan tunjuk balasannya samada cepat atau pun lambat.Si Bidin ni telah mendapat balasan yg setimpal...jgn ada benci sesama makhluk yg bernyawa !!! Na u zubillah minzalik !


Sikap yang terpuji



Mimpi



Assamualaikum wbt....:-)


Kebanyakkan dikalangan kita mesti bermimpi diwaktu tidur.Saya akui setiap mlm mesti saya bermimpi.Pantang terlelap sikit pun saya pasti bermimpi.


Seperti yg kita ketahui mimpi adalah mainan tidur tetapi kadang-kadang mimpi memberi alamat atau petanda kepada seseorang tentang sesuatu perkara yang bakal terjadi di sekeliling mereka.
Sekiranya kita mendapat mimpi yang baik, kiranya gembiralah kita.
 Dan sekiranya
mendapat mimpi yang buruk,tentu kita merasa tidak senang duduk. Oleh itu,
ambillah wuduk sebelum tidur dan bacalah ayat Al Quran.


Ikutlah sunnah Rasulullah S.A.W yang telah diajar oleh Baginda untuk umat umatnya
semoga tidur kita dirahmati Allah Yang Esa.
Rasulullah adalah teladan kita, seluruh kesehariaannya adalah panduan kita ikut. Dalam
‘terjaga’ atau terlelap sekalipun.
Rasulullah SAW biasanya tidur di awal malam dan bangun di akhir
malam untuk melaksanakan solat.


Seorang muslim hendaknya selalu bermuhasabah diri sebelum tidur tentang apa
yang telah dilakukan sepanjang hari. Jika ada yang baik hendaknya segera mengucapkan
“Alhamdullilah”. Jika sebaliknya, hendaknya segera beristigfar dan bertaubat. Sebelum
tidur disunahkan berwudhuk terlebih dulu serta mengiring ke sisi kanan ketika tidur.
Menjelang tidur, disunnahkan membersihkan tempat tidur dengan tiga kali sapuan.
“Jika engkau hendak menggunakan tempat tidur, maka sapulah atau kibaskan dulu,
kerana siapa tahu ada sesuatu di baliknya”. Dan dalam riwayat lain, “tiga kali”.
(HR. Muttaqun’alaih)


Dimakruhkan tidur dengan tertelungkup/meniarap , ” Tidur tertelungkup/meniarap itu
merupakan kebiasaan penghuni neraka”. (HR. Ibnu Majah)
Disunatkan membaca ayat kursi dan diakhiri surat Al Baqarah serta surat Al Ikhlas, Al Falaq, dan An Naas serta membaca doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.











Friday, 20 July 2012

Mek Selemoh malu2 kucing



Assalamualaikum...salam hujung minggu !

Cuba anda lihat gambar nih..mek selemoh saya ni ha bila mama dia nak posing dia pun sebok nak bergambar jgak tapi malu malu kucing la plak..Apa ke jadahnya buat aksi mcm nih.Mek Selemoh dah hilang keyakinan diri ke ? dah tu sorok2 muka disebalik baju mama dia!

Mek Selemoh yg pemalu !



Ramadhan....Alhamdulillah



Assalamualaikum......




Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi.
Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi.

Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya (Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi.

Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata : Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi.

Dengan itu marilah kita sama sama menghidupkan bulan Ramadhan dgn memperbanyakkan membaca kitab suci Al Quran,berzikir, bersedekah dan melakukan amalan2 mulia yg lain. 







Wednesday, 18 July 2012

Bersyukur dgn nikmat yg diberiNYA



Assalamualaikum semua...

Kali ini saya nak menceritakan mengenai 'syukur'..Apa erti syukur sebenarnya??

Erti syukur terletak pada kekerapan kita mengucap syukur. ALLAH suka pada sesiapa saja yang rajin bersyukur. 

Apabila kita rajin bersyukur, kesannya hidup kita akan jadi lebih tenang. Ketenangan itu adalah petanda bahawa rahmat ALLAH mengalir sebagai tanda ALLAH kasihkan kita.

