Thursday, 21 June 2012

Bukan sebarang tips




 Salam Jumaat kepada anda yg dikasihi....

Hari ini nak bercerita perihal anak & cucu ku !



hai everybody !! nama saya MAT TEY.  saya anak kpd MEK SELEMOH.tapi ibu saya tak suka saya .IBU IBU!! peluk lah saya ..!!

Ini lah ibu saya.nampak jer cool tapi ganas mcm singa!!!!

Hari2 saya dapat main dgn yg tiruan saja .ibu saya asyik nak belasah saya !!

Anda mungkin dah menyedari tapi bagi yg belum menyedari saya sedarkan sekali lagi betapa saya ni peminat fanatik terhadap makhluk Allah ni..meow meow meow !!!..aha apa lagi kalau bukan KUCING.Mereka lah sbg pembakar semangat ,pemberi keceriaan & penyumber inspirasi  terhadap kehidupan ini .tidak syak lagi !

Disini saya ingin berkongsi tips mcm mana saya jaga mek selemoh dan mat tey saya dari beberapa aspek.

Kucing adalah binatang peliharaan yg tersangat lah femes dikalangan masyarakat kita.(tapi tak semua minat kucing,malah ada yg jijik melihat mereka sehingga hilang selera mkn).

Tips yang ingin dikongsi merangkumi beberapa aspek antaranya dari segi kesihatan fizikal,kesihatan dalaman,kebersihan kucing dan pemakanannya.

Dari segi aspek fizikalnya iaitu anggota badan kucing pastikan setiap anggota badan kucing seperti tapak kaki mereka tidak mengalami pendarahan atau ada fungus di cuping telinga mereka. Ini boleh menyebabkan kucing kita mengalami kegatalan dan ketidakselesaan dianggota tersebut.

Dari segi faktor dalaman pula merangkumi aspek tindakbalas seperti tidak selera makan dan ada simpton2 seperti batuk,selsema.So jangan teragak2 utk bawa jumpa dr veterinar untuk pemeriksaan.Ini bertujuan utk memastikan tiada organ dalaman kucing yg tercedera.

Kebersihan kucing merupakan aspek penting yg patut dititikberatkan seperti orang mcm saya dan anda kerana kucing yg comel dan bersih fizikalnya akan menjadi tumpuan orang ramai dan kepada diri kita sendiri.

Ha ! mek selemoh ni nak kena juga dimandikan.Kalau tak mandi nanti ada jangkitan virus seperti kutu etc.tapi mek selemoh tuh kadang2 liat nak mandi.Kita kena tgk juga atas kesesuaian syampu yg digunakan bagi menjamin kebersihan.

Dari segi pemakanan pula pastikan kucing mendapat nutrien yg cukup.Saya syorkan anda memberi makanan seperti ROYAL CANIN atau IAMS sb ia byk zat mineral dan protein.Disamping itu ia membuat bulu kucing kita  cantik dan lebat..
    

Jadi sayangilah kucing anda..Once kita dah bela bermakna ia menjadi tanggungjawab kita utk menjaga kesejahteraan mereka.


 

No comments:

Post a Comment