Sunday 24 June 2012

Petua untuk kucing




Buat peminat-peminat kucing dan yang tak suka  bela kucing sebab kucing suka kencing atau berak dlm rumah..saya baru jer cuba  petua ini....
Saya yang sememangnya suka kucing…hehehe..wahai kucing-kucingku ! ..kat rumah ada 2 ekor kucing…ish..bestnya dapat tidor dgn mereka tu..tapi kadang2 mereka tu nakal sikit..suka sangat gigit jari kaki…kadang2 nak belasah pun ada bila terkejut…


Pernah juga orang tengok pelik je kat saya sebab suka bercakap dgn kucing..hahaha…memang dah tabiat saya sejak dulu lagi..suka cakap dengan kucing..tak pasti la kucing tu paham ke tak..kalau kat rumah pun, kucing tu jadi anak saya dan saya ajar kucing tu panggil mama mama!!..hehehehe..saya sekeluarga memang suka kucing..yea!
 

PETUA ELAK KUCING KENCING DALAM RUMAH

Cuka
Jika anda terlihat tempat di mana kucing anda baru sahaja kencing, anda perlu membersihkannya segera. Kucing cenderung pergi ke tempat yang sama berulang-ulang kali, oleh itu anda perlu bertindak segera. Gunakan kain bersih untuk mengelap air kencing hingga kering. Setelah bersih, bilas dengan menggunakan sedikit air dan cuka. Cuka membantu menghilangkan bau yang tidak menyenangkan dan sangat berkesan menghilangkan bau dari air kencing kucing.

Toilet Traning
Sediakan kawasan yang berpasir untuk kucing dan ajarkan mereka untuk menggunakannya dengan kerap. Kebanyakan kucing mempunyai kebolehan belajar dengan agak cepat.Saya takde pun mende tuh sbb saya suka kucing berak @ kencing ditempat2 tersorok diluar kawasan rumah.

Serai
Orang cakap bau serai adalah sejenis bau yang benar-benar tidak disukai oleh kucing. Anda boleh membeli beberapa produk berasaskan serai atau serai wangi di pasaraya berdekatan dan semburkan di kawasan di mana kucing sering kencing di dalam rumah ataupun anda boleh letakkan sahaja di tempat yang strategik seperti di dalam bilik atau di dapur.





                    Selamat mencuba yea kpd club kucing..!!!



 
.

3 comments:

  1. Terima kasih. boleh try jg ni.Kucing2 saya suka melepas kat bawah meja dapur. dah lap, spray dgn bau wangi2 pun situ jg dia pegi. last2 sy letak barang2 kat situ. & setiap kali dia nak ke situ, sy perhambat keluar atau ke toilet. Skrg ni, kucing2 sy melepas kat toilet, kadang2 kat luar rumah.

    ReplyDelete
  2. trima kasih
    coz share petua nie
    N saya harap kucing saya x mlepas
    smbrang lgi ~

    ReplyDelete
  3. He hee ! Kucing saya lagi best... pandai menangis. Ini bukan kejadian tapi benar-benar berlaku. Sewaktu saya bagi makan.. ibu kucing tu terasa rindu dengan saya sebab seminggu tak jumpa. Saya lihat air mata dia jatuh mencurah-curah seperti air hujan. Bila saya angkat dan belek muka dia saya lihat pipi dia basah dan air mata masih lagi meleleh ! Lepas tu tak pernak lagi terjadi sebegini.. Saya pernah terbaca di akhbar, mengikut kajian ahli saintis, ada bahagian di otak kucing yang mengawal emosi, di dapati sama seperti yang ada pada manusia.

    ReplyDelete