Ya habibi ya maulana...apa maksudnya? main tulis aje ni !
Hari ini i nak bercerita tentang bab lelaki yg menjadi igauan,khayalan dan idaman dihati sanubari ni.Sebenarnya dari dulu dulu lagi sehingga ke hari ini mmmmasihh tak ketemu dgn raja dihati ini(dah sampai terlajak ) Kenapa? sebab terlalu memilih ke apa ?.No no no jangan menuduh diri ini sebarangan.cuba usul periksa dulu.baru la tau.: (
Setiap orang inginkan yg terbaik dalam hidup mereka so saya tak terkecuali drp itu utk mencari pasangan yg baik dan serasi dgn diri saya.Kita perlu berusaha dan ikhtiar tetapi yg menentukan DIA.Lumrah manusia tak ingin dikecewa dan mengecewakan hati seseorang.Lebih ingin dijauhi ialah tak nak ada kedukaan di kemudian hari.'Ku sangka panas sampai ke petang,rupanya hujan di tengah hari'
- Kalau boleh biarlah dia mempunyai ciri2 seperti ayah saya atau abang2 saya.Mereka baik hati dgn pasangan masing2.Tak perlu cerita lebih lebih lah KIV
- Kalau boleh biarlah dia lebih matang dari saya.Tak nak nanti bila ada masalah dia tak pandai menyelesaikannya.
- Dalam mencari pasangan bab ILMU AGAMA menjadi keutamaan.Kalau cetek ilmu agamanya maka pincang sesebuah mahligai itu.Kita nak biarlah suami sebagai nakhoda yang bijak mengemudi anak2 kapalnya.Suami sbg ketua dlm keluarga perlu ada ilmu agama yg secukupnya.
- Saya sebolehnya ingin menjauhi lelaki yang 'menanam tebu ditepi bbir'.Bercakap dgn gadis2 menggunakan ayat yg power yg boleh mencairkan kaum perempuan sehingga tiada beza dgn yang betul2 dia sayang.
- Kalau boleh biarlah dia seorang yang pembersih.Senang hidup saya nanti.tak perlu pantau dimana dia letak pakaian kotor,willing nak buat kerja2 pembersihan rumah etc.
- Saya suka sangat lelaki yg ada ciri 'sense of humour'.pandai buat lawak dan sudah tentu takkan hambar sesebuah rmhtangga itu.
- Mempunyai hobi yang sama seperti suka makan ke atau suka pergi shopping
- Minat dengan kucing sbb saya pun minat sakan dgn kucing.Nanti tak perlu saya mecuci najis mek selemoh.Dia yg akan melakukannya dgn rela hati
- Mempunyai ciri2 yang sangat 'humble'rendah diri that means sedikit saja keegoannya
- Pandai masak tapi takde la sehebat chef wan ke atau chef2 yg terhebat kat dunia ni.Nanti biar la dia yg masak utk saya..hehehe
- Seorang yang bijak bila mengeluarkan idea.Senang utk saya membuat rujukan kalau saya berada dlm keadaan buntu
- Ciri ini tak kurang pentingnya iaitu sayang terhadap saya dan keluarga saya dan taat kpd ibubapa.
- Seorang yang suka bersukan supaya boleh menjaga bentuk badan iaitu maintain kemachoaannya. no boroi2
- Boleh melayan kerenah saya tanpa limit masa.dimana bila saya memerlukannya dia sentiasa berlapang dada.
- Berkelakuan baik.
Tapi ini hanyalah ciri sahaja.Bila cinta datang semua ciri2 itu dah tak penting lagi.Sementelah mana mungkin ada lelaki lengkap mempunyai ciri2 itu semua.Kita manusia hanya merancang tapi jodoh pertemuan ajal maut ditangan TUHAN.
No comments:
Post a Comment