Kali ini saya ingin berkongsi info dgn anda sekalian.Sudi sudikan lah membacanya yya !
Ok anda suka makan madu? atau adakah anda suka dimadu ??? tanya tanya lah diri sendiri.Soalan ini ada kaitan dgn apa yg nak diketengahkan di entri kali ini iaitu tentang KHASIAT MADU.
Bagi saya madu merupakan makanan yang cukup berkhasiat.Saya telah mengamalkan pengambilan madu ini sudah lebih 4 tahun.Seperti yang anda ketahui madu telah disebutkan didalam kitab Al Quran sebagai penawar kepada segala penyakit,.disebabkan itu saya telah meletakkan madu sebagai menu dalam amalan pemakanan harian saya.Setelah saya mengamalkan pengambilan madu ini saya boleh merasa kesan sampingan terhadap tubuh badan saya.Diantara kesan kesan baik yang ingin dikongsi adalah :
Ini adalah jenis2 madu yang saya amalkan )))
- Disamping rasanya manis dan sedap madu mampu mengelakkan kita dari keletihan sebab ia mengandungi karbohidrat dan glukosa yang membekalkan tenaga kpd kita.
- Madu juga merupakan salah satu alternatif berkesan utk membantu kita dlm proses mencernakan makanan.Saya amalkan madu setiap hari diwaktu pagi sebelum sarapan utk mendapat sistem pencernaan yg baik.
- Madu juga ada sifat2 antioksida yg baik utk kita iaitu sebagai bahan yg membuang agen pengoksidaan yg berbahaya dlm badan kita.Jadi kalau kita ambil madu setiap hari kita telah pun membekalkan bahan antioksidan yg bagus utk tubuh kita.
- Khasiat madu juga untuk menggalakkan bakteria baik didlm tubuh kita dan pada masa yg sama mengurangkan jumlah bakteria yg tidak baik.
- Jika kita mengalami sakit tekak,kita digalakkan mengambil madu sbg rawatan semulajadi untuk memulihkan kesakitan.
- Fungsi madu yg mengandungi bahan antibiotik yg membunuh kuman sesuai utk digunakan pada wajah sebagai masker muka.Ia memulihkan jerawat, membunuh bakteria dan melembabkan kulit.Kalau kita luka kita boleh sapu madu utk elak jangkitan.
- Satu lagi madu boleh membantu saya untuk tidur dgn lena.Saya amalkan minum madu sebelum tidur bagi mendapatkan tidur yg berkualiti.Lebih bagus jika madu itu dicampurkan bersama susu panas.
Begitulah serba sedikit info yg ingin dikongsi,sharing is caring.Kepada anda yang dah pasang niat utk mencuba madu lebih baik teruskan niat anda itu.Rasulullah SAW juga mengamalkan pengambilan madu dlm kehidupan baginda.
Selamat mencuba !!
No comments:
Post a Comment