Thursday, 28 June 2012

Sebenarnya banyak persoalan dalam hidup ni !



Assalamualaikum kepada?? ala tak kisah lah kepada sape2 pun janji kepada org yg membaca entri ini....pada hari jumaat yg mulia ni nak sembang2 pasal apa yek? ishhh! banyak betul la persoalan yg bermain difikiran nih....???????? Selagi kita bernama manusia selagi itulah banyak perkataan KENAPA..

Kenapa kita minum walaupun kita tak rasa dahaga?

Kenapa kita makan walaupun kita tak rasa lapar?

Kenapa kita rasa bosan kalau hanya duduk diam?

Kenapa kita ada seringgit tapi kita ingin nak ada sepuluh ringgit?

Kenapa kita perasan kita best padahal org lain rasa menyampah kat kita?

Kenapa kita selalu cakap kita nak bertaubat ...tapi tak pun !

Kenapa kita selalu berazam tapi tak pernah berusaha bersungguh sungguh untuk capai azam itu sebaiknya.

Kenapa kita beli baju baru walaupun kita ada banyak baju lain?

Kenapa orang yang kita nak tak nak kat kita tapi orang yang kita tak nak nak kat kita?

Kenapa kita suka sangat menyusahkan hidup orang lain?

Kenapa kita tengok org melakukan kebaikan kita tak ikut?

Kenapa kita suka sangat bagi alasan?

Kenapa kita halalkan yang haram?

Kenapa kita harus sombong walaupun kita ni bodohhh?

Kenapa kita suka sangat ponteng @ tinggal solat,klau tak pun meringankan solat?

Kenapa klau bab nak derma duit,kita mesti kata takde duit,tapi klau bab2 makan,beli handbag baru,handphone baru tak sempat terfikir pun pasal ni?

Kenapa kita harus ikut telunjuk org lain umpama seperti kerbau dicucuk hidung?

Kenapa kita nakkan 'nama'walaupun kita tahu kita tak sehebat mana pun?

Kenapa bila kita nak cari pasangan kita cari yang baik? kita sendiri macam mana?

Kenapa kita ambil ringan sesuatu perkara yang berat?


Banyak sangat 'kenapa' dalam hidup kita sebenarnya.Banyak mana kenapa pun tetap tak menghalang kita untuk terus hidup.Apa yg pasti TUHAN sedang menguji kita. 



No comments:

Post a Comment