Assalamualaikum......
Bulan Ramadhan merupakan bulan
yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak
kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa
tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan
ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai
kelebihannya.
Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda
Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka
pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala
syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi.
Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud
Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya
akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi.
Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda
tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya (Ramadhan) penuh
keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud,
Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi.
Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata :
Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam
baginya melainkan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa
adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang
menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia
dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan
yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa
lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang
berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila
berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia
gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e,
Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi.
Dengan itu marilah kita sama sama menghidupkan bulan Ramadhan dgn memperbanyakkan membaca kitab suci Al Quran,berzikir, bersedekah dan melakukan amalan2 mulia yg lain.
No comments:
Post a Comment