Monday, 25 June 2012

Bacalah !



Anda minat membaca??? hhheee saya nak kata betul2 minat tu tak lah juga.Bak kata orang "suam suam kuku saja".Tapi kita semua tahu kan membaca merupakan satu amalan yang mulia.Banyak faedahnya boleh diperolehi dengan membaca nih.Kerajaan juga menggalakkan kita membaca dengan membuat pelbagai kempen supaya kita minat membaca.Tak gituuu ?Kita tahu kan bahawasanya membaca dapat meluaskan pengetahuan.Ini kerana membaca merupakan jambatan ilmu.Banyak ilmu yang dapat kita perolehi dengan membaca buku (especially novel hehe),surat khabar,atau majalah (majalah hiburan?).Kita juga dapat mengetahui perkara-perkara baru dalam pelbagai bidang ilmu seperti ilmu psychology etc.

Kita dapat mengetahui tentang isu semasa yang berlaku di seluruh dunia. Misalnya,masalah kegawatan ekonomi,pencemaran alam sekitar,pergolakan politik,dan sebagainya.Dengan demikian,kita akan lebih peka terhadap perkembangan semasa dan tidak lagi menjadi seperti 'katak di bawah tempurung'.( nak buat bunyi katak tapi tak pandai ek ).

Satu lagi faedah membaca ialah kita dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.Masa tidak lagi terbuang begitu saja. Menyedari hakikat bahawa masa itu emas ,maka amalan membaca memang wajar dilakukan setiap kali ada masa terluang. 

Selain itu, membaca juga dapat meningkatkan pencapaian bahasa dikalangan pelajar-pelajar. Dengan membaca pelbagai bahan bacaan seperti bahasa Melayu dan Inggeris, pelajar-pelajar dapat menguasai bahasa tersebut dengan baik.Mereka juga akan terdedah kepada pelbagai gaya penulisan seperti menulis artikel dan cerpen.Sikap suka membaca wajar diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat untuk mencapai taraf Negara yang maju. Jika tidak, kita akan jauh ketinggalan di belakang dan tidak mampu bersaing dengan negara-negara lain.


    MEMBACA KITAB SUCI AL QURAN ADALAH SEGALA GALANYA.

                
Majalah ini banyak memberi ilmiah





Saya penggemar NOVEL











No comments:

Post a Comment