Wednesday, 11 July 2012

Setiap orang ada makanan kegemarannya



Apabila ditanya mengenai makanan kegemaran laju je yang akan menjawabnya kan? haha ye lah, semua orang punya makanan kegemaran masing masing,sudah semestinya....

Ada sesetengah orang tu crazy dgn masakan yang pedas, kalau tak rasa pedas, memang hilang selera nak tambah lagi....
Ada sesetengah org pulak suka makanan yang bergoreng macam keow teow goreng, mee goreng,nasi goreng & bla bla bla....

 Ada juga apabila ditanya apakah makanan kegemaran? rata-rata yang akan menjawab "suka masakan daripada ibu"... aduhh..macam takde jawapan lain je kan? hehe seperti mana yang kita sedia maklum masakan ibu adalah yang paling power sekali kerana ibu kita sendiri lebih memahami apa yang kita suka dan dan tak suka.Kalau kita cuba masak sendiri pun for sure tak sama kan rasa original yang ibu kita buat,betul kata orang tua-tua dulu...'air tangan mak tak sama dengan orang lain masak'.

Seperti kebanyakkan org juga,makanan kegemaran saya sudah tentu masakan-masakan dari ibu saya dan kakak saya.Saya memang gemar memakan masakan ibu saya kerana semua lauk-pauk yang dimasaknya amat enak dimakan,terutamanya masak lemak lengkuas,masak lemak sayur,ikan singgang,daging singgang & ayam percik.Saya mmg penggemar memakan masakan yg jenis bersinggang atau pun bersup.


Masak Lemak Gulai Lengkuas

Masak Lemak Sayur

Masak Singgang Ikan


Gambar ehsan dari Google

Selain daripada masakan ibu,saya juga gemar memakan masakan kawan2 saya.Kawan2 saya kebanyakkannya terel masak,sumpah!!..Fuhhh ! kalu diorang masak 'panggil tak dengar'.

Makanan yg sangat2 saya gemari ialah nasi goreng,tak kisah lah nasi goreng apa2 pun janji yg bernama nasi yg telah digoreng (ada faham?). Nasi goreng daging kunyit paling saya suka.Daging mempunyai protin yg tinggi.Walaupun ia tidak berkhasiat saya tetap santap kerana kita hidup harus makan,itu prinsip saya dan prinsip mek selemoh.

 
Nasi Goreng Daging Kunyit

Makanan kegemaran saya yg lain adalah nasi lemak..ia berkhasiat kepada saya kerana ia ada timun,telur dan juga nasinya yang mengandungi vitamin,protein dan benda2 yang berkhasiat.walaupun ayam mengandungi lemak, kita juga harus mengambil lemak cuma jangan banyak2.

Jenis-jenis makanan-makanan dan minuman yang harus kita elakkan ialah makanan yang berminyak, berlemak dan makanan-makanan yang manis.Kalau minuman elakkan minuman yang manis dan bergas.

Saya setuju bahawa menjaga pemakanan akan menjamin kesihatan kerana ia akan mengurangkan risiko menghidapi pelbagai penyakit yang tidak diingini.Jika kita tidak menjaga pemakanan,kita akan mudah menghidapi penyakit2 kronik seperti darah tinggi,cholesterol yang tinggi dan bermacam-macam lagilah yg tinggi.

Oleh itu,kita harus mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan bersenam,meminum air putih sebanyak 8 gelas setiap hari dan mengurangkan minyak,gula,garam dan sos.Malah,kita patut melebihkan pengambilan makanan seperti sayur-mayuran dan buah-buahan. Buahan-buahan dapat memberi kesihatan kpd kulit manusia.


p/s : saya pencinta makanan tapi saya tak gemar masak....ekeh keh!



No comments:

Post a Comment