Thursday, 12 July 2012

Mengantuk ditempat kerja ??



Saya akui yg saya sering rasa mengantuk ditempat kerja.Kadang2 tu baru je sampai ofis dah mula rasa letih dan teringatkan tilam kat rumah.Apa ke jadahnya pagi2 dah rasa mcm tuh.Ada apa2 yg tak kena ke pada diri saya???

So ada la saya terbaca beberapa tips yg boleh membantu org seperti saya ni.Kita tidak bole biarkan situasi sebegini terus terusan berlaku pada diri kita.Kita nak kerja lama lagi kan kan???Tips nya  seperti dinyatakan dibawah ini = )

Rasa mengantuk ini boleh dihilangkan dengan berbagai cara, terpulang kepada individu.
Disini terdapat beberapa tips yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kecergasan dan mengatasi masalah cepat letih serta mengantuk di tempat kerja.

1. Mesti bersarapan walaupun anda tidak rasa lapar
Kajian menunjukkan individu yang bersarapan berasa lebih baik daripada segi mental dan fizikal. Penyelidik dari Universiti Cardiff, United Kingdom mendapati hidangan seringkas bijirin sarapan pagi boleh merendahkan tahap hormom yang menyebabkan tekanan.

2. Lebihkan pengambilan sumber serat
Untuk mengekalkan kesihatan, kita disaran mengambil sekurang-kurangnya lima hidangan serat setiap hari tetapi jika mahu meningkatkan tahap kesihatan dan mencegah penyakit, kita perlu makan lima hingga sembilan hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan sehari.

3. Makan setiap 3 hingga 4 jam dalam kuantiti kecil
Makan secara teratur tiga kali sehari boleh mengawal paras gula dalam darah. Makan sedikit tetapi kerap lebih baik daripada akan banyak pada satu-satu masa. Pastikan setiap hidangan mengandungi karbohidrat dan protein sebagai sumber tenaga.

4. Minum Banyak Air
Air sangat penting untuk memastikan semua organ berfungsi secara optimum. Kekurangan air walaupun sedikit boleh membuatkan darah menjadi pekat dan memaksa jantung untuk mengepam lebih kuat. Tanpa disedari perkara ini menyebabkan kita terasa penat. JIka anda rasa mengantuk, terutama selepas makan tengah hari, itu tandanya kurang oksigen sampai ke otak. Untuk mengatasinya, minum lebih banyak air masak bagi menghilangkan rasa mengantuk kerana air menjadi bahan paling murah untuk menyingkirkan bahan toksik daripada badan. Kita disarankan meminum air sebanyak 8 gelas atau sekurang-kurangnya 1 liter sehari.
Individu yang mempunyai masalah berat badan berlebihan adalah digalakkan lebih banyak minum air kosong bagi mengelakkan pertambahan kalori yang tidak diperlukan daripada gula.

5.Kurangkan pengambilan minuman yang mengandungi kafein, terutama di waktu petang dan malam
Kafein mempunyai kesan diuretik iaitu yang membuatkan anda kerap buang air kecil dan kehilangan banyak air. Bagaimanapun, ini bukan bermakna anda tidak boleh minum kopi atau teh kerana sekadar satu cawan tidak mendatangkan mudarat. Pengambilan kafein pada kadar sederhana boleh membuatkan kita berasa segar selama beberapa jam yang menyebabkan sukar untuk tidur malam dan akibatnya kita akan letih dan mengantuk di tempat kerja.

6. Segarkan semangat anda
Keletihan fizikal tidak sama dengan keletihan mental. biasanya keletihan mental membuatkan anda berasa tidak bermaya dan tiada semangat untuk melakukan sebarang perkara. Keletihan fizikal hilang selepas kita mandi, berehat atau tidur seketika. Namun keletihan mental termasuk perasaan sedih, marah, geram, bosan atau tekanan lain akan berlarutan selagi ia tidak ditangani. Badan bertindak balas terhadap perasaan yang kita pilih. Jika kita mahu berasa gembira, secara automatik badan dan otak terasa lebih bertenaga dan cergas. Namun jika anda masih terasa lesu, anda boleh mencuci muka atau pun terus berwudhuk. Ada kajian terapi air yang mudah ini boleh membuatkan kita berasa lebih segar.

7. Jangan mengeluh dan hilangkan apa yang terbuku dalam hati
Keluhan memberi kesan negatif kepada semangat kita. Perasaan terbuku sebenarnya adalah kesan sampingan tekanan yang boleh menyebabkan degupan jantung menjadi cepat dan meningkatkan tekanan darah.

8. Jangan pandang rendah pada diri sendiri
Cari kelebihan diri dan gunakan is sebagai perangsang semangat untuk menjalani hidup dengan lebih baik. Didik diri menjadi pemaaf kerana sikap ini sebenarnya memberi kesan positif terhadap minda dan emosi kita.

9. Amalkan teknik pernafasan yang betul
Tarik nafas dalam-dalam, tahan seketika dan lepaskan perlahan-lahan. Ulang 10 kali. Apabila dalam keadaan tertekan, pernafasan menjadi cepat dan pendek. akibatnya kurang oksigen dibawa masuk ke dalam badan yang membuatkan kita berasa cepat letih.

10. Senyum dan lakukan perkara baik
Senyuman bukan saja membuat orang berasa senang, tetapi ia juga mententeramkan perasaan kita. Selain itu, lakukan perkara baik dengan membantu orang lain. Peluang untuk berbuat baik sentiasa ada di keliling kita. Terpulang kepada kita sama ada mahu memanfaatkannya.

11. Bersenam
Ini adalah cara efektif untuk mengembalikan tenaga. Ramai bertanya kalau sudah letih bagaimana mahu bersenam? Rahsianya, apabila anda bersenam, badan akan mengeluarkan tenaga daripada lemak yang disimpan dan ia secara tidak langsung membuat anda berasa lebih segar, fikiran tenang serta mudah tidur pada waktu malam.

12. Membaca Ayat Al-Quran
Berdasarkan pengalaman saya, sepotong yat Al-Quran di dalam ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan mengantuk. Tetapi saya lebih selesa membaca keseluruhan Ayat Qursi tersebut kerana keseluruhan Qursi pun tidaklah panjang pun.


Oklah, sampai disini sahaja,yang penting prestasi kita meningkat setiap hari dan pastikan anda tidur secukupnya.


mak datuk!!!...dia tidur rupa2nya..ishh pemalas betul..org suruh buat keje ini yg dia buat..nak kena belasah si bedebah nih !!


yang ni pun dua kali lima juge......makan nak tapi suruh buat keje haperak!!


memang tak boleh harap orang2 mcm nih


eh!! kamu tau tak byk tidur tu merupakan satu penyakit ???





No comments:

Post a Comment