Assalamualaikum !
Hari ini hari jumaat,syukur Alhamdulillah ke hadrat ILLAHI kerana masih diberi peluang utk berada di bumiNYA ini.....
Seperti biasa saya tetap bangun awal,solat subuh dan pastu bersiap sedia utk pergi kerja..But sebelum tu biasa la rutin pagi2 bagi makan kat anak2 saya iaitu Mek Selemoh & Mat Tey...indahnya hidup ini !!
Pagi2 lagi cuaca sungguh cerah dan jalanraya banyak kereta..tapi dah boleh terima situasi sebegitu.Kenapa tiba tiba saya rasa sungguh happy hari ini dan rasa bersemangat yg amat sangat !!
Ok dah tau,dah tau sebabnya...esok saya nak balik kampung walaupun cuma dua hari saja tapi seronok,boleh jumpa emak,abang & my siblings kat sana.Tambah2 dah nak dekat puasa ni nak sangat jumpa mak,nak sembang2 pasal persiapan menyambut ramadhan.Sbg anak perlulah ambil tau tentang apa yg diperlukannya,bantu kewangannya etc....
Benarlah kata pakar motivasi dlm buku yg saya baca.Katanya,lebih gembira kita,maka akan lebih bersemangat kita jadinya.Itulah yg saya rasai.Dari situasi itu,saya memahami bahawa bila kita gembira,tahap motivasi kita akan berubah sama,naik ke tahap lebih tinggi.Mungkin,bila kita kekalkan rasa kegembiraan maka lebih bermotivasi diri kita.
Mulai hari ini sama samalah kita mengekalkan kegembiraan yang kita rasai.Moga dari perasaan gembira itu kita boleh kekalkan motivasi yg terbina dlm diri kita...
Macam mana ye nak jadi org yg gembira selalu ???
Oh! gini caranya berdasarkan apa yg saya baca..
1.Maafkan kesalahan org lain yg pernah diorang buat pada kita,dari dulu sampai sekarang.Maafkan,lupakan,jgn ingat balik.
2.Elak jadi pendendam.
3.Memilih utk jadi org yg happy selalu walaupun berat mcm mana pun masalah yg melanda.
4.Berusaha menggembirakan org lain sebab dlm proses tu kita sendiri akan jadi gembira.
5.Elak sikap cepat sakit hati,cepat geram atau cepat tertekan.
Jadi kita sama samalah mencuba utk menjadi org yg happy !!!! yabedabedoooo!
No comments:
Post a Comment