Disini saya  menyenaraikan tanda2 syukur yg saya boleh lihat pada diri saya :-

1.Saya bersyukur sebab masih boleh bernafas sehingga ke hari ini.
2.Saya bersyukur sebab tidak tinggal di kawasan terpencil.
3.Saya bersyukur sebab menjadi rakyat Malaysia yang penduduknya berbilang kaum tapi hidup aman makmur harmoni.
4.Saya bersyukur sebab ada emak & adik beradik yang selalu memberi perhatian kpd saya yang bermakna dia sayangkan saya.
5.Saya bersyukur sebab mempunyai jumlah keluarga yang besar.
6.Saya bersyukur sebab mempunyai kengkawan yang baik-baik-baik-baik-baik-baik (ulang sampai kabur) belaka.
7.Saya bersyukur kerana mempunyai saiz badan yang kecil jadi orang selalu ingat usia saya muda beberapa tahun dari usia sebenar.
8.Saya bersyukur kerana mempunyai pekerjaan tetap dengan gaji yang dikira cukup utk kehidupan saya.
9.Saya bersyukur kerana boleh membeli belah dan membayar bil-bil dengan duit titik peluh saya sendiri.
10.Saya bersyukur kerana dilahirkan sempurna dan cukup sifat.
11.Saya bersyukur kerana walaupun saya ini tidak punya apa, tapi tatap manjadi idola kepada orang-orang tertentu.
12.Saya bersyukur kerana walaupun sedikit kurus, tetapi muka saya tak lah cengkung sangat.
13.Saya bersyukur kerana mempunyai ramai kawan, yang terdiri dari pelbagai peringkat umur.

14.Saya bersyukur kerana mempunyai bos yang sporting dan saya banyak belajar dari beliau.
15.Saya bersyukur kerana kawan-kawan,teman-teman,sahabat-sahabat saya boleh menerima saya seadanya saya.
16.Saya bersyukur kerana berat badan saya tak senang turun dan tak senang naik.
17.Saya bersyukur kerana masih berselera dan boleh makan makanan yang sedap-sedap.
18.Saya bersyukur kerana ada teman tempat untuk mengadu.
19.Saya bersyukur kerana negara kita malaysia adalah sebuah negara yang aman kalau nak dibandingkan dengan negara-negara lain.
20.Saya bersyukur kerana saya sudah ada blog.
21.Saya bersyukur kerana saya masih boleh bergelak ketawa.
22.Saya bersyukur walaupun tak pandai masak, tapi kucing saya suka masakan saya.
23.Saya bersyukur kerana saya seorang yang tersangatlah pandai memujuk hati sendiri.
24.Saya bersyukur kerana walaupun saya seorang yang boleh tahan pemarahnya tapi cepat juga reda marahnya.
25.Saya bersyukur kerana saya seorang yang menepati masa.eh! ya ke ? 
26.Saya bersyukur kerana tidak mempunyai penyakit yang teruk.
27. Saya bersyukur kerana saya menghargai keindahan alam ciptaan tuhan.
28.Saya bersyukur kerana selain dari membaca buku, saya juga dapat membaca blog-blog yang best.
29.Saya bersyukur kerana ada laptop & broadband maka dapatlah saya berinternet.Tak beli Galaxy Tab pun takpe lah !
30.Saya bersyukur kerana saya sedikit sebanyak telah mempunyai kesedaran untuk berubah (ke arah yang lebih baik, insyaAllah).
31.Saya bersyukur kerana ada Mek Selemoh & Mat Tey yg menceriakan hidup saya.

Ini aje ke tanda kesyukuran yg ada pada diri saya ? Nampaknya kena perbanyakkan lagi tanda syukur saya ke hadrat ILLAHI ....banyak lagi sebenarnya yg perlu kita syukur cuma kita yg menjadi hambaNya selalu terlepas pandang dgn nikmat2 yg Allah Taala berikan kpd kita.Semoga kita tidak menjadi manusia yg alpa! aaminn. 







Tuesday, 17 July 2012

Koleksi 'lukisan potret dari ku'



Assalamualaikum :-)


Kita bermuqaddimah dulu....


"Kesenian merupakan satu penghasilan dari jiwa yang jujur dan tercipta bagi menyatakan suara jiwa terhadap Al-Khaliq. Ia ibarat pengaduan rasa dan ucap syukur akan keindahan yang diciptakanNya kepada diri manusia".- Al Ghazali

Satu masa dulu semenjak disekolah lagi saya memang minat melukis terutamanya melukis potret.Sekarang pun minat melukis masih melekat dlm diri saya cuma ada penyakit malas yg melanda jiwa ini...Nak tau saya pernah juga menghabiskan masa berjam-jam utk menyiapkan satu potret dan saya cukup suka berkunjung ke Pasar Seni untuk memerhati cara pelukis2 pro melukis potret. Seronok melihat sambil belajar kemahiran tangan mereka.

Walau bagaimana pun skill tersebut tidak boleh di gilap mana selepas terdengar tentang percanggahan pendapat ulama mengenai hukum melukis objek-objek yang hidup seperti manusia dan binatang.Dengan demikian ia membataskan saya untuk terus mengasah bakat. Namun begitu banyak pendapat mengatakan lukisan hanya pada kepala tidak boleh dianggap sebagai objek hidup.So mcm dikira bole la melukis raut wajah shj.Tapi sebenarnya benda ni belum betul2 mendapat kesahihan yg tepat.Bermcm pendapat saya dengar, so saya pilih utk berhenti melukis sejak 2003 sehingga ke hari ini.

Hajat dihati nak sambung semula aktiviti melukis ni cuma nak start tu liat skit.Saya  nak kena cari penawar dulu utk hilangkan simpton MALAS NI.Bukannya senang nak mulakan balik,kena ada mood yg baik baru boleh proceed.Semua ni alasan sebenarnya,nak seribu daya tak nak seribu dalih.


Berikut adalah paparan beberapa potret yg saya lukis dikala mood saya tgh baik.....mari kita lihat !


Shah Rukh Khan

Hrithik Roshan

Salman Khan

Leonardo Decaprio

Salman Khan

Osama Bin Laden

Shiela Majid

Kajol
Kate Winslet

Princess Diana

Aishwarya Rai

Erra Fazira

Wajah saya sendiri

p/s :Saya perlu mempelajari lebih mendalam dlm  teknik sketching ni..banyak yg tak kena kalau dilihat potret  yg saya lukis.Cara saya sketch nampak tak kemas.Pernah nak masuk kelas melukis tapi tak jadi sbb ada penyakit M...bila dah ada penyakit tu semua mende tak jadi.!



Sunday, 15 July 2012

Buat blog just for fun



Salam hujung minggu.....

Sekarang nih dah ramai orang yg memiliki blog kan ?? Ada bermacam2 jenis blog,ada orang buat blog utk meluahkan perasaan,ada untuk buat business,ada pula untuk menunjukkan hasil kreativiti dan banyak lagi sebab sebabnya.

Jadi kenapa saya pun ingin berblog? Saya buat blog hanya untuk berkongsi kongsi apa yg saya fikirkan,apa yg saya rasakan,apa yg saya impikan,apa yg saya harapkan,apa yg saya lakukan,apa yg saya lalui dan apa yg saya minat (suka).

Saya buat blog bukannya nakkan publisiti ke apa,atau nak jadi blogger glemer ke,blogger femes ke,ianya hanya untuk suka2 saje.Dengan cara ini saya rasa lebih lega campur seronok dan bila menaip di ruangan blog ini rasa macam satu therapy yg baik untuk minda & perasaan saya. 

Satu saje pesanan dari saya =) kalau anda suka baca blog saya, you're welcome,kalau tak suka pun takpe sbb kita tak boleh mengharapkan org ramai menyukai sesuatu yg kita lakukan...tak gituuu???
Yg penting kita mesti ada keyakinan diri !


"mama saya la yg suruh saya buat blog,saya tak nak pun sbb saya ni tahu makan & tido je...huhuhu"

 *bakpo mek selemoh mu kecek gitu?buat malu mama jah !*




Saturday, 14 July 2012

Nak jadi artis konon !!!



Dikalangan famili hanya saya yg minat gila dgn artis artis ni.Dari sekolah rendah lagi saya mula mengumpul gambar2 artis malah saya minta jasa baik kakak saya utk melukis potret artis idaman saya.Berkebetulan pulak kakak saya mmg suka melukis potret..So apa lagi tak menjadi masalah baginya utk memenuhi kehendak saya...hehehe

Sekarang tak terkecuali dan minat dgn golongan artis masihhh berleluasa dlm diri saya..ehmmm sebonarnya saya ni pun pernah berangan nak jadi artis tapi ada beberapa sebab yg tak melayakkan diri saya utk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dgn geng2 artis.Nak tau sebab musababnya ? ok kita zaaas...

1] Saya kena tilik dulu wajah saya dlm tempurung.Adakah mempunyai wajah  nilai komersial ke tak...jawapannya TAK (sedar diri itu amalan terpuji)

2]  Saya berbadan kecil.Kebanyakkan pelakon mesti berbadan mcm 'miss world' terutamanya kalau nak jadi heroin.(saya mmg nak pegang watak heroin)

3] Saya tak pandai dari segi gaya pengucapan & cara nak berinteraksi dgn wartawan @ peminat.Takut nanti wartawan tanya lain jawap lain.Tak ke haru biru.

4] Saya kureng pandai berbahasa inggeris..Nak jadi artis kena la pandai bahasa antarabangsa tuh mcm Lisa Surihani, baru la produksi yakin utk menghantar artisnya ke luar negara utk promosi produk mereka.

5] Saya tak 'smart' pun.Saya belajar setakat mana sangat.Nak jadi artis zaman sekarang nih kena berpelajaran,baru la org suka kita..Peminat sekrg dah pandai menilai seseorg artis.Kalau tak takkan Lisa Surihani mempunyai berjuta peminat.

6] Famili tak menggalakkan saya menceburi bidang tersebut yg mmg nampak indah diluar tapi hakikatnya kosong.Lifestyle totally akan berubah.Kalau tak kuat iman hancuss jadinya.

Itulah antara sebab sebabnya yg tak dapat dikompromi oleh mana mana pihak mahupun diri saya....
  
OK saya nak tunjuk gambar artis2 yg bertuah kerana diminati oleh saya.Tanpa saya siape lah mereka itu....kua kuak kua!



MARIE OSMOND (penyanyi Hollywood yg terkenal sekitar 70an-80an)


BROOKE SHIELDS (pelakon Hollywood yg terkenal dgn kejelitaannya sekitar 80an-90an) 


SOFEA JANE (pelakon yg terkenal dgn keayuannya sekitar 90an)


AISHWARYA RAI (pelakon Bollywood yg tidak asing lagi,miss world 1994)


SITI NURHALIZA ( artis tersohor Malaysia,dari dulu sehingga kini)


LISA SURIHANI ( pelakon yg saya masih setia meminatinya)


p/s : saya kata mereka bertuah kerana peminat fanatik mereka (saya) ada buat album foto2 exclusive mereka. Tapi itu dulu,sekarang album2 tu dah hilang (dimana ya!).Yg ada dlm simpanan peribadi saya cuma album Lisa Surihani,kenapa? sbb saya masih meminati beliau...yg lain tuh hai hai bye bye! 



 wajah mcm nih pernah ada hati nak jadi artis (pelakon) ?? sila tempurung diri sendiri dulu !!