Bukan senang nak menjadi kawan yang baik...Saya sering terfikir mampukah saya menjadi seorang kawan yang baik iaitu:
Kawan baik yang sentiasa menyenangkan hati kawannya yakni tidak sama sekali menyakiti hati kawannya.
Kawan baik yang tidak pernah mengumpat di belakang kawannya.
Kawan baik yang tidak pernah cemburu dengan kejayaan kawannya
Kawan baik yang membantu kawannya untuk mencapai kejayaan.
Kawan baik yang tidak pernah mempengaruhi kawannya untuk membuat perkara yang buruk dan sia sia.
Kawan baik yang menasihati kawannya untuk berbuat kebaikkan.
Kawan baik yang senang dicari bila tiba masa sedih atau masa gembira.
Kawan baik yang menjadi tempat kawannya untuk meluahkan perasaan.
Kawan baik yang tidak memaksa kawannya untuk sentiasa berada disisinya.
Kawan baik yang tidak pernah melarang kawannya untuk berkawan dengan kawan yang lain.
Kawan yang tidak pernah cemburu jika kawannya mempunyai ramai kawan kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawannya.
Kawan baik yang sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawannya didunia dan diakhirat di dalam doanya.
Kawan baik yang faham yang kawannya bukanlah seorang yang sempurna.
Kawan baik yang sentiasa menghargai kawannya.
Kawan baik yang senantiasa memberitahu perkara yang baik2 belaka kpd kawannya.
Jadi untuk menjadi seorang kawan baik dan mendapat kawan2 yang baik kita mestilah terlebih dahulu memuhasabah diri kita.
Saya ingin menjadi kawan baik kepada mereka2 ini |
Harapan saya semoga saya menjadi kawan baik yang baik..aaaminn.
No comments:
Post a Comment