Assalamualaikum,salam sejahtera,hai,hello...!
si comel pun suka termenung |
hehe saya ni suka termenung!.Kadang2 tuh suka sangat teringat kenangan lama.Saya masih ingat lagi semasa zaman persekolahan dulu saya sengaja duduk tepi tingkap,terutama hari hujan,pasal apa? saya suka tengok hujan turun,kira titisan hujan hehe!.Tapi bila saya dah dewasa dan sehingga kini,saya dah tak pilih tempat tepi tingkap dah,saya termenung dimana2 saja umpamanya di kamar beradu @ di dalam bilik air.Saya akan termenung dan berfikir terutama bila saya susah hati.
Apa kebaikan termenung sebenarnya ?
Pada saya,jelasnya termenung tiada kebaikan dan tidak mendatangkan apa-apa faedah dan lebih membawa keburukan kepada kita.
Perbuatan termenung menunjukkan kita tidak mempunyai apa2 untuk dilakukan. Ini adalah sesuatu yang membuang masa dan sepatutnya kita melakukan banyak perkara lain. Termenung juga menggalakkan kita menjadi murung dan tidak bersemangat. Kita akan jadi seperti keseorangan dan tidak bergaul dengan orang lain.Termenung juga menyebabkan kita menjadi letih dan PEMALAS.Tak gitu?
Jadi saya nak cuba untuk mengurangkan tabiat saya yg suka termenung.
Ni hah beberapa gambar menunjukkan betapa
saya memang suka termenung....
Jadi saya nak cuba untuk mengurangkan tabiat saya yg suka termenung.
Ni hah beberapa gambar menunjukkan betapa
saya memang suka termenung....
termenung tentang apa tuh,macam best je ! |
ini sebenarnya sedang termenung ke sedang berangan ?? |
janganlah fikirkan sangat ! |
macam banyak masalah jer |