Tuesday 18 December 2012

Berkatnya doa seorang ibu



Assalamualaikum.....




Rasulullah SAW telah bersabda:

“Sungguh rugi. Sungguh rugi dan sungguh rugi! Iaitu orang yang masih mempunyai ibu bapa yang sudah tua atau salah satu daripada mereka, kemudian, hal ini tidak dapat memasukkannya ke dalam syurga (kerana tidak berbuat baik kepada mereka)”
(Hadis Riwayat Muslim)
 

Ada orang yang terselamat daripada kemalangan, mendapat projek berjuta-juta ringgit atau mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka. Semua ini adalah berkat doa ibu  mereka yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada anak-anak mereka kerana anak-anak mereka telah berjasa dan menjaga mereka ketika tua.


Ini adalah kebaikan yang diperolehi oleh anak ketika di dunia sedangkan di akhirat, anak-anak yang berbakti kepada ibu mereka akan mendapat kenikmatan syurga. Sangat besar jasa yang telah diberikan oleh ibu terhadap anak mereka. Pengorbanan mereka tidak akan mampu dibalas oleh apa pun bentuk balasan daripada seorang anak. Oleh itu, berbakti kepada ibu @ bapa adalah kewajiban yang perlu ditunaikan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Perintah berbuat baik kepada ibu ini telah banyak disebutkan di dalam al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW. Hal ini menunjukkan bahawa hak ibu bapa diiringkan dengan hak Allah SWT.
 

Dengan demikian, ibu merupakan pintu atau cara untuk mendapat kejayaan serta keselamatan hidup di dunia dan akhirat.
 
 
 

1 comment